Anak Kedua Kuat Merajuk? Nah Fakta Menarik Anak Kedua - MaisarahSidi.com Anak Kedua Kuat Merajuk? Nah Fakta Menarik Anak Kedua

Anak Kedua Kuat Merajuk? Nah Fakta Menarik Anak Kedua

Ciri-ciri Anak Kedua Mengikut Kajian


Baru-baru ini, rajin pula Mai mencari fakta menarik tentang anak kedua. Pertamanya, sebab Mai anak kedua dalam keluarga. Kedua, Mai nak tahu.. betul ke anak kedua mempunyai fi'il seperti apa yang Mai lalui.

Mai jenis yang suka buat kerja sendiri sebab lebih selesa dengan cara begini. Kerja hakiki sebagai pereka grafik, kerja harian seperti memasak, mengemas contohnya.. Mai suka buat sendiri sebab Mai fikir lebih cepat disiapkan kalau buat seorang diri. Tapi tak semua kerja yang buat sendiri, ada juga yang perlukan pertolongan orang lain. Kalau ada orang menyuruh buat sesuatu perkara pula, cukuplah suruh sekali. Minta banyak kali dengan tak sabarnya, tak layan terus.. haaaa

fakta anak kedua

Bab emosi pula.. mudah terasa hati, cepat tersentap dengan teguran orang lain dan marah dengan perkara yang betul-betul boleh buat Mai marah, tapi cepat baik. Merajuk pun ye juga, boleh sampai berhari-hari tak bercakap dengan orang yang buat Mai merajuk atau menegur. haha.. entahlah memang begitu agaknya. Tapi tempoh masa merajuk tu selalunya Mai akan fikir baik buruk apa yang orang tegur Mai.

Pernah juga rasa terpinggir daripada keluarga pun ada juga, mungkin sebab lihat mak abah lebihkan adik-beradik yang lain. Yang ini pun sama juga, Mai akan fikir sebab-sebabnya, kemudian apabila rasa sesuatu perkara itu membawa kebaikan, berlapang dada dan terimanya. Tapi yang ini selalu terjadi masa umur kanak-kanak sampailah belasan tahun. Bila dah besar boleh fikir baik buruk dah.. hehe

Rimas pula dengan mainan emosi seperti ini. Sikit punya hal pun boleh terasa hati. Sekarang ini Mai banyak perbaiki diri supaya lebih bersabar dalam setiap tindakan. Alhamdulillah semakin baik. Banyak juga Mai cari jawapan di internet daripada mereka yang arif dalam bidang ini, disebabkan emosi yang kadang kala sukar dikawal. Sehinggalah Mai mencari fakta tentang anak kedua, mungkin ada yang sama dengan apa yang Mai rasa.

Setelah baca Fakta Menarik Tentang Anak Kedua yang dikongsikan di sini, banyak betul yang sama dengan Mai. Ohh.. rupanya anak kedua memang begini 😁 Jom baca apa yang uniknya anak kedua ini...

Fakta Anak Kedua 


Antara beberapa fakta menarik mengenai anak kedua daripada perubatan dan ahli psikologi Alfred Adler:

1. Terasing

Anak kedua sering merasa seperti disisihkan oleh keluarganya sendiri. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh ibu bapa yang sering memberikan perhatian yang lebih kepada anak pertama. Maklumlah, kelahiran anak pertama itu yang sering dinanti-nantikan. Jadi, memang itu yang sering mendapat perhatian. Lagipun, anak pertama dikatakan perlu diberi perhatian yang lebih agar lebih terdidik dan terjaga supaya boleh menjadi ikutan adik-adiknya yang lain.

Selain anak sulung, anak bongsu juga sering diberikan perhatian yang lebih. Yelah, anak kecil yang di bawahnya sudah tiada lagi adik dan merasakan itulah yang perlu dilindungi. Ada kala, ibu bapa terbawa-bawa sehingga anak itu meningkat umurnya.

Jadi, tinggallah anak kedua seorang diri dan kurang mendapat perhatian keluarga. Maka, tidak hairanlah anak kedua selalu kita lihat mempunyai SAHABAT BAIK atau ‘BFF’ atau ‘Best-Friend-Forever’. Mereka menjadikan ‘BFF’nya itu ada kala melebihi keluarga sendiri.

