Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cerita Berkempen PRU-14

Kempen PRU-14


Minggu depan akan berlangsungnya hari bersejarah iaitu Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14. Yang terlibat dengan kempen PRU-14, memang sedang sibuk sekarang ini untuk menjayakan kempen parti masing-masing. Pulun selagi boleh kan.

Kempen PRU, musim mengundi
Foto The Vocket

Waktu berkempen inilah sepatutnya setiap parti menonjolkan kelebihan masing-masing, bukannya dengan mengutuk dan mengkritik serta mencari kesalahan parti lain sehingga terhasut dengan kata-kata yang belum tentu kesahihannya. Cukup tak berkenan dengan orang yang macam ni, muak dengan perangai yang tak matang. Asal nak mengundi je, macam-macam cerita buruk dan karut keluar.

Mai perhati je. Menyampah pun ada bila macam ni. Banyak cara lagi yang ada untuk memenangi hati rakyat lah...

Waktu ini juga, wujud pula 'orang tengah' yang mengeluarkan pelbagai berita yang belum tentu sahihnya, yang memburuk-burukkan parti dan calon. Ada page Facebook itu ini... semuanya nak menjatuhkan parti lain. Fitnah berleluasa.. sampai boleh membuat hati pengundi beralih kesetiaannya.

Tak kurang juga yang memaksa untuk mengundi sesebuah parti. Mai yakin setiap pengundi yang mengundi parti masing-masing ada pendirian dan sebabnya tersendiri. Cinta pun tak boleh dipaksa, inikan pula mengundi.

Macam-macam perangai keluar musim mengundi ni kan. Jangan biar rakyat nampak politik kotor kerana bidang politik itu tiada salahnya. Yang salah, mungkin ahlinya sendiri.

Parti apa pun yang menang nanti, harapnya semua janji-janji dan tugas dikotakan untuk rakyat. Bukan hanya sebagai manis mulut untuk tarik undi saja.

Fuhh.. Berdebar juga nak menunggu hari PRU14 nanti. Tarikh yang menjadi penentu masa depan negara.


Catat Ulasan for "Cerita Berkempen PRU-14"