Filem Hantu Kak Limah Sudah Mula Ditayangkan Kome Oi! - MaisarahSidi.com Filem Hantu Kak Limah Sudah Mula Ditayangkan Kome Oi!

Filem Hantu Kak Limah Sudah Mula Ditayangkan Kome Oi!

Filem Hantu Kak Limah Mula Mengilai di Pawagam


Enjit enjit semut... sape sakit naik atas.. lagu Kak Limah ni memang berhantu, tak boleh lupa lagu dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Kalau sebelum ini Kak Limah sakit jiwa  tapi dalam filem terbaru Hantu Kak Limah, dia meninggal dunia pula!

Hantu Kak Limah
Foto Astroawani.com

Menarik juga filem seram komedi arahan Mamat Khalid kali ini. Hantu Kak Limah dibarisi pelakon yang mampu membuatkan penonton ketawa dalam masa yang sama merasa seram. Lokasi penggambaran Hantu Kak Limah kali ini di Taiping dan Kuala Kangsar, Perak. Ate memang dekat bebeno dengan rumah teman hehe.

Hantu Kak Limah ditayangkan bermula hari ini, 9 Ogos di pawagam.

Sinopsis Hantu Kak Limah


Akhirnya Kak Limah bertemu kebahagiaan dan cinta hati dengan seorang pemuda bernama Kudha. Satu hari, ketika Kudha sedang memburu dengan Husin dan Wani, mereka terkejut apabila terjumpa dengan mayat Kak Limah.

Mereka terus membawa mayat tersebut ke hospital. Setelah selesai, mereka pulang ke rumah Khuda dan melihat Kak Limah sedang menunggu dan menyambut mereka dengan hidangan puding kentang.

Jika Kak Limah masih hidup, mayat siapakah yang mereka hantar ke hospital? Jadi dari saat itu, Husin, Wani dan seluruh penduduk kampung mula percaya yang Kak Limah sudah menjadi hantu! Hanya Khuda yang tidak mempercayainya.

Sementara itu, Husin sentiasa curi-curi bertemu dengan teman wanita barunya, Zaitun yang cantik tetapi sedikit aneh kerana hanya suka bertemu di dalam hutan.

Keadaan di Kampung Pisang pula menjadi kecoh dengan hantu Kak Limah. Kehadiran Encik Solihin, guru silat serta ejen insuran dan cukai jalan ini membantu penduduk kampung untuk mengusir hantu Kak Limah.

Penduduk Kampung Pisang mula bergantung pada Encik Solihin dan itu membuatkan Husin cemburu.

Tambahan pula Encik Solihin seorang yang gagah dan mempunyai gigi yang putih. Apakah kisah sebenar yang berlaku di sebalik tragedi yang menimpa Kak Limah? (SUMBER)




Wow.. baru tonton sikit dah rasa best. Kena tonton di pawagam juga nampaknya ni. Peminat Hantu Kak Limah Balik Rumah pasti takkan lepaskan untuk menonton filem terbaru, Hantu Kak Limah ini.

Pelakon Hantu Kak Limah


Antara pelakon utama yang terlibat dalam filem ini adalah Delimati (Kak Limah), Dato' Awie (Husin), Zul Ariffin (Solihin), Uqasha Senrose (Puteri Bunian), Rab Khalid (Yeh Sekupang), Sharwani NS (Wani), TJ Isa (Kudha).

Pelakon undangannya pula, Mus May (Bapak Bunian), Ropie Cecupak (Nayan), Pekin Ibrahim sebagai(Musalman), Jue Aziz, Sabri Yunus, Ziema Din, Erra Fazira dan Dato’ Seri Vida.

Boleh tahan juga barisan pelakonnya. Ate tunggu ape lagi, moh le kite ke panggung wayang tengok Kak Limah 'mengokak' di sana.


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. dah tgk waktu hari 1st tayangan dia, mmg best la jugak, letih gelak..hehe..

    BalasPadam
  2. filem apaan ni? horror or humor? itu yang jadi hantu kok kaya aming ya..

    BalasPadam
  3. Memang bukan biasa2 punya cerita ni

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)