Politik itu Suci, Jangan Dikotori

Maisarah Humaira | 11.4.18 | 4 Komen

Politik Kotor


Ada segelintir orang cakap, politik kotor. Benarkah ia kotor? Sejauh mana mereka tahu ia benar-benar kotor?

politik kotor

Definisi Politik


Pertama sekali, jom fahami dan ambil tahu tentang apa itu politik yang menjadi topik utama sekarang ini.
 
Politik adalah ilmu dan kemahiran. Ia merupakan ilmu kerana iamempunyai prinsip-prinsip dan disiplin-disiplin tertentu yang keseluruhannya membentuk 'ilmu politik'. Politik juga dikatakan sebagai kemahiran kerana dalam realiti pelaksanaannya ia tidak mungkin terhad kepada semata-mata melaksanakan undang-undang yang bersifat teori dan tidak juga pada pelaksanaan sebenar kekuasaan atau kekuatan, malah ia menuntut kepakaran tertentu yang diperoleh melalui pengalaman dan pengetahuan mengenai kaedah-kaedah praktikal yang tertentu.
Pemimpin pula disebut sebagai ulil amri  yang bertindak sebagai pengurus, pengatur dan penjaga kepada rakyatnya. Sistem politik pula ialah satu struktur yang mengatur hubungan antara pemimpin-pemimpin dan orang bawahan. Sistem politik terbentuk daripada keseluruhan institusi yang mengatur masyarakat awam dan institusi yang mengatur kekuasaan.
Sumber: Politik dan Pemerintahan Negara Menurut Perspektif Islam

Apabila baca definisi politik, tiada apa yang kotor dengannya. Ia adalah satu ilmu dan sistem yang perlu ada di setiap negara.


Politik ini bukanlah perkara baru. Sudah lama wujud, sejak zaman Rasulullah lagi. Kalau zaman Rasulullah pun sudah ada politik ini, bagaimana ada segelintir rakyat yang kata politik itu kotor? Politik itu kotor bukan kerana politik itu sendiri tetapi ahli yang ada dalam bidang politik tersebut yang menyalahgunakan bidang ini.

Jika jenayah kolar putih seperti rasuah, tidak jujur dan amanah semakin berleluasa, siapa yang suka kan? Kerana rakyat juga yang akan menanggung akibat daripadanya. Rakyat sendiri boleh menilai mana yang baik dan mana yang buruk. 

Senang cerita, segala apa yang dilakukan biarlah niat kerana-Nya. Agama dan politik berjalan biar seiring. Bukan pangkat dan harta yang dinanti tapi redha Allah yang dicari. Barulah hati tenang dan mudah segala urusan pentadbiran negara dan insyaAllah negara dilimpahkan rezeki yang baik. Jika memberi pula biarlah ikhlas. Contohi kepimpinan Rasulullah yang mampu membuatkan umatnya sayang kepada baginda. Menangi hati rakyat dengan menyelami jiwa mereka bukan ditabur harta tanpa ikhlas kepada mereka.

Jika harta yang dicari, itulah yang akan membuatkan seseorang menjadi tidak puas dengan apa yang ada atau mudah katanya tamak. 

Sayang manusia biar dengan jiwa, bukan dengan harta.
Baru hidup sejahtera.
Kalau asyik ditabur harta, risau nanti hati merana.
Tak pernah puas dengan apa yang ada.

Jangan kotori politik yang asalnya memang tiada salah apa pun. Nak dekat sangat tarikh mengundi ni. 



4 ulasan:

  1. kalau cerita pasal politik memang tak kan habis kan sis...masing2 ada pendapat tersendiri..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

MaisarahSidi.com © . Designed by Maisarah laaa