Beauty Giveaway By Mrs Pip

Maisarah Humaira | 29.9.18 | 6 Komen

Beauty Giveaway


Beauty Giveaway By Mrs Pip sedang berlangsung di blog Mrs Pip lah! Seperti yang diberitahu oleh Mrs Pip di blognya, giveaway ni dibuat sempena ulangtahun pertama blog berjaya guna domain sendiri, sempena kelahiran bayi ketiga dan pageviews blognya yang sudah melepasi setengah juta.

Semoga semakin bertambah pengunjung yang datang blog Mrs Pip, InsyaAllah. Dengan adanya entri ini, maka Mai menyertai giveaway ini. Anda yang ingin sertai giveaway ini, klik je banner di bawah ini...

Beauty Giveaway

Apa yang Mai suka dengan blog Mrs Pip adalah, banyak perkongsian seperti resepi yang boleh diikuti, ulasan tentang pelbagai produk yang bermanfaat untuk pembaca, tentang kekeluargaan dan keibubapaan juga ada. Boleh juga ibu bapa jadikan panduan apa yang dikongsikan oleh Mrs Pip dalam blognya.

Template blog Mrs Pip pun kemas je. Senang untuk dibaca dan mencari artikel yang berkaitan. Semoga Mrs Pip maju jaya dalam bidang blogging ini!



Anak Kedua Kuat Merajuk? Nah Fakta Menarik Anak Kedua

Maisarah Humaira | 27.9.18 | 5 Komen

Ciri-ciri Anak Kedua Mengikut Kajian


Baru-baru ini, rajin pula Mai mencari fakta menarik tentang anak kedua. Pertamanya, sebab Mai anak kedua dalam keluarga. Kedua, Mai nak tahu.. betul ke anak kedua mempunyai fi'il seperti apa yang Mai lalui.

Mai jenis yang suka buat kerja sendiri sebab lebih selesa dengan cara begini. Kerja hakiki sebagai pereka grafik, kerja harian seperti memasak, mengemas contohnya.. Mai suka buat sendiri sebab Mai fikir lebih cepat disiapkan kalau buat seorang diri. Tapi tak semua kerja yang buat sendiri, ada juga yang perlukan pertolongan orang lain. Kalau ada orang menyuruh buat sesuatu perkara pula, cukuplah suruh sekali. Minta banyak kali dengan tak sabarnya, tak layan terus.. haaaa

fakta anak kedua

Bab emosi pula.. mudah terasa hati, cepat tersentap dengan teguran orang lain dan marah dengan perkara yang betul-betul boleh buat Mai marah, tapi cepat baik. Merajuk pun ye juga, boleh sampai berhari-hari tak bercakap dengan orang yang buat Mai merajuk atau menegur. haha.. entahlah memang begitu agaknya. Tapi tempoh masa merajuk tu selalunya Mai akan fikir baik buruk apa yang orang tegur Mai.

Pernah juga rasa terpinggir daripada keluarga pun ada juga, mungkin sebab lihat mak abah lebihkan adik-beradik yang lain. Yang ini pun sama juga, Mai akan fikir sebab-sebabnya, kemudian apabila rasa sesuatu perkara itu membawa kebaikan, berlapang dada dan terimanya. Tapi yang ini selalu terjadi masa umur kanak-kanak sampailah belasan tahun. Bila dah besar boleh fikir baik buruk dah.. hehe

Rimas pula dengan mainan emosi seperti ini. Sikit punya hal pun boleh terasa hati. Sekarang ini Mai banyak perbaiki diri supaya lebih bersabar dalam setiap tindakan. Alhamdulillah semakin baik. Banyak juga Mai cari jawapan di internet daripada mereka yang arif dalam bidang ini, disebabkan emosi yang kadang kala sukar dikawal. Sehinggalah Mai mencari fakta tentang anak kedua, mungkin ada yang sama dengan apa yang Mai rasa.

Setelah baca Fakta Menarik Tentang Anak Kedua yang dikongsikan di sini, banyak betul yang sama dengan Mai. Ohh.. rupanya anak kedua memang begini ๐Ÿ˜ Jom baca apa yang uniknya anak kedua ini...

Fakta Anak Kedua 


Antara beberapa fakta menarik mengenai anak kedua daripada perubatan dan ahli psikologi Alfred Adler:

1. Terasing

Anak kedua sering merasa seperti disisihkan oleh keluarganya sendiri. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh ibu bapa yang sering memberikan perhatian yang lebih kepada anak pertama. Maklumlah, kelahiran anak pertama itu yang sering dinanti-nantikan. Jadi, memang itu yang sering mendapat perhatian. Lagipun, anak pertama dikatakan perlu diberi perhatian yang lebih agar lebih terdidik dan terjaga supaya boleh menjadi ikutan adik-adiknya yang lain.

