Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Disengat Lipan Sehingga Hampir Pitam

Disengat lipan berbisa


Teringat masa kejadian Mai disengat lipan. Cerita ini berlaku 6 tahun lepas ketika Mai darjah 6. Wah lama dah rupanya. Bermula dengan Mai mencari surat khabar lama di atas almari di rumah untuk dibaca pada satu petang. Nak dapat idea, rujukan dan ayat sedap untuk menulis esei waktu sekolah dulu, kenalah banyak membaca kan. Sebab itulah surat khabar lama dibongkar semula.

disengat lipan

Banyak juga surat khabar lama yang ada atas almari. Mai hanya ambil beberapa naskhah saja, tak ambil semua. Selepas itu, surat khabar lama mula dibuka untuk dibaca. Satu persatu helai dibaca. Kejap duduk bersila, sekejap bertimpuh. Penyudahnya baring terus sambil baca surat khabar yang besar tu 😁

Tengah sedap membaca, tiba-tiba... bawah lengan terasa sakit seperti disengat. Sakit sangat. Apa lagi, terus berlari sambil menagis ke ruang tamu. Masa itu, rasa ada benda menjalar jatuh ke bawah. Belek bawah lengan tangan kiri, nampak ada 2 titik berdarah dengan bengkak kecil yang merah di situ. Maknanya memang betullah kena sengatan sesuatu yang berbisa.

Mak terus mengikat tangan Mai dengan kain. Tidak lama kemudian, muncul seekor lipan sedang menyusur di lantai. Besarnya! Merah lagi tu. Sengatan sang lipan rupanya. Selepas itu, kepala mula rasa pening, penglihatan pun samar-samar je... terus muntah. Kenapa pula ni?

Hampir pitam dibuatnya sengatan lipan ini. Bawah lengan semakin membesar bengkaknya. Mujur shif kerja abah habis jam 3 petang. Kemudian Mai terus dibawa ke klinik untuk rawatan. Hasilnya, dapat satu suntikan.

Sampai ke hari ini, Mai takut dengan lipan walaupun hanya melihat gambarnya dalam buku. Teringat masa di kolej matrikulasi dulu, ada buku diagram untuk subjek Biologi. Kebetulan kulit buku itu terselit pula gambar lipan. Tak pandang dah kulit buku tu haha. Cepat-cepat tampal gambar lipan tu dengan kertas. Kalau terbayang je pun, meremang bulu roma!

Masa sekolah menengah pula, kawan menyakat dengan lipan plastik. Diletaknya atas tilam, memang menjerilah jawabnya hahaha.

Haiwan berbisa seperti lipan dan lain-lain kita tak dapat jangka kehadirannya. Makanya kita sendiri perlu peka dengan keadaan sekeliling supaya dapat mengelak berlakunya kejadian yang tak diingini. Semoga kita sentiasa berhati-hati di mana jua kita berada kerana malang tidak berbau.



6 ulasan for "Disengat Lipan Sehingga Hampir Pitam"

  1. Bahaya betul sengatan binatang bisa ni kan, lambat sedikit boleh membawa maut

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. kena cepat dapatkan rawatan yang sepatutnya

      Padam
  2. natang2 gitu mmg kite geliiiii inc tikuss jgkkkk

    BalasPadam
  3. bahaya bisa serangga ni :(

    BalasPadam
  4. seramnya dengar.. TB ni penggeli.. kalau nampak si kaki banyak ni memang TB geli sangat2 tapi disebabkan bahaya.. TB beranikan diri bunuh dia seba takut nanti orang lain plak yang kena

    BalasPadam
  5. ooh kena sengat lipan boleh sampai muntah rupanya..seramnya baca

    http://mylittlestoryi.blogspot.com

    BalasPadam