Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kali Pertama Mengundi, Lain Macam Debarannya

Pengalaman Kali Pertama Mengundi


Hari ini 9 Mei 2018 adalah hari Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU ke-14), rakyat Malaysia yang sudah berdaftar sebagai pemilih mengundi calon pilihan mereka. PRU ke-14 ini adalah kali pertama Mai mengundi. Fuhhh berdebar juga sebelum pangkah tu...

Awal jugalah datang ke pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Syeikh Mohd Idris, Lubuk Merbau. Dalam jam 8 pagi dah ada di situ. Awal pun dah ramai yang beratur. Tapi tak lama menunggu giliran, cepat je selesai.

kali pertama mengundi

Berdebar juga tengok calon yang ada pada kertas undi tu. Di tempat Mai calon bertanding tiga penjuru iaitu BN, PAS dan PKR. Tapi Mai dah pun memilih dari awal lagi calon yang nak dipangkah. Dah kenal dengan calon tersebut, tahu fi'ilnya macam mana.. buat kita lagi senang untuk memilih.

Mai memilih calon yang berjiwa rakyat, yang mampu membantu rakyat tak kira masa. Bagi Mai, kalau pilih calon ikut parti tanpa mengenalnya dengan lebih rapat, rasa tak best pula.. tak kenal tapi kena pangkah, dah macam terpaksa je. Sebaik-baiknya, kenal calon dulu.. kena banyak bertanya kalau tak kenal.

Lagi satu, pilih calon yang boleh 'bekerja', tak pentingkan diri sendiri dan kroni. Kalau kita dah suka sesebuah parti tu, tapi calonnya tak berapa bagus, rugi juga. Sebab tu, fikir sehabis baik nak undi calon yang sesuai kerana dia yang akan 'menjaga' tempat kita.

Mengundi sudah... kita tunggu sajalah keputusan penuh PRU ke-14 nanti. Harapnya tiadalah masalah blackout waktu mengira kertas undi nanti. hehehe


2 ulasan for "Kali Pertama Mengundi, Lain Macam Debarannya"

  1. selesai sudah PRU 14, nanti kita tengok keputusan macam mana..

    BalasPadam
  2. Betul pilih calon yang buat kerja tanpa ikut parti yang dorang wakilkan. Setuju sangat. Siqah pun sama first time mengundi, semangat lain macam. Hihi.

    Nway, jemput join giveaway di blog Siqah ye jika ada kelapangan :)

    LETTER OF HAPPINESS GIVEAWAY BY BLOG SIQAHIQA

    BalasPadam