Textual description of firstImageUrl

Untungnya Warga Ibu Kota dapat Bantuan Bas Sekolah Percuma

Maisarah Humaira | 5/07/2018 10:30:00 PG | 59 Komen

Bantuan Bas Sekolah Percuma


Baru-baru ini, Mai berjumpa dengan kawan sekolah yang sudah lama tak bertemu. Saja sembang-sembang dengan kawan, selit cerita kenangan zaman naik bas sama-sama waktu sekolah dulu. Sampailah ke cerita bantuan bas sekolah percuma yang dah pun wujud pada masa ini. 

Bantuan Bas Sekolah Percuma
Foto Utusan Online
Bila dikenang semula alangkah seronoknya kalau program bas sekolah percuma ini ada pada masa Mai di sekolah menengah. Dapat juga ringankan beban dan kurangkan perbelanjaan bulanan ayah yang hanya pekerja kilang.

Setiap hari biasa dalam jam 6.30 pagi di kawasan rumah, nampak beberapa orang pelajar sedang berjalan kaki menuju ke perhentian bas dengan uniform sekolah berkain biru muda dan berseluar hijau tua. Tak lain tak bukan, mesti nak tunggu bas sekolah. Yelah, bas sekolah menjadi pengangkutan utama untuk ke sekolah. Jarak yang jauh dari rumah dan ibu bapa keluar awal bekerja membuatkan pelajar perlu menggunakan kenderaan awam ini.

Mai sendiri pernah menjadikan bas sekolah sebagai pengangkutan wajib ketika di sekolah menengah dahulu. Teringat pada waktu itu, setiap hari naik bas sekolah kerana abah bekerja ikut shif dan jarak sekolah dari rumah juga agak jauh. Makanya sedikit perbelanjaan perlu diperuntukkan untuk tambang bas sekolah.

Kini, bas sekolah percuma telah pun menjadi kenyataan atas inisiatif Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan kerjasama Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) yang telah bermula pada 3 Januari 2017. Tapi bantuan ini untuk siapa sebenarnya?

Siapa yang Layak Terima Bantuan Bas Sekolah Percuma?


Pelajar yang layak menerima bantuan ini semua anak-anak pelajar sekolah rendah dan menengah yang tinggal di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) dan Perumahan Awam (PA) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sekitar Kuala Lumpur.

Seperti yang kita tahu, mereka yang tinggal di PPR dan PA adalah dari golongan berpendapatan rendah. Jadi, anak-anak penghuni di situ amat layak mendapat bantuan yang bagus ini.

Kemudahan bas sekolah secara percuma ini dinikmati oleh lebih 8000 anak-anak di PPR MTEN dan PA DBKL .

Bantuan Bas Sekolah Percuma
Foto Utusan Online

Manfaat Bantuan Bas Sekolah Percuma


Jika direnung kembali, banyak manfaat yang dapat daripada bantuan ini. Yang utamanya, perbelanjaan bulanan dapat dikurangkan dengan adanya bantuan ini.

Jika hanya seorang anak di dalam satu keluarga yang menaiki bas ke sekolah, perbelanjaan untuk tambang masih boleh diterima. Jika lebih daripada seorang, semakin tinggi kos yang diperlukan untuk tambang semata-mata. Ditambah pula dengan pendapatan ibu bapa yang rendah. Perbelanjaan lain juga perlu difikirkan. Jadi, bantuan ini dengan kos RM80 yang diperuntukkan untuk setiap pelajar seperti yang diberitahu oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Dr Loga Bala Mohan, memang sangat membantu para ibu bapa meringankan beban kewangan mereka.

Kadang-kadang ada juga segelintir pelajar yang kurang berkemampuan tak hadir ke sekolah hanya kerana belanja tambang bas tak cukup. Ya, ini benar-benar berlaku. Jika perkara ini sering terjadi, sedikit sebanyak ia akan mengganggu prestasi anak-anak dan membuatkan pelajar ketinggalan dalam pelajaran.

Dengan adanya Bantuan Bas Sekolah Percuma ini, anak-anak akan berasa seronok untuk ke sekolah dan lebih fokus dalam pelajaran. Ibu bapa tak perlu susah hati lagi untuk menyediakan wang tambang bas sekolah. Tidak ada alasan untuk ponteng dengan wujudnya bantuan seperti ini.

Bantuan Bas Sekolah Percuma
Foto GPS Bestari

Alhamdulillah, beruntungnya pelajar anak-anak penghuni PPR MTEN dan PA DBKL di ibu kota yang mendapat bantuan bas sekolah percuma. Banyak kan faedah daripada bantuan ini? Bantuan yang disediakan oleh DBKL ini tidak sepatutnya disia-siakan, perlu dimanfaatkan sebaik-baiknya.

Pada keseleruhannya, program Bantuan Bas Sekolah Percuma inisiatif DBKL ini memberikan kesan positif yang besar dalam sesebuah keluarga terutamanya dari segi kewangan.

Mai sangat setuju jika program Bantuan Bas Sekolah Percuma inisiatif DBKL ini diteruskan agar lebih ramai golongan yang layak menikmatinya. Harapnya semoga negeri lain juga mengikut jejak langkah seperti KWP dan DBKL yang menyediakan bantuan seperti ini agar sama-sama dapat merasainya.


