Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Pemandu Wanita Tidak Tahu Selesaikan Masalah Tanpa Bantuan?

Kajian automotif Bosch: Hanya satu peratus pemandu wanita tahu menyelesai masalah tanpa bantuan


Satu kajian oleh Bosch Automotive Aftermarket mendedahkan hanya satu peratus wanita mampu menyelesaikan masalah berkaitan kenderaan mereka sekiranya berlaku kerosakan berbanding kaum lelaki sebanyak 48 peratus. Kaji selidik yang dijalankan oleh Bosch – pembekal utama komponen gantian automotif itu melibatkan seramai 350 pemandu negara ini berusia 18 hingga 55 tahun bertujuan mendapatkan input mengenai tabiat pengurusan bateri kereta yang merupakan salah satu penyebab utama kenderaan rosak.

bateri kereta kong
Foto Wire Cutter
“Kajian kami menunjukkan bahawa 70 peratus daripada kerosakan kenderaan berpunca daripada masalah bateri. Masalah tersebut bukan sahaja menimbulkan kesulitan malah mampu mendatangkan risiko keselamatan kepada semua pemandu terutama kaum wanita sekiranya mereka terkandas bersendirian” kata Encik Pang Yoon Kong, Pengurus Bosch Automotive Aftermarket Malaysia.

Kaji selidik itu juga mendapati 84 peratus wanita akan mendapatkan bantuan daripada ahli keluarga dan rakan-rakan manakala 12 peratus dalam kalangan mereka akan menghubungi syarikat penyedia bantuan kerosakan kenderaan sekiranya kereta rosak akibat kegagalan bateri.

“Menurut kaji selidik itu, sejumlah besar wanita masih tidak mengetahui bagaimana untuk mengatasi masalah kereta rosak akibat kerosakan pada bateri kenderaan. Di Bosch, kami berhasrat untuk memperkasakan pemandu terutamanya wanita untuk memiliki pengetahuan mengenai kenderaan dan boleh mengenal pasti tanda-tanda awal kerosakan pada bateri kerana 70 peratus daripada kerosakan kenderaan berpunca daripada masalah bateri,” kata Pang

Lima tanda bateri kereta rosak 

- Aci engkol perlahan 
Bunyi aci engkol pada enjin lembap dan ambil masa lama untuk dihidupkan

- Lampu amaran papan pemuka 
Apabila kuasa bateri lemah, lampu amaran pada papan pemuka muncul

-Perlu bantu mula (Jump start) bateri
Gantikan sekiranya bateri kenderaan telah dibantu mula melebihi tiga kali dalam tempoh seminggu

-Bekas bateri bengkak 
Bateri kereta yang terdedah kepada jumlah haba berlebihan mungkin membengkak dan boleh menyebabkan jangka hayat bateri lebih pendek 

-Bau seperti telur busuk 
Bateri kereta mengandungi asid sulfurik, ia akan mengeluarkan bau seperti telur busuk sekiranya berlaku lintar pintas, beku atau terlebih cas. Pastikan bateri diperiksa secepat mungkin kerana berkemungkinan berlaku kebocoran asid sulfuric yang boleh merosakan bahagian kenderaan yang lain

29 percent of women drivers, compared to 22.6 percent of men, are still using lead-acid batteries as opposed to maintenance-free ones, as the survey revealed. “More drivers now prefer maintenance-free batteries, compared to lead-acid batteries which require constant and regular maintenance on the driver’s part. Maintenance-free batteries have more advantages as they typically have higher cranking power and charge capacities, recharge faster, and last longer. Drivers are able enjoy a stress-free driving experience without worry about battery water levels at different states of charge,” added Pang.

Kaji selidik itu juga mendedahkan sejumlah 29 peratus pemandu wanita berbanding 22.6 peratus pemandu lelaki masih menggunakan bateri asid plumbum (bateri sel basah) berbanding bateri bebas penyelenggaraan (bateri sel kering).

“Lebih ramai pemandu kini memilih untuk menggunakan bateri sel kering berbanding bateri sel basah yang memerlukan penyelenggaraan. Bateri sel kering memiliki kelebihan kerana mampu memberikan lebih kuasa, mengecas lebih pantas dan mampu tahan lebih lama. Pemandu dapat menikmati pengalaman memandu tanpa tekanan tanpa perlu bimbang mengenai air bateri” tambah Pang

Bateri Bosch boleh didapati di semua pengedar sah di seluruh negara:



22 ulasan for "Pemandu Wanita Tidak Tahu Selesaikan Masalah Tanpa Bantuan?"

