Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kenapa Kak Limah Jadi Hantu?

Sebab Kak Limah jadi hantu


Dalam filem Hantu Kak Limah Balik Rumah, Kak Limah hanya sakit jiwa bukannya hantu seperti yang penduduk Kampung Pisang. Tetapi dalam filem Hantu Kak Limah 2018 ini, dia meninggal dunia pula.

Persoalan dalam filem Hantu Kak Limah ini, kenapa Kak Limah meninggal dunia secara tiba-tiba dengan wajahnya yang menyeramkan? Kenapa Kak Limah jadi hantu selepas dia meninggal dunia?

Hantu Kak Limah 2018
Foto mStar

Semua ini disebabkan suaminya, Khuda. Muka polos dan perwatakan Khuda nampak baik saja. Tapi tak sangka dia mampu berkahwin dua kali walaupun kehidupannya yang hanya sekadar bekerja kampung.

Khuda pernah berkahwin dengan bunian sebelum berkahwin dengan Kak Limah. Kehidupan bunian di alamnya sangat mewah. Apabila bunian berkahwin dengan Khuda dengan kehidupan yang serba serbi tidak cukup, Nooraini jadi marah, hari-hari sehinggalah wajahnya yang cantik bertukar rupa menjadi buruk, rambutnya juga menggerbang.

Pada suatu hari, Khuda menanam jagung tapi daun jagung yang ditanamnya. Khuda menyuruh isterinya menunggu jagung sehingga berbuah. Dengan izin Allah akhirnya membuahkan hasil. Isterinya sangat seronok.

Beberapa ketika selepas Khuda berkahwin dengan isterinya yang bunian itu, dia berkahwin pula dengan Kak Limah. Kehidupan mereka bahagia sehinggalah Kak Limah meninggal dunia mengejut di kebun.

Kak Limah meninggal dunia dalam keadaan muka yang sangat pucat dengan mata terjegil. Semuanya kerana isteri Khuda yang pertama. Kemunculan isterinya di kebun dengan keadaan yang buruk dan pucat membuat Kak Limah mati kerana terkejut. Lalu, bunian tersebut masuk ke dalam roh Kak Limah dan mengganggu orang kampung. Yang kena ganggu adalah mereka yang membantu Khuda.

Kemuncaknya, Solihin dan rakan-rakannya nak menghapuskan hantu Kak Limah. Tapi tidak berjaya.

hantu kak limah

Husin meminta pertolongan daripada bunian dengan menyerunya. Kmeudian datanglah sekumpulan bunian untuk membantu. Akhirnya, mereka dapat tahu bahawa hantu Kak Limah yang sering menggangu mereka adalah bunian yang bernama Nooraini, isteri pertama Khuda. Nooranini dibawa ke alam bunian semula.

Masing-masing merenung kembali apa yang sudah terjadi. Rakan-rakan Khuda menasihatinya supaya move on.

Tak habis di situ kisah buniannya. Di penghujung cerita, boleh pula Khuda menyeru bunian untuk rakan-rakannya. Maka, datanglah 4 orang bunian yang cantik rupa parasnya. hahaha. Khuda... Khuda... muka je nampak baik, gaya macam pijak semut tak mati tapi masih tak serik lagi.

Begitulah sedikit cerita kenapa Kak Limah boleh jadi hantu. Nak lagi best, anda kenalah menonton filem penuh Hantu Kak Limah di pawagam ye.


11 ulasan for "Kenapa Kak Limah Jadi Hantu?"

  1. adoi takut nak tengok hahahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. masuk panggung confirm gelak je hihihi

      Padam
  2. macam seronok je cite ni...hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. seronok.. kalau belum tengok, cepat beli tiket wayang ye ;)

      Padam
  3. dah tengok, memang best teringat lawak dalam cerita ni sampai sekarang

    BalasPadam
    Balasan
    1. tau takpe.. ayat-ayat lawak, lagu joy tu.. melekat terus dalam otak haha

      Padam
  4. Tarot dah tengok cerita ini, sangat menghiburkan

    BalasPadam
  5. nasib baik dah tengok.. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe..nasib baik.. kalau tak spoil je kan

      Padam
  6. menariknya! sha baca dari awal sampai habis kot hehehehee nak kena pi tengok ni

    BalasPadam