Selain anak sulung, anak bongsu juga sering diberikan perhatian yang lebih. Yelah, anak kecil yang di bawahnya sudah tiada lagi adik dan merasakan itulah yang perlu dilindungi. Ada kala, ibu bapa terbawa-bawa sehingga anak itu meningkat umurnya.

Jadi, tinggallah anak kedua seorang diri dan kurang mendapat perhatian keluarga. Maka, tidak hairanlah anak kedua selalu kita lihat mempunyai SAHABAT BAIK atau ‘BFF’ atau ‘Best-Friend-Forever’. Mereka menjadikan ‘BFF’nya itu ada kala melebihi keluarga sendiri.

2. Gemar bersahabat

Mungkin disebabkan anak kedua sering tersisih oleh keluarga, jadi mereka lebih senang menjalinkan hubungan dengan orang lain. Mereka akan berusaha membuat orang lain selesa dengan persahabatan itu agar hubungan mereka terus utuh.

Namun, sifat ini juga ada sisi negatifnya. Anak kedua tidak berani membuat keputusan dalam segala hal, terutama yang melibatkan dirinya. Dia takut jika keputusan itu akan menyusahkan orang lain. Jadi, kalau nak cari pasangan atau sahabat sejati, carilah anak kedua. Sebab...dia pasti akan menjadi pasangan atau teman terbaik yang pernah kamu miliki.

3. Kreatif dan Fleksibel, Suka Kebebasan

Disebabkan selalu bersendirian dan bersemangat dalam melakukan sesuatu membuatkan anak kedua sering berimaginasi dalam mengembangkan bakatnya. Disebabkan itu kita sering lihat anak kedua akan bekerjaya berkaitan dengan seni dan kurang gemar bekerja di bawah tekanan.

Anak kedua juga gemarkan kebebasan dalam pekerjaan, fleksibel, dan tugasan yang mampu membuatkan mereka mengekspresikan diri. Juga pekerjaan yang tidak mengekang dari segi waktu atau peraturan pejabat yang terlalu ketat. Disebabkan ini juga, ada sesetengah anak kedua yang gemar memilih untuk menjadi ‘freelancer’ atau sambilan, ataupun bekerja di tempat-tempat yang mereka sukai.

4. Paling Berbeza

Tidak dapat disangkal lagi, anak kedua biasanya akan selalu berusaha untuk mendapatkan perhatian daripada ibu atau ayahnya. Oleh sebab itu, mereka akan selalu berfikir tentang bagaimana untuk mendapatkan perhatian. Sebab itulah mereka selalu akan melakukan perkara yang berbeza supaya ibu bapa sedar akan kewujudan mereka.

5. Masalah hubungan

Disebabkan anak kedua sering mendambakan perhatian, dia akan sering berasa takut, hubungan dengan keluarga pun tidak berjalan dengan baik. Ini membuatkan mereka sukar untuk membentuk sebuah keluarga dan bermasalah dengan pasangannya.

Mereka gemar menuntut perhatian yang lebih dan mempunyai sikap berprasangka yang sebenarnya mereka sendiri tak inginkan. Lebih teruk lagi, mereka akan sering menyalahkan diri sendiri dalam segala hal!

Cara untuk mengurangkan sifat negatif pada anak kedua ini adalah dengan memberikan perhatian yang lebih kepada anak kedua ini. Dengan itu, mereka akan membesar dengan mempunyai peribadi dan karakter yang baik.

Selain itu juga, perhatian yang cukup akan menjadikan mereka seorang yang membesar dengan penuh kasih sayang. Sehingga orang di sekeliling mereka pun akan berasa selesa dengan mereka.



Wow, banyak betul persamaan Mai dengan kajian di atas ini! Anak kedua ni memang macam-macam sungguh ๐Ÿ˜ Tetapi semua yang negatif itu boleh diubah menjadi kepada lebih positif. Bukan mudah nak menjaga hati, nak memahami perangai seseorang kan? Tapi kalau kena gayanya cara berkomunikasi dan sebagainya, InsyaAllah sesiapa pun akan selesa dengan kita.

Siapa anak kedua? Jom sama-sama berkongsi pengalaman anda sebagai anak kedua...



Design Template Responsive Blog Bahejabella.com

Maisarah Humaira | 25.9.18 | 8 Komen

Design blog tema kesihatan


Alhamdulillah.. siap design Blog Bahejabella.com. Sebenarnya blog ini dah siap design pada bulan Julai lagi. Kongsi di blog je lambat hehe. 

design blog kesihatan Shaklee

Blog Bahejabella.com, blog milik seorang lelaki yang berkongsi tentang kesihatan, gaya hidup, kekeluargaan dan makanan tambahan Shaklee. Memilih warna hijau sebagai warna tema yang sepadan dengan tema blog tersebut iaitu kesihatan dan Shaklee.