59 ulasan:

  1. alhamdulillah beruntung anak-anak ada perkhidmatan bas percuma macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. dapat juga bantu keluarga ringankan beban kewangan

      Padam
  2. Program macam ni serius sangat membantu isi rumah yang berpendapatan terhad.bila ada program macam ni ringan sikit beban walaupun bagi orang lain macam kecil je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju.. memang bantu kurangkan belanja

      Padam
  3. Bagus program macam ni dilaksanakan terutama di kawasan bandar yang memerlukan perbelanjaan yang tinggi. Sekurangnya ada program bas sekolah percuma ni dapat membantu meringankan kos perbelanjaan anak-anak.semoga program ini menjadi model pada kawasan-kawasan yang lain.

    BalasPadam
    Balasan
    1. meringankan kos perbelanjaan sudah semestinya

      Padam
  4. Alhamdulillah.... usaha murni pihak yang bertanggungjawab dalam menyediakan fasiliti terbaik untuk anak2... seronok dapat naik basa percuma... Ibu bapa lah paling senyum kegembiraan kan.. bas free kott.. hehehehe

    BalasPadam
  5. wahhh untung sapa duk kl ringan sikit beban nak hadap jem di kala mau ambik anak ke sekolah jimat dah masa kat situ kalau ada pengangkutan mcm ni kan..

    BalasPadam
  6. Untung meerkat dapat perkhidmatan bas percuma ni. Harap2 setiap negeri di Malaysia ni dapat memperkenalkan inisiatif seperti ini untuk meringankan beban rakyat negara kita, terutamanya yang memerlukan.

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah ada bantuan bas percuma ringan sikit beban ibu bapa warga wilayag

    BalasPadam
  8. bertuahnya warga kota..semua kemudahan disediakan..itupun kalau merungut jugak x tau la akak...anak2 kita zaman ni memang beruntung sangat

    BalasPadam
  9. Bagus program ni. Sikit sebanyak dapat meringankan beban ibu bapa yg tak berkemampuan..semoga program ini akan diteruskan

    BalasPadam
  10. sekurang-kurangnya dapat meringankan bebn bagi golongan yang kurang berkemampuan.. tapi lagi best kalau dipanjangkan perkhidmatan bas percuma ni di satu malaysia.. amboii demand! hahahaaa..

    BalasPadam
  11. saya still ingat dulu punyalah nak struggle naik bas. ayah cari duit lebih sbb nak bgi naik bas. budak skrg untung dpt free je

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pun sama, teringat masa sekolah dulu

      Padam
  12. Terlalu byk bantuan disediakan uyk golongan pendptan rendah & sederhana. Takde alasan dah nak kata serba serbi x cukup. Maka, kena lebih usaha utk pertingkatkan kualiti hidup masing2. Terutama dlm bab anak-anak. Anak-anak da boleh trima pendidikan dgn sempurna agar dpt ubah nasib ibubapa di masa depan.

    BalasPadam
  13. bagusnya ada usaha begini. cukup meringankan beban ibu bapa.

    zaman saya dulu 50 sen je setiap hari. haha. itu pun kalau rajin akan jalan kaki setengah jam dengan kawan-kawan. eh rindu pulak teringat zaman dulu kan. XD

    BalasPadam
  14. Baru tahu ada bas sekolah percuma macam ni. Bagus betul..sekurang kurangnya meringankan beban orang orang yang kurang berkemampuan ni.
    Kalaulah ada kat area rumah sis memang sis apply ni utk anak

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul sangat-sangat membantu kan program ni

      Padam
  15. Kerajana sekarang dah cukup prihatin kepada rakyatnya dan mereka memang membantu rakyat jadi rasa tak perlu tukar kot baru lah apa yang dirancang terus berjalan dan majunya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. prihatin kepada rakyat sepatutnya yang dibuat oleh mereka

      Padam
  16. Good initiative by the government. The assistance is much needed for some kids. And this ensures that they get to school safely.

    BalasPadam
  17. It's good that they finally have this kind of service that benefits the young and future leaders of the country. It would be better is this becomes an educational system-thing whereby every school kid get to enjoy this service.

    BalasPadam
  18. Sangat sokong dengan program Bantuan Bas Sekolah Percuma inisiatif DBK ini. Harap teruskan sampai bila2. Bantu golongan berpendapatan rendah dan memudahkan urusan anak-anak ke sekolah dengan selamat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah harapannya.. moga negeri lain ikut jejak langkah mereka

      Padam
  19. Senang la macam tu bila dapat perkhidmatan bas percuma. Tapi servisnya macam mana? Elok tak? Sebab kadang2 yang percuma ni dorang buat ala kadar je, huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. setakat ni banyak dengar maklum balas yang positif

      Padam
  20. Menarik betul program ni. Boleh meringankan beban ibu bapa. Dah la tambang bas sekrang mahai kan huhu

    BalasPadam
  21. bagus sangat ni, dah jimat bab pengankutan ke sekolah anak

    BalasPadam
  22. Untung la budak skrg..kita dulu jenuh la nak tgu bas siap kena byr lagi..pdhl sekolah dekat je..bagus la dpt bas percuma at least dlm ade la dpt something dr kerajaan

    BalasPadam
  23. bagusnya program sebegini...

    BalasPadam
  24. Percuma???? Wow.. baguslah, jimat duit ibubapa bayr tambang bas skolah setiap bulan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. percuma! dapat berjimat kan? :)

      Padam
  25. Bagus program ni, membantu mereka yang memerlukan

    BalasPadam
  26. aah byk untung..harap diteruskan di negeri lain jugak hihi

    BalasPadam
  27. syukur ada inisiatif ni. Lega mak bapak yg duduk KL

    BalasPadam
  28. Ramai juga anak murid nikmati bas percuma ni. Alhamdulillah..

    BalasPadam
  29. Alhamdulillah, harap-harap ianya diteruskan la kan

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

MaisarahSidi.com © . Designed by Maisarah laaa