Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Tahniah Rakyat, Tahniah PKR

PKR menang besar dalam PRU ke-14


PKR menang besar | Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU ke-14) telah diadakan dengan lancar semalam dengan menyaksikan pertandingan antara beberapa parti hebat di Malaysia. Memang sengit pertandingan antara parti PKR, PAS dan BN di Semenanjung Malaysia. Sabah dan Sarawak juga tak kurang hebatnya.

Berdebar-debar tunggu keputusan PRU ke-14 ni. Lama betul baru dapat keputusan penuh. Mana taknya, ada tempat yang perlukan undian dikira semula, ada tempat yang masih belum habis kira undi. Masing-masing dah resah gelisah nak tahu keputusan. Nak tahu dapat cuti atau tak pun ye juga. Hampir jam 3 pagi barulah keputusan diumumkan. Pecah rekod dah ni.

PKR menang besar PRU14
Foto Hari Anggara, ProjekMM

PRU kali ini, rakyat betul-betul mahukan perubahan. Jadi, rakyat meluahkan perasaan masing-masing pada kertas undi dengan memilih parti yang mampu berikan perubahan kepada negara. Tahniah kepada PKR kerana telah berjaya memenangi hati rakyat. Cayalah PKR, menang besar kali ini!

KEDUDUKAN TERKINI BAGI DEWAN RAKYAT

PKR - 103 Kerusi
BN - 79 Kerusi
PAS - 18 Kerusi
DAP - 9 Kerusi
WARISAN - 8 Kerusi
BEBAS - 3 Kerusi
SOLIDARITI - 1 Kerusi

PAS juga menarik perhatian umum. Masih hebat dan hampir tidak terjejas walaupun bertanding sendirian. Yelah, sebelum ini ada yang meramalkan PAS kalah teruk tapi ternyata PAS mampu bertahan. PAS di Kelantan juga dapat dikekalkan dan kali ini dapat tawan Terengganu pula. Hebat!

HOT: SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14

Bagi yang menang,  jalankan amanah yang telah dijanjikan kepada rakyat dengan sebaik-baiknya. Sama-sama kita bekerjasama dalam setiap tindakan. Rakyat sangat menginginkan perubahan yang lebih positif selepas ini dan mengharapkan suara mereka didengari.

Tahniah rakyat, anda menang dalam memilih parti yang akan membawa perubahan ke arah yang lebih baik kepada negara, InsyaAllah.


1 ulasan for "Tahniah Rakyat, Tahniah PKR"

  1. tahniah, harap kemenangan ini memberi makna yang baik tuk semua nanti :)))

    BalasPadam