Template blog ini adalah responsive serta mobile-friendly. Anda boleh lihat template blog yang responsive ini melalui paparan smartphone anda atau boleh semak di laman web responsivedesignchecker.com untuk melihat paparan responsive tersebut.

 Jom lihat keseluruhan template blog Bahejabella dot com dengan warna tema hijau.

Blog Bahejabella.com (www.bahejabella.com)

design blog Shaklee

Kepada sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan design / edit blog dengan harga yang berpatutan, boleh PM Mai di Facebook, emel dan juga Whatsapp. Macam-macam jenis tema blog seperti blog peribadi, blog perniagaan, blog persatuan, blog sekolah dan lain-lain lagi Mai boleh reka mengikut kehendak dan citarasa anda sampai jadi, InsyaAllah. Nak edit template readymade pun boleh, harga dijamin mampu milik dan puas hati.

Untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan, boleh hubungi Mai melalui:

Facebook: FB page - MaisarahSidi.com atau
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Mai)

Klik sini untuk lebih lanjut tentang tempahan dan harga design


Disengat Lipan Sehingga Hampir Pitam

Maisarah Humaira | 24.9.18 | 6 Komen

Disengat lipan berbisa


Teringat masa kejadian Mai disengat lipan. Cerita ini berlaku 6 tahun lepas ketika Mai darjah 6. Wah lama dah rupanya. Bermula dengan Mai mencari surat khabar lama di atas almari di rumah untuk dibaca pada satu petang. Nak dapat idea, rujukan dan ayat sedap untuk menulis esei waktu sekolah dulu, kenalah banyak membaca kan. Sebab itulah surat khabar lama dibongkar semula.

disengat lipan

Banyak juga surat khabar lama yang ada atas almari. Mai hanya ambil beberapa naskhah saja, tak ambil semua. Selepas itu, surat khabar lama mula dibuka untuk dibaca. Satu persatu helai dibaca. Kejap duduk bersila, sekejap bertimpuh. Penyudahnya baring terus sambil baca surat khabar yang besar tu ๐Ÿ˜

Tengah sedap membaca, tiba-tiba... bawah lengan terasa sakit seperti disengat. Sakit sangat. Apa lagi, terus berlari sambil menagis ke ruang tamu. Masa itu, rasa ada benda menjalar jatuh ke bawah. Belek bawah lengan tangan kiri, nampak ada 2 titik berdarah dengan bengkak kecil yang merah di situ. Maknanya memang betullah kena sengatan sesuatu yang berbisa.

Mak terus mengikat tangan Mai dengan kain. Tidak lama kemudian, muncul seekor lipan sedang menyusur di lantai. Besarnya! Merah lagi tu. Sengatan sang lipan rupanya. Selepas itu, kepala mula rasa pening, penglihatan pun samar-samar je... terus muntah. Kenapa pula ni?

Hampir pitam dibuatnya sengatan lipan ini. Bawah lengan semakin membesar bengkaknya. Mujur shif kerja abah habis jam 3 petang. Kemudian Mai terus dibawa ke klinik untuk rawatan. Hasilnya, dapat satu suntikan.

Sampai ke hari ini, Mai takut dengan lipan walaupun hanya melihat gambarnya dalam buku. Teringat masa di kolej matrikulasi dulu, ada buku diagram untuk subjek Biologi. Kebetulan kulit buku itu terselit pula gambar lipan. Tak pandang dah kulit buku tu haha. Cepat-cepat tampal gambar lipan tu dengan kertas. Kalau terbayang je pun, meremang bulu roma!

Masa sekolah menengah pula, kawan menyakat dengan lipan plastik. Diletaknya atas tilam, memang menjerilah jawabnya hahaha.

Haiwan berbisa seperti lipan dan lain-lain kita tak dapat jangka kehadirannya. Makanya kita sendiri perlu peka dengan keadaan sekeliling supaya dapat mengelak berlakunya kejadian yang tak diingini. Semoga kita sentiasa berhati-hati di mana jua kita berada kerana malang tidak berbau.



Design Template Responsive Blog Cunna Healthy

Maisarah Humaira | 24.9.18 | 0 Komen

Design Blog Shaklee Niche Kesihatan


Assalamualaikum dan selamat sejahtera pembaca semua. Dah lama rasanya tak berkongsi tentang design blog. Mai masih mengambil tempahan design blog ya, cuma update tentang hasil design nya sedikit lambat hehe. Jadi, kali ini Mai ingin berkongsi tentang artwork design template responsive Blog Cunna Healthy.

design blog Shaklee

Blog Cunna Healthy adalah sebuah blog yang berkongsi tentang kesihatan dan juga makanan tambahan Shaklee. Maka, pada header blog diletakkan seorang wanita bertudung yang sedang bersenam serta ikon yang berkaitan dengan kesihatan bagi menonjolkan apa yang dibawa oleh blog tersebut. Ilustrasi wanita bertudung tu Mai lukis sendiri.

