Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Munafik 2 Menyentap Jiwa, Sebak Terasa

Filem Munafik 2 Terbaik!


Munafik 2, filem yang ditunggu-tunggu dan kini sedang ditayangkan di pawagam seluruh negara Malaysia. Cerita yang membuatkan peminat filem Munafik tertanya-tanya tentang Munafik 2 ini, adakah ia bersambung dari Munafik yang pertama atau tidak?


Ya, Munafik 2 adalah sambungan Munafik yang pertama. Ceritanya bermula dengan mimpi Ustaz Adam - mimpi Maria jatuh dari tempat tinggi dan ada seseorang di atas yang memandangnya (babak ini ada dalam Munafik pertama). Mimpi ini akhirnya memberi jawapan di penghujung cerita.

Munafik 2 kali ini lebih banyak bermain dengan emosi, seram dengan elemen kejutan tapi bukan sekadar filem seram 'kosong', ia lebih sarat dengan pengajaran dan pengisian Islamik tentang perjuangan fisabilillah menentang kekufuran.

Mai ke panggung wayang pada hari kedua tayangan filem ini. Tempah tiket secara online je beberapa jam sebelum waktu tayangan, nasib baik belum penuh lagi. Sampai je pawagam, terus dalam dewan tayangan sebab terlambat sampai, sudah penuh dengan penonton sampai ke depan! Hebat betul penangan Munafik 2.

Seram.. memang seram. Tapi lebih kepada cerita keagamaan dan perjuangan kerana Allah. Efek kejutannya, membuatkan laju jantung berdegup. Bab hantu keluar dan waktu Sakinah dirasuk, tutup mata juga, tengok sipi-sipi je sebab takut hehe. Tapi memang tak rugi tonton filem ini tau.

Mana tidaknya, jalan ceritanya menarik, ditambah pula dengan skrip berisi yang bagus dan penjiwaan watak daripada para pelakon yang hebat, memang mantap hasilnya. Sentuhan pengarah Syamsul Yusof ini memang padu.

Jangan kata diri sudah beriman jika belum pernah diuji. Sangat benar. Selagi belum diuji, selagi itu kita rasa selesa di takuk lama. Ujian di dunia pula hadir dalam pelbagai bentuk, bukan sebarang ujian tetapi ujian yang mendekatkan diri kita dengan Allah.

Antara ujiannya dalam Munafik 2 ini, Ustaz Adam (Syamsul Yusof) diganggu dengan sihir Abuja (Nasir Bilal Khan) selepas selesai membantu Imam Malik (Roslan Salleh). Dia juga diganggu wanita misteri berjubah hitam iaitu iblis yang sering mempersoalkan tentang kewujudan Allah dan keimanannya. Ibunya (Ku Faridah) meninggal dunia, lebih menyedihkan Ustaz Adam sendiri yang membunuh ibunya tetapi masa itu dia di bawah pengaruh sihir. Sakinah (Maya Karin) juga memfitnahnya. Ustaz Adam juga dipukul teruk oleh Abuja dan pengikutnya sehingga dia koma pada akhir cerita ini.

Paling tidak disangka, rakan baik dan juga teman seperjuangannya, Azman (Fizz Fairuz) sanggup memfitnahnya di depan khalayak ramai kerana dia juga terlibat dengan ajaran Abuja. Azman adalah ornag yang muncul dalam mimpi Ustaz Adam dipermulaan cerita. Dia yang menolak Maria jatuh sehingga meninggal dunia.

Ustaz Adam adalah contoh muslim yang patut kita ikuti. Walupun dirinya diuji dengan pelbagai dugaan yang melampau, hatinya masih percaya kepada Allah dan masih utuh Allah di hatinya. Niantnya untuk membantu orang yang memerlukan, mengembalikan semula kepercayaan penduduk kampung yang sudah termakan dengan kata-kata manis Abuja, melumpuhkan ajaran sesat Abuja.. bukan mudah untuk dilaksanakan tetapi dia tetap berusaha kerana Allah.

