Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Filem Hantu Kak Limah Best Kome Oi!

Filem Hantu Kak Limah Best


Sabtu yang lalu iaitu 25 Ogos, Mai sekeluarga ke panggung wayang TGV di AEON Taiping untuk menonton filem Hantu Kak Limah. Beli tiket on the spot. Fuhhh... nak pilih tempat duduk, tinggal 4 baris yang depan saja yang masih kosong. Nak tak nak, terpaksa juga pilih yang depan kalau tak melepas.

Review Hantu Kak Limah 2018

Ramai betul peminat filem seram komedi, Hantu Kak Limah ini. Kecil besar tua muda, semua suka. Yang dah tonton lebih daripada sekali pun ada. Rata-rata yang hadir untuk menonton Hantu Kak Limah ini adalah keluarga. Meriah betul dalam pawagam dengan gelak ketawa penonton. Itu yang membuatkan filem Hantu Kak Limah ini dapat lebih daripada RM20 juta kutipan sehingga kini. Wow!

Apa yang membuatkan Mai suka dengan filem Hantu Kak Limah adalah.. lokasi penggambarannya di Perak, tempat Mai sendiri iaitu beberapa tempat di Kuala Kangsar dan Taiping. Tempatnya cantik.

Kesemua watak dalam Hantu Kak Limah juga terbaik. Masing-masing memiliki sikap dan lawaknya tersendiri. Watak-watak yang biasa kita lihat dalam kehidupan orang Melayu. Zul Arifin yang membawa watak Solihin Mabrur pun boleh buat orang ketawa dengan kelakarnya. Lawak yang dibawakan oleh watak-watak dalam filem ini membuatkan ramai penonton tak kering gusi.

Review Hantu Kak Limah 2018
Foto Rojakdaily

Loghat Perak Husin (Awie) pun best.. loghat Perak belah Kuala Kangsar, loghat yang Mai cakap hari-hari 😁 Ada juga yang bercakap dengan loghat bunyi orang Penang. Yang ni kebanyakannya orang-orang belah Taiping.

Lagu pun best, lagu Srikandi Cintaku yang telah disusun semula menjadi rentak keroncong yang dinyanyikan oleh Awie dan Mus May memang sedap jadinya. Wani (Syarwani) miming lagu Hati Ku Luka Lagi, ditambah dengan penyanyi latarnya Solihin dan Yeh Sekupang buat ramai penonton gelak ketawa. Lagu iklan minuman Joy yang Nayan (Ropie) nyanyikan pula terus melekat dalam otak haha.

Review Hantu Kak Limah 2018
Foto Astro Awani

Jalan cerita juga mudah difahami, lagi-lagi bab Kak Limah meninggal dunia dan kenapa dia menjadi hantu.

Dalam kelakar filem Hantu Kak Limah ini sebenarnya nak menyampaikan sesuatu kepada kita, iaitu manusia dan makhluk halus iaitu bunian tidak boleh ada ikatan seperti perkahwinan. Menurut hukum Islam, tidak sah dan dilarang. Kalau manusia, pasangannya mestilah manusia kan. Mana mungkin boleh hidup dengan pasangan dari alam yang berbeza, pasti akan terjadi sesuatu nanti. Lagipun, tak logik bukan?

Bapak bunian (Mus May) pun dah beritahu sebab-sebab kepada Husin, kenapa dia dan Eton si puteri bunian tak boleh berkahwin.

Haaa.. best kan? Kalau anda belum tonton filem Hantu Kak Limah, cepat pergi ke pawagam terdekat untuk menonton ye. Mesti anda juga tergelak sama 😁


7 ulasan for "Filem Hantu Kak Limah Best Kome Oi!"

  1. per pe...per du...hahahaha...akak dari awal tegok ada part yang menggelikan hati walau tak faham sepatah haram...macam blur..maybe kena tgok part 1 dulu kot...

    BalasPadam
    Balasan
    1. part per per ni memang lawak haha. filem Hantu Kak Limah yang ni takde kaitan dengan Hantu Kak Limah Balik Rumah :) nak tengok yang tu pun best jugak hehe

      Padam
  2. terbaek cerita ni.. lawak :)

    BalasPadam
  3. ada nombor contact encik solihin tak? nak renew roadtax

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Limah tanya je kat Khuda.. kompem ada. hahaha

      Padam
  4. taksempat lagi nak tengok cadangnya esok haih harap harap ada lagi la

    BalasPadam