Ungu dan merah jambu adalah warna tema blog yang dipilih oleh pemiliknya. Jom lihat keseluruhan template blog Cunna Healthy dengan gabungan 2 warna itu.

Blog pakej 4
Blog Cunna Healthy (cunnahealthy.blogspot.com)

design blog Shaklee

Template blog ini direka supaya menjadi responsive serta mobile-friendly. Anda boleh lihat template blog yang responsive ini melalui paparan smartphone anda atau boleh semak di laman web responsivedesignchecker.com.

Dibawah ini pula adalah banner blog Cunna Healthy. Banner ini diletakkan pada sidebar di sebelah kanan blog berserta kod html yang boleh disalin (copy) dan diletakkan dalam blog lain.

design blog Shaklee

Ini pula adalah watermark blog Cunna Healthy. Watermark ini boleh diletakkan pada gambar yang akan dimasukkan dalam entri atau di mana sahaja yang dirasakan sesuai. Watermak ini percuma untuk sesiapa yang mengambil Pakej 4.

design blog kesihatan


Jika anda atau kenalan anda berminat untuk membuat tempahan design / edit blog dengan harga yang berpatutan, jangan segan-segan untuk hubungi Mai ye. Pelbagai tema blog seperti blog peribadi, blog perniagaan, blog persatuan, blog sekolah dan lain-lain lagi Mai boleh reka mengikut kehendak dan citarasa anda sampai jadi, InsyaAllah. Nak edit template readymade pun boleh, beritahu je Mai ok. 

Untuk sebarang pertanyaan atau membuat tempahan, boleh hubungi Mai melalui:

Facebook: FB page - MaisarahSidi.com atau
Email: maigraphikdesign[at]gmail.com atau
Whatsapp: 012-583 1965 (Mai)

Klik sini untuk lebih lanjut tentang tempahan dan harga design


Bukti Kewujudan Pejabat dan Kilang Mesin ATM dan Pemilik di Kiev

Maisarah Humaira | 20.9.18 | 23 Komen

Pembukaan Grand Malaysia di Kuala Lumpur, 15 Oktober 2018 sokongan oleh www.aitrades.org



Pada 2 September 2018 pemimpin tertinggi dari Indonesia, Singapura melawat ibu pejabat dan loji pengeluaran atm di Kiev. Dalam menjalankan pasukan bisnes www.aItrades.org, yang paling penting adalah:

1. Bersifat jangka panjang, diwariskan dan sah dari segi undang-undang di Estonia, Brazil dan Amerika.
2. Boleh dilihat, dikunjungi dan bertemu pemilik syarikat untuk mengetahui visi dan misinya.
3. Perkongsian keuntungan bagi pelabur sebenar pasif masuk akal dan terdapat komisen bagi ejen pengedar.
4. Bukan permainan wang, bukan Ponzi, tidak berbahaya dan tidak merugikan orang lain.
5. Tiada pendapatan tetap atau janji palsu, semuanya berdasarkan perniagaan telus.

bitcoin crypto currency Aitrades Malaysia

Kali pertama melawat Ukraine, negara bekas Rusia dan penduduknya ramah dan persekitaran serta suhu mesra. Kepercayaan merupakan perkara utama dalam perniagaan dan altrades.org adalah sangat sesuai untuk mereka yang ingin memulakan perniagaan baru mahupun senior yang mahukan syarikat yang stabil dalam membina rangkaiannya. Facebook Aitrades Malaysia adalah komuniti ahli kumpulan Aitrade Malaysia dan Asia.

Pada masa ini ada beberapa negara yang sedang berkembang seperti Ghana, South Africa, Nigeria, juga diadakan pre event seminar di China pada 16 September 2018, Thailand pada 26 September 2018, Osaka pada 22 September 2018, Tokyo pada 23 September 2019, Hanoi Vietnam, Manila Filipina pada 30 september 2018, Malaysia 15 Oktober 2018, Singapor pada 27 Oktober 2018, kemuncaknya grand Launching global pada 11 November 2018 di Kiev Ukraine.

bitcoin crypto currency Aitrades Malaysia

Kita harus tahu syarikat harus untung dan terbukti dari hasil timbang tara robot, pengeluaran atm kira-kira 1000 buah per bulan yang dihantar ke Inggeris, Europe, Amerika Syarikat (USA), Brazil, China, United Arab dan Jepun serta Korea Selatan. Setiap 3-5 tahun ada penambahan teknologi baru, seperti perlombongan, ICO, perdagangan dan perluasan pemasaran baik secara online maupun offline.

Untuk menyertai, anda boleh mendaftar secara percuma di www.aItrades.org, jika berminat dengan pasif add fund agreement, berperanan aktif mempunyai personal link sebagai agen pengedar antarabangsa. Untuk Indonesia hubungi, +6281331603988, Malaysia Datowan, Singapura Mentor Bob, Ghana Mr.Kachim, Abu Dhabi Surendra dan Gazal serta Dubai Walid.

bitcoin crypto currency Aitrades Malaysia

Terdapat 4 pakej yang ada bermula dari 0.01 btc sehingga 5 btc ke atas dan profit harian 0,01-0.4% serta compound system pasif. Komisen maksimum 20 btc sehari untuk orang yang aktif.
Lebih baik anda cuba daripada tidak berbuat apa-apa.

Sokongan 24 jam dalam backoffice berupa Telegram chat, ada group member Whatsapp dan juga Facebook Tedy Sutanto.

bitcoin crypto currency Aitrades Malaysia

Inilah cara melipatgandakan bitcoin, ternak bitcoin tanpa rumit dan mempercepatkan untuk mengubah hidup kepa yang lebih baik. Setiap Isnin kita hanya menekan butang run ai untuk mendapatan keuntungan setiap hari, kalau lupa kita boleh klik di hari kita dalam talian untuk kontrak 365 hari ini.



Kalau kami sudah mempertaruhkan wang, tenaga bahkan risiko pergi jauh melihat pejabat dan mesyuarat di pelbagai negara serta membawa peluang ini untuk membantu orang ramai, sekarang giliran anda untuk menjadi bukti bersama kami berjaya dan bebas financial mempunyai mentor guru dalam dunia bitcoin crypto currency masa depan. Lihatlah anda dalam acara pembukaan besar Malaysia di Kuala Lumpur pada 15 Oktober 2018 nanti.

Jom daftar sekarang!
bitcoin crypto currency



Puasa Sunat Hari Tasu'a dan Hari 'Asyura

Maisarah Humaira | 19.9.18 | 10 Komen

Puasa Sunat Hari Tasu'a, Hari 'Asyura


Hari ini bertarikh 9 Muharram dan esok pula 10 Muharram. Umat Islam digalakkan berpuasa pada tarikh ini kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram itu sendiri.

Hari Tasu'a, Hari Asyura

Antara peristiwa yang berlaku pada 10 Muharram:

  • Nabi Musa dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah daripada musuh mereka.
  • Pada hari ini juga tercatat peristiwa pahit dalam sejarah Islam iaitu pembunuhan kejam ke atas tubuh yang mulia Sayyidina Husin yang merupakan cucu kesayangan Rasulullah S.A.W di bumi Karbala. Pembunuhan yang kejam ini dilakukan oleh Syiah Kuffah bukannya oleh tentera Yazid bin Mu’awiyah sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak. Walaupun adanya mazhab Syiah yang menyatakan bahawa pada hari ini tidak boleh berpuasa kerana kita semua mesti bersedih dengan pembunuhan Sayyidina Hussin pada 10 Muharram. Kita jawab balik kepada pendapat mereka bahawa kita semua disunatkan berpuasa pada setiap hari Isnin sedangkan pada hari Isnin merupakan hari kewafatan junjungan besar Muhammad S.A.W yang lebih besar kesedihannya tetapi kita semua tetap berpuasa sunat pada hari tersebut.

Kenapa berpuasa sunat Hari Tasu'a (9 Muharram)?

Tasu'a yang berasal daripada perkataan Tis'ah bermaksud sembilan dalam Bahasa Arab. Ulama’ berpesan agar kita turut berpuasa pada hari kesembilan Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram. Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharam adalah hari Nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim.

Daripada Ibnu Abbas r.a. berkata: “Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari ‘Asyura dan Baginda menyuruh berpuasa pada hari tersebut. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah ! Sesungguhnya hari ini (‘Asyura) adalah hari yang dibesarkan oleh Yahudi dan Nasara.” Maka Baginda bersabda: “Sekiranya daku masih ada pada tahun hadapan , pasti daku akan berpuasa juga pada hari sembilan (9 Muharram).” (Riwayat Imam Muslim)

Sabda Rasulullah SAW: Berpuasalah kamu pada hari ke sembilan dan sepuluh Muharam dan jangan meniru cara orang-orang Yahudi. – Riwayat Al Baihaqi.


Bagaimana jika terlepas puasa sunat Hari Tasu'a?

Ambil sehari selepas 10 Muharram bersama, seperti... pada 10 Muharram dan 11 Muharram.

Rasulullah SAW bersabda: “Puasalah kamu pada Hari ‘Asyura dan selisihilah orang-orang Yahudi padanya (maka) puasalah sehari sebelumnya dan sehari setelahnya.” (HR. Ahmad dan Al Baihaqy r.a.)


