Perlu ke Buat Perkara Memalukan untuk Jadi Popular?

Tak Salah Jadi Popular


Mahu dikenali segera, nak memiliki pengikut yang ramai beribu-ribu dan seumpamanya di media sosial, itulah yang sering dilihat pada masa kini.

jadi popular

Nak jadi popular dan terkenal.. jadilah. Tiada siapa yang marah, tiada siapa yang menghalang tetapi biarlah popular itu dapat memberi sesuatu yang berfaedah dan manfaat kepada orang lain. Biar populariti itu dapat membantu orang lain juga untuk serap aura positif.

Bukan buat perkara yang memalukan untuk cepat dikenali ramai. Percayalah, mereka yang buat perkara sebegitu di media sosial takkan bertahan lama. Apa guna popular tapi dengan cara yang salah.

Salah satu media sosial yang popular, Instagram dan Mai lebih suka Instagram berbanding media sosial yang lain. Selalu tengok di Instagram, ada saja yang buat perkara memalukan atau bahasa kasarnya 'bodoh'. Ada juga yang memainkan isu agama tanpa rasa bersalah. Agaknya apa yang mereka fikir hasil daripada buat perkara sebegini.. mungkin makin ramai yang follow, mungkin juga ramai yang unfollow kerana kebodohan tersebut. Sebaiknya sebelum buat sesuatu fikir dulu.

Seperti sabda Rasulullah, "berfikir sesaat lebih baik daripada beribadat setahun". Ya, sangat benar. Fikirkan juga apa hasilnya setelah buat sesuatu perkara. Dapat kepuasan sendiri atau kecaman daripada netizen. Tak kira umur muda atau tua, sama-sama berfikir sebelum membuat sesuatu perkara atau menulis di media sosial. Kesannya bukan sekejap.. fikirkanlah.

media sosial

Kalau diikutkan mudah je nak urus media sosial ni. Kongsikan saja perkara yang dirasakan dapat memberi kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain. Kalau dah kering idea sangat, jangan sampai buat perkara yang memalukan. Diam lebih baik.

Nak followers dan likers yang ramai, kena ada gayanya bukan dengan cara yang salah.

Sudah-sudahlah buat perkara yang tak mendatangkan faedah. Lebih baik dekatkan diri dengan Allah atau sebarkan perkara yang membawa kepada kebaikan ummah. Dunia kita dapat, akhirat pun kita dapat InsyaAllah.


12 ulasan:

  1. Huhu sekarang dok femes yang namanya apa tu, Tik Tok kan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. tengah femes sekarang ni

      Padam
  2. orang sekarang lebih kejar populariti sampai buang rasa malu

    BalasPadam
    Balasan
    1. huhu.. semoga sesiapa yang dah terjebak sedar daripada lena

      Padam
  3. begitulah hakikat sekarang ini..

    BalasPadam
  4. Betul tu. Buat benda-benda tak semenggah, diorang ni x fikir panjang masa depan nanti jadi ape.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tu la, kalau dah padam sekalipun tetap dapat dicari

      Padam
  5. kena fikir banyak kali sebelum post apa2 kat media sosial
    bimbang memalukan diri sendiri

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye sangat perlu kerana ramai yang akan melihat nanti

      Padam
  6. Semakin canggih dunia, semakin rendah maruah diri kita.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

EmoticonEmoticon