Hidayah dan petunjuk perlu dicari. Inilah yang Ustaz Adam sering katakan dalam cerita ini. Dia yang ustaz pun masih mencari hidayah, takkan kita yang biasa-biasa ini mengharapkan hidayah turun sekelip mata saja? Maka berusahalah untuk mendapat hidayah-Nya kerana apa yang kita lakukan selama ini, yang dirasakan sentiasa betul.. tak semestinya Allah redha.

Di penghujung cerita, perasaan sedih timbul. Dengan kawannya memfitnah ustaz, dipukul kejam oleh Abuja sehingga dipersoalkan juga apa yang telah dilakukannya.. tetapi Ustaz Adam masih ingat Allah, meminta hanya pada-Nya. Allahu.. kalau kita, sakit sikit dah pun dah merungut tak tentu hala. Macam mana nak berdepan dengan finah dajjal nanti.. Allah Allah... Terfikir juga, "bagaimana pula dengan pengakhiran aku nanti?".

Ayat-ayat yang dilontarkan juga menusuk hati. Rasa takut ada, sedih pun ada. Ada pula yang kena dengan diri sendiri. Tersentap terus.

Banyak perkara yang dapat kita belajar daripada filem Munafik 2. Hati tersentap banyak kali ketika menonton filem ini. Sangat banyak pengajaran dalamnya:

  • Jangan pernah ego, bongkak dan sombong dengan Allah.
  • Bela, berjuang dan pertahankan Islam kerana Allah bukan kerana nama dan pujian semata-mata.
  • Jangan sesekali remehkan nasihat yang boleh betulkan kembali diri kita ke arah kebenaran.
  • Meminta hanya pada Allah, bukan pada makhluk.
  • Fitnah membawa kepada keretakan hubungan, hilang kepercayaan.
  • Bersahabat kerana Allah, bukan kerana ingin mendapatkan sesuatu untuk kepentingan diri.
  • Mati tidak mengira masa, bertaubat kena sentiasa.
  • Sabar dalam berdakwah dan ajak orang ke arah kebaikan, sehingga ke titisan darah yang terakhir.
  • Ilmu dan kelebihan yang ada pada diri, jangan disia-siakan.
  • Jangan mudah mengata orang itu tak baik, ini tak kena.. rupanya diri sendiri yang munafik.


Ambil pengajaran daripada cerita ini, itu yang sebaiknya.

Pada anda yang masih belum menonton filem Munafik 2, cepat ke pawagam untuk menonton ya. Rasai sendiri pengalamannya. Peringatan untuk anda, terdapat bacaan ayat ruqyah dalam filem ini. Kepada sesiapa yang rasa diri yang ada sesuatu dalam badan, lebih baik elakkan untuk menonton sebab dah terjadi di beberapa pawagam, ada penonton yang 'panas' semasa ayat ruqyah dibacakan.



Agak-agak ada sambungan Munafik 3 tak? Seperti apa yang Syamsul Yusof beritahu di laman Twitter, membalas soalan peminat, dia memberitahu ada Munafik 3. Ustaz Adam cuma koma, belum meninggal dunia lagi.

Bukan biasa-biasa filem tempatan ini, 10/10 Mai bagi.


6 ulasan for "Munafik 2 Menyentap Jiwa, Sebak Terasa"

  1. Tak terasa seram sangat tetapi lebih menguji kepada keimanan para penonton juga. Memang salute Syamsul Yusof sebab hasilkan karya out of box macam ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. seram tu bergantung kepada seseorang juga.. ya, pengarah muda yang sangat bersungguh-sungguh dalam sesuatu kerja

      Padam
  2. akak belum tgk mai.... huh menggetar jiwa tu... duk tudung muka ngan tgn la... hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe.. mai pun macam tu juga. tutup mata dengan tudung part keluar hantu. tapi memang best

      Padam
  3. baru tengok semalam memang best! banyak pengajaran dan unsur seram pun berjaya diserapkan. padat dan mampat hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul sangat.. bukan seram kosong, tapi berisi kan

      Padam