Kelebihan Puasa Bulan Muharram

Kelebihannya dilihat melalui beberapa hadis Rasulullah SAW.:

1. Abu Hurairah berkata, Rasulullah SAW bersabda: Seutama-utama puasa sesudah setelah puasa Bulan Ramadhan adalah puasa di Bulan Muharram, dan sebaik-baik solat setelah solat fardhu adalah solat (sunat) pada malam hari.” (Hadis Riwayat Imam Muslim)

2. Sabda Rasulullah SAW: “Sesiapa yang berpuasa pada hari akhir Zulhijah dan awal Muharam, nescaya Allah ampunkan segala dosanya walau selama 50 tahun melakukannya. (Hadis riwayat Ibni Abbas)

3. Rasulullah SAW bersabda: “Tiga hari daripada setiap bulan dari satu Ramadan kepada satu Ramadan yang berikutnya adalah menyamai ganjaran berpuasa sepanjang tahun. Berpuasa pada hari 'Asyura juga dihitung di sisi Allah sebagai penghapus dosa bagi setahun yang berlalu.” (Hadis riwayat Muslim).

4. Kata Ibnu Abbas r.a.: “Tidak pernah aku melihat Nabi SAW menanti-nanti puasa pada suatu hari yang diutamakan lebih daripada hari lain kecuali hari ini, iaitu ‘Hari 'Asyura (10 Muharram), dan bulan puasa iaitu Bulan Ramadhan.” (Riwayat Imam Bukhary dan Imam Muslim)

5. Daripada Abu Qatadah r.a. berkata: “Bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang berpuasa pada hari ‘Asyura (10 Muharram). Baginda menjawab: “Akan dapat mengampunkan dosa setahun yang lalu.” (Riwayat Imam Muslim)

Pelbagai fadhilat atau kelebihan yang Allah kurniakan kepada hambaNya. Jadi, jom berpuasa sunat Hari Asyura esok.

Niat Puasa Bulan Muharram (Puasa ’Asyura)

Niat puasa Hari Tasu'a

Niat puasa Hari Asyura


Semoga kita bersama mendapat merasa kelebihan dan keberkatan daripada Allah atas puasa kita ini kerana-Nya InsyaAllah.


Entri dikemaskini pada 19 September 2018.


Kredit kepada Shafiqolbu

Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana

Maisarah Humaira | 18.9.18 | 5 Komen

Giveaway Produk Kecantikan


Tertarik betul dengan giveaway Let's Be Beautiful anjuran blogger Ana Suhana ini. Hadiah yang ditawarkan merupakan beberapa produk kecantikan seperti set produk Safi Dermasafe, set Dr. Jou Six Essence Hyaluronic Acid Mask dan set Safi Balqis Oxywhite. Menarik bukan?

Dengan adanya entri ini bermakna Mai sudah menyertai giveaway ini. Kalau anda ingin sertai juga, klik saja banner di bawah ini...


Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana
Giveaway : Let's Be Beautiful by Ana Suhana

Semoga berjaya!


Kucing Sering Menjadi Mangsa Kekejaman Manusia Tidak Berhati Perut

Maisarah Humaira | 13.9.18 | 0 Komen

Kisah sedih kucing dobi


Sedih.. sangat sedih melihat sikap segelintir manusia yang tidak berperikemanusiaan, terutamanya terhadap haiwan. Kisah seekor kucing betina bunting yang dimasukkan ke dalam mesin pengering di dobi oleh manusia yang tidak berhati perut, tragedi yang sangat menyayat hati.

Haiwan tidak memiliki akal tetapi punya perasaan kasih sayang. Rugi manusia yang diberikan akal tetapi tidak menggunakannya. Apalah salah kucing bunting itu, ia bukannya harimau yang sedang mencari mangsa untuk dimakan.

kucing comel, kucing dalam dryer
Gambar hiasan, Memey kucing Mai ๐Ÿ˜ฝ

Kalau tak suka, jangan sakitinya.

Engkau manusia berakal, kalau orang tidak suka dengan engkau kemudian engkau dibunuh begitu saja.. macam mana engkau rasa?

Engkau jaga dia, engkau dapat pahala. Kucing, anjing yang menjadi 'haiwan gelandangan'.. biarkan mereka hidup sehingga ajal menjemput. Bukan engkau yang menjadi hakim mengadili siapa yang layak hidup didunia ini. Tidak banyak pun yang mereka minta. Makanan dan belaian manusia. Itu pun sudah cukup bagi mereka.

Cukup-cukuplah menyeksa haiwan yang tidak bersalah ini. Ada yang sembelih kucing suka-suka, ada yang memakannya, ada yang membakarnya... Allah.. Manusia, gunakanlah akal yang telah diberikanNya dengan sebaik-baiknya.

Semoga 'haiwan gelandangan' seperti kucing dan anjing di Malaysia diberi perhatian yang secukupnya dan sewajarnya oleh setiap rakyat di negara ini. Tak rugi pun jika kita berbuat baik sesama makhluk. 



