Textual description of firstImageUrl

Doktor Beri Nasihat, Diperlekehkan Pula

Maisarah Humaira | 10/15/2018 08:00:00 PG | 12 Komen

Nasihat Doktor yang Sering Dikecam


Bukan senang nak bergelar seorang doktor kesihatan. Ahli farmasi juga sama. Banyak perkara dan ilmu yang mereka perlu belajar sepanjang tempoh pengajian di universiti. Banyak cabaran dan ujian demi kerjaya doktor yang membantu pesakit.

Kawan Mai ada yang yang sudah bergelar doktor dan ahli farmasi. Seronok bila bersembang sama-sama, tentang apa yang mereka belajar di universiti. Seronok sebab berkaitan kesihatan tubuh badan, rasa teruja nak tahu. Yela, kami belajar bidang lain-lain. Sambil tu dapat juga tambah ilmu baru.

nasihat doktor
Foto irishexaminer.com

Memang mencabar bidang kedoktoran ini. Nak kenal pelbagai urat, organ, otot, bab makanan, penyakit dan macam-macam lagi.. bukan senang. Ada beberapa subjek yang perlu dijawab secara lisan dan praktikal. Yang praktikal tu pula, kalau ada dijawab salah.. sampai perlu mengulang subjek itu. Ada yang kena guna mayat lagi tu. Uishhh..

Sama juga seperti ahli farmasi, semuanya tