Apabila Musim Manggis dan Durian Sama Waktu

Manggis dan durian dicari orang


Musim manggis dan durian kini kembali! Buah manggis dan durian, kedua-duanya menjadi buah kegemaran Mai. Dapat kedua-dua buah ini, memang tak pandang lain dah hehe.


Alhamdulillah, tahun ini pokok manggis tepi rumah menjadi. Ada 7 batang pokok manggis kesemuanya dan semua pokok mengeluarkan buah. Syukur. Dapat juga merasa manggis kebun abah. Maka hari-hari kena pergi jolok buah yang dah masak. Yang gugur sendiri pun ada.

manggis

Durian kebun abah pula tahun ini tak berapa menjadi. Biasalah tu ada masa ok, ada masa tak. InsyaAllah mungkin tahun depan ada hasilnya. Tahun ini abah diberi amanah untuk menjaga kebun durian pakcik. Banyak buahnya. Ada yang dijual, ada juga yang dibuat makan. 

Pakcik tu sekali sekali pelang ke kampung, sebab tu abah diberi amanah untuk menjaga kebunnya. Kebun durian memang kena jaga, kalau tak habislah.. ada saja yang menunggu buah ni gugur. Pernah juga abah nampak beberapa orang yang tak dikenali masuk kebun durian tu.

Buah berharga ni, memang dicari orang. Lagi-lagi penggemar durian, memang tak kisah dengan harganya. Buah-buahan tempatan yang bermusim ini sememangnya menjadi tarikan utama pelancong dalam dan luar negara.

durian kampung
Durian kampung, yang ini isi tebal dan lemak manis
Seronok apabila tiba musim durian. Boleh jadi 'cepat kaya' dalam musim ini. Sebab tu ada segelintir manusia yang tidak bertanggungjawab, kutip durian di kebun milik orang lain kemudian menjualnya kepada peraih buah. Di tempat Mai, paling murah harga RM2 sebiji peraih ambil. Kalau jual banyak, masyuk juga..

Rupanya ada juga yang pelik dengan orang yang suka borong durian banyak. Nak pelik buat apa.. kalau dah suka, memang macam itu lah kan ;) Sebenarnya banyak produk yang dapat dihasilkan daripada durian selain daripada makan begitu saja. Antaranya seperti durian crepe, kek, aiskrim, kuah durian, pengat, lempuk durian, tempoyak dan lain-lain lagi. Durian juga dicampur ke dalam beberapa jenis bubur seperti bubur kacang hijau dan bubur gandum. Ermmm sedapnya...

Durian dan manggis, masing-masing sedang mengeluarkan hasil sekarang ini. Menanti rambutan berbuah beberapa bulan lagi yang baru saja berbunga kini.


10 ulasan:

  1. salam..
    hi sis maisarah,,
    yaya mai singgh melwat sini..

    durian n manggis.2-2 pun suka..tp durian tu yaya lebih suka bila dibuat bubur serawa durian tu..kalau mkn gitu je xminat..haha
    manggis tu bole la mkn gitu..mmg sedap yakmat. MasyaAllah! ^o^

    BalasPadam
    Balasan
    1. wassalam ;)
      sedap kan serawa durian tu.. manggis jangan cakap. 10 biji sorang makan pun boleh hadap hehehe

      Padam
  2. haha sha balik kerja ja mesti ada doyan takpun manggis, takpun dua dua kadang rasa bosan dah, nanti dah bukanb musim baru teringin

    BalasPadam
  3. depan hospital kami pun ada pokok manggiss..setiap kali musim, mesti datang singgah utk makan manggis..

    jom singgah blog kartun muncung manis yg baru.. Blog muncung manis yang lama, terdelete.. abis loss contact dgn readers lama..

    http://aliefmuncung.blogspot.com

    BalasPadam
  4. Kita tak tanam manggis mahu pun durian. Jadi terpaksa la beli. Di kampung tu ada la mak dan ayah tanam, tapi tak berkesempatan untuk balik. Nak tak nak terpaksa la beli. Nasib baik harga dah murah.

    BalasPadam
  5. mmg challenging..hari ni makan durian..esok manggis pulak

    BalasPadam
  6. Favourite saya juga...serawa durian..anak2 pun suka betul..pas durian, manggis pulak

    BalasPadam
  7. Favourite saya juga...serawa durian..anak2 pun suka betul..pas durian, manggis pulak

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

EmoticonEmoticon