Munafik 2 Menyentap Jiwa, Sebak Terasa

Maisarah Humaira | 10.9.18 | 6 Komen

Filem Munafik 2 Terbaik!


Munafik 2, filem yang ditunggu-tunggu dan kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara Malaysia. Cerita yang membuatkan peminat filem Munafik tertanya-tanya tentang Munafik 2 ini, adakah ia bersambung dari Munafik yang pertama atau tidak?


Ya, Munafik 2 adalah sambungan Munafik yang pertama. Ceritanya bermula dengan mimpi Ustaz Adam - mimpi Maria jatuh dari tempat tinggi dan ada seseorang di atas yang memandangnya (babak ini ada dalam Munafik pertama). Mimpi ini akhirnya memberi jawapan di penghujung cerita.

Munafik 2 kali ini lebih banyak bermain dengan emosi, seram dengan elemen kejutan tapi bukan sekadar filem seram 'kosong', ia lebih sarat dengan pengajaran dan pengisian Islamik tentang perjuangan fisabilillah menentang kekufuran.

Mai ke panggung wayang pada hari kedua tayangan filem ini. Tempah tiket secara online je beberapa jam sebelum waktu tayangan, nasib baik belum penuh lagi. Sampai je pawagam, terus dalam dewan tayangan sebab terlambat sampai, sudah penuh dengan penonton sampai ke depan! Hebat betul penangan Munafik 2.

Seram.. memang seram. Tapi lebih kepada cerita keagamaan dan perjuangan kerana Allah. Efek kejutannya, membuatkan laju jantung berdegup. Bab hantu keluar dan waktu Sakinah dirasuk, tutup mata juga, tengok sipi-sipi je sebab takut hehe. Tapi memang tak rugi tonton filem ini tau.

Mana tidaknya, jalan ceritanya menarik, ditambah pula dengan skrip berisi yang bagus dan penjiwaan watak daripada para pelakon yang hebat, memang mantap hasilnya. Sentuhan pengarah Syamsul Yusof ini memang padu.

Jangan kata diri sudah beriman jika belum pernah diuji. Sangat benar. Selagi belum diuji, selagi itu kita rasa selesa di takuk lama. Ujian di dunia pula hadir dalam pelbagai bentuk, bukan sebarang ujian tetapi ujian yang mendekatkan diri kita dengan Allah.

Antara ujiannya dalam Munafik 2 ini, Ustaz Adam (Syamsul Yusof) diganggu dengan sihir Abuja (Nasir Bilal Khan) selepas selesai membantu Imam Malik (Roslan Salleh). Dia juga diganggu wanita misteri berjubah hitam iaitu iblis yang sering mempersoalkan tentang kewujudan Allah dan keimanannya. Ibunya (Ku Faridah) meninggal dunia, lebih menyedihkan Ustaz Adam sendiri yang membunuh ibunya tetapi masa itu dia di bawah pengaruh sihir. Sakinah (Maya Karin) juga memfitnahnya. Ustaz Adam juga dipukul teruk oleh Abuja dan pengikutnya sehingga dia koma pada akhir cerita ini.

Paling tidak disangka, rakan baik dan juga teman seperjuangannya, Azman (Fizz Fairuz) sanggup memfitnahnya di depan khalayak ramai kerana dia juga terlibat dengan ajaran Abuja. Azman adalah ornag yang muncul dalam mimpi Ustaz Adam dipermulaan cerita. Dia yang menolak Maria jatuh sehingga meninggal dunia.

Ustaz Adam adalah contoh muslim yang patut kita ikuti. Walupun dirinya diuji dengan pelbagai dugaan yang melampau, hatinya masih percaya kepada Allah dan masih utuh Allah di hatinya. Niantnya untuk membantu orang yang memerlukan, mengembalikan semula kepercayaan penduduk kampung yang sudah termakan dengan kata-kata manis Abuja, melumpuhkan ajaran sesat Abuja.. bukan mudah untuk dilaksanakan tetapi dia tetap berusaha kerana Allah.

Hidayah dan petunjuk perlu dicari. Inilah yang Ustaz Adam sering katakan dalam cerita ini. Dia yang ustaz pun masih mencari hidayah, takkan kita yang biasa-biasa ini mengharapkan hidayah turun sekelip mata saja? Maka berusahalah untuk mendapat hidayah-Nya kerana apa yang kita lakukan selama ini, yang dirasakan sentiasa betul.. tak semestinya Allah redha.

Di penghujung cerita, perasaan sedih timbul. Dengan kawannya memfitnah ustaz, dipukul kejam oleh Abuja sehingga dipersoalkan juga apa yang telah dilakukannya.. tetapi Ustaz Adam masih ingat Allah, meminta hanya pada-Nya. Allahu.. kalau kita, sakit sikit dah pun dah merungut tak tentu hala. Macam mana nak berdepan dengan finah dajjal nanti.. Allah Allah... Terfikir juga, "bagaimana pula dengan pengakhiran aku nanti?".

Ayat-ayat yang dilontarkan juga menusuk hati. Rasa takut ada, sedih pun ada. Ada pula yang kena dengan diri sendiri. Tersentap terus.

Banyak perkara yang dapat kita belajar daripada filem Munafik 2. Hati tersentap banyak kali ketika menonton filem ini. Sangat banyak pengajaran dalamnya:

  • Jangan pernah ego, bongkak dan sombong dengan Allah.
  • Bela, berjuang dan pertahankan Islam kerana Allah bukan kerana nama dan pujian semata-mata.
  • Jangan sesekali remehkan nasihat yang boleh betulkan kembali diri kita ke arah kebenaran.
  • Meminta hanya pada Allah, bukan pada makhluk.
  • Fitnah membawa kepada keretakan hubungan, hilang kepercayaan.
  • Bersahabat kerana Allah, bukan kerana ingin mendapatkan sesuatu untuk kepentingan diri.
  • Mati tidak mengira masa, bertaubat kena sentiasa.
  • Sabar dalam berdakwah dan ajak orang ke arah kebaikan, sehingga ke titisan darah yang terakhir.
  • Ilmu dan kelebihan yang ada pada diri, jangan disia-siakan.
  • Jangan mudah mengata orang itu tak baik, ini tak kena.. rupanya diri sendiri yang munafik.


Ambil pengajaran daripada cerita ini, itu yang sebaiknya.

Pada anda yang masih belum menonton filem Munafik 2, cepat ke pawagam untuk menonton ya. Rasai sendiri pengalamannya. Peringatan untuk anda, terdapat bacaan ayat ruqyah dalam filem ini. Kepada sesiapa yang rasa diri yang ada sesuatu dalam badan, lebih baik elakkan untuk menonton sebab dah terjadi di beberapa pawagam, ada penonton yang 'panas' semasa ayat ruqyah dibacakan.



Agak-agak ada sambungan Munafik 3 tak? Seperti apa yang Syamsul Yusof beritahu di laman Twitter, membalas soalan peminat, dia memberitahu ada Munafik 3. Ustaz Adam cuma koma, belum meninggal dunia lagi.

Bukan biasa-biasa filem tempatan ini, 10/10 Mai bagi.


Puas Hati dengan St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub

Maisarah Humaira | 8.9.18 | 7 Komen

St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub terbaik!


Setakat ini, Alhamdulillah muka Mai kurang masalah kulit. Cuma bintik hitam atau blackhead yang ada pada hidung dan pori kulit pada hidung serta kawasan sekelilingnya agak terbuka besar. Cari punya cari penyelesaiannya, akhirnya berjumpa dengan St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub.


Baru-baru ini Mai diperkenalkan dengan St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub. Satu jenama penjagaan kulit yang tidak menghampakan penggunanya. Sentiasa memberikan hasil yang menakjubkan kepada penggunanya.

Betul, Mai sendiri amat berpuas hati dengan hasil setelah menggunakan scrub ini. Hasilnya, blackhead pada hidung semakin berkurang dan menghilang. Pori muka pula semakin mengecil. Kulit muka juga rasa lembut.

Mana tidaknya, pori yang tersumbat dengan kotoran dikeluarkan dengan scrub muka St Ives Blackhead Clearing Green Tea ini. Baunya juga yang wangi membuatkan Mai lagi seronok menyental. Sekali anda guna mesti jatuh hati.

Selepas muka diurut dengan St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub, kulit muka juga kurang berminyak. Scrub ini sesuai dan ngam dengan kulit muka Mai.

Cara Menggunakan Scrub Wajah


Mudah saja cara menggunakannya..

  1. Bersihkan kulit muka dengan pembersih muka kemudian bilas.
  2. Selepas itu, picit sedikit scrub pada tapak tangan dan gosok perlahan.
  3. Urut wajah dengan gerakan kecil secara membulat, gunakan tekanan lembut untuk membangkitkan peredaran semulajadi kulit muka.
  4. Apabila selesai, bilas dan kering dengan tuala bersih.
  5. Gunakan 3 hingga 4 kali seminggu (bergantung kepada kulit) untuk hasil terbaik.

Senang je kan? Kalau kulit muka anda menghadapi masalah blackhead dan pori besar, apa kata anda cuba St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub ini. Harganya juga berpatutan dan mampu milik. Tak susah nak mencari scrub ini. Jenguk Watson, Guardian atau mana-mana pasar raya terpilih.. insyaAllah ada.

Jom usaha dapatkan kulit wajah sihat!



MaisarahSidi.com © . Designed by Maisarah laaa