2. Gemar bersahabat

Mungkin disebabkan anak kedua sering tersisih oleh keluarga, jadi mereka lebih senang menjalinkan hubungan dengan orang lain. Mereka akan berusaha membuat orang lain selesa dengan persahabatan itu agar hubungan mereka terus utuh.

Namun, sifat ini juga ada sisi negatifnya. Anak kedua tidak berani membuat keputusan dalam segala hal, terutama yang melibatkan dirinya. Dia takut jika keputusan itu akan menyusahkan orang lain. Jadi, kalau nak cari pasangan atau sahabat sejati, carilah anak kedua. Sebab...dia pasti akan menjadi pasangan atau teman terbaik yang pernah kamu miliki.

3. Kreatif dan Fleksibel, Suka Kebebasan

Disebabkan selalu bersendirian dan bersemangat dalam melakukan sesuatu membuatkan anak kedua sering berimaginasi dalam mengembangkan bakatnya. Disebabkan itu kita sering lihat anak kedua akan bekerjaya berkaitan dengan seni dan kurang gemar bekerja di bawah tekanan.

Anak kedua juga gemarkan kebebasan dalam pekerjaan, fleksibel, dan tugasan yang mampu membuatkan mereka mengekspresikan diri. Juga pekerjaan yang tidak mengekang dari segi waktu atau peraturan pejabat yang terlalu ketat. Disebabkan ini juga, ada sesetengah anak kedua yang gemar memilih untuk menjadi ‘freelancer’ atau sambilan, ataupun bekerja di tempat-tempat yang mereka sukai.

4. Paling Berbeza

Tidak dapat disangkal lagi, anak kedua biasanya akan selalu berusaha untuk mendapatkan perhatian daripada ibu atau ayahnya. Oleh sebab itu, mereka akan selalu berfikir tentang bagaimana untuk mendapatkan perhatian. Sebab itulah mereka selalu akan melakukan perkara yang berbeza supaya ibu bapa sedar akan kewujudan mereka.

5. Masalah hubungan

Disebabkan anak kedua sering mendambakan perhatian, dia akan sering berasa takut, hubungan dengan keluarga pun tidak berjalan dengan baik. Ini membuatkan mereka sukar untuk membentuk sebuah keluarga dan bermasalah dengan pasangannya.

Mereka gemar menuntut perhatian yang lebih dan mempunyai sikap berprasangka yang sebenarnya mereka sendiri tak inginkan. Lebih teruk lagi, mereka akan sering menyalahkan diri sendiri dalam segala hal!

Cara untuk mengurangkan sifat negatif pada anak kedua ini adalah dengan memberikan perhatian yang lebih kepada anak kedua ini. Dengan itu, mereka akan membesar dengan mempunyai peribadi dan karakter yang baik.

Selain itu juga, perhatian yang cukup akan menjadikan mereka seorang yang membesar dengan penuh kasih sayang. Sehingga orang di sekeliling mereka pun akan berasa selesa dengan mereka.



Wow, banyak betul persamaan Mai dengan kajian di atas ini! Anak kedua ni memang macam-macam sungguh 😁 Tetapi semua yang negatif itu boleh diubah menjadi kepada lebih positif. Bukan mudah nak menjaga hati, nak memahami perangai seseorang kan? Tapi kalau kena gayanya cara berkomunikasi dan sebagainya, InsyaAllah sesiapa pun akan selesa dengan kita.

Siapa anak kedua? Jom sama-sama berkongsi pengalaman anda sebagai anak kedua...



Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. macam kene je dgn anak no 2 saya nihehe

    BalasPadam
  2. kalo ank sy no. 2, umo 3y tu dia jnis manja..xtahu la sbb blm ada adik lg kn?? tp mmg sensitif pon..kira sensitif style manja la haha..pandai pujuk org..kalo mama marah, xjd nak mrh...haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. manja tu memang ye. sensitif pun sama. kalau orang marah, kadang tu saya ambil hati dia juga, kadang-kadang merajuk juga haha

      Padam
  3. nasib baik ejulz bukan anak kedua. hehe

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)