  1. Kdg2 tu kami pemandu lelaki pun x reti sgt bab2 penjagaan kereta ni. hehehehe...

    Jom sertai giveaway yg sdg berlangsung di blog Abam Kie? Terima kasih.

    http://www.zukidin.com/2018/04/spm-result-giveaway.html

    BalasPadam
  2. Betul, akak pun tergolong skali sebab pandai bawak keta je. Yang lain serah pada suami. Kalau problem sensorang maka call encik suami...hihi

    BalasPadam
  3. Wah menarik info ni.
    Bak kata orang, selagi enjin boleh hidup selagi tu guna kan.

    Tak kesah la apepun berlaku..huhu

    Bila dah rosak tengah jalan barulah teraba-raba

    BalasPadam
  4. Setuju.saya kalau ada masalah lain berkaitan kereta memang failed dan tak tahu nak buat macam mana tau.memang akan kol suami juga beritahu

    BalasPadam
  5. Memang pun.... mengaku tahu bawak kete jer. Bila tetiba jadi apa-apa memang buntu. Ni dah tahu kena hadam dan siap sedia. Makaseh info

    BalasPadam
  6. Memang pun.... mengaku tahu bawak kete jer. Bila tetiba jadi apa-apa memang buntu. Ni dah tahu kena hadam dan siap sedia. Makaseh info

    BalasPadam
  7. Ikutkan akak pun kurang ambil tahu bab2 kereta ni..padai panik dan berhuhuhu je la tepi kereta kalau kereta problem but..kena amik inisiatif belajar gak..mana tau kalau kecemasan berlaku masa sorang- sorang dan tempa yang tak ramai orang kan

    BalasPadam
  8. memang betul pun. hehe pemandu wanita ni memang dependant. Baru tahu tentang bateri sel kering tu. bagus la, lebih tahan lama

    BalasPadam
  9. ooh faham! hahaahah tapi sekarang boleh call je ,mudah

    BalasPadam
  10. Hahahha memang tidak dapat dinafikan...

    Tapi itu la.. Macam Bro, sewaktu drive ada terbau sesuatu, terdengar bunyi semacam or ada gegaran sewaktu drive. Memang time tue dah prepare untuk berhentikan kereta dan check apa masalahnya.

    BalasPadam
  11. Saya yang lelaki nie pon x tahu tau pasal info nie. Terima kasih sangat shre benda nie. Boleh lh sy belajar pasal kereta2 nie

    BalasPadam
  12. Ada jua orang lelaki yang sama tak tahu kalau jadi masalah terutama macam saya ni hehehe hantar workshop jer wakakakak..

    BalasPadam
  13. So far I have no problem in solving issue... Be it car, plumber or electrical... Lolz... My dad taught me a lot on these

    BalasPadam
  14. perggh analisa 1% je yang tahu nak handle bila kereta problem dan cik tom termasuk dalam golongan 99% tue..hahahaa

    tips yg bagus utk ciktom perhatikan incase bateri dah nak mati..ciktom biasa estimate before 2 year..pergi tukar bateri..sbb cycle bateri biasa tahan 2 tahun je..

    BalasPadam
  15. I've used dry cell battery for years. Really saves a lot of headache having to keep thinking of maintenance of the car battery.

    BalasPadam
  16. Wah tq untuk perkongsian ni. Sebagai pemandu wanita kita kena amik berat semua poin di atas

    BalasPadam
  17. mmg liez tahu bawak kereta je sebelum ni.. tapisince dah tak bekerja.. boleh la tahu sikit-sikit belajar dr baba mertua..

    BalasPadam
  18. Bestnya baca semua info dan kajian ni. Memang wanita lemah dalam kendalikan kereta rosak dan kebanyakkan cemas jika ada dalam situasi mcm ni. Tapi tak salah kan cuba belajar benda asas

    www.liahasty.com

    BalasPadam
  19. info yang barus untuk di kongsikan. ooo saya sebagai lelaki pon baru tahu berkenaan masalah2 ni. hehehe.

    BalasPadam
  20. yuhuuuuuuuu! onie part kereta even perempuan kena ambik tahu gak... Tak boleh mengharap pada orang laki.. Macam bateri kereta pun kita kena ambik berat. Jangan tahu pakai kereta tapi tak pandai jagakan, sayang oooo :D

    BalasPadam
  21. memang. kita kereta tak boleh start hari tu dah panik call ayah, call adik, call husband, call satu kampung suruh datang. HAHAHAHA. tapi eventually kena belajar juga, takkan nak mengharap orang saje kan. Thanks for sharing.

    BalasPadam
  22. Kebetulan.betul. baru je semalam tykar bateri kereta. Betul la tu. Saya la tu perempuan yang tak tahu sangat masalah kereta ni 😂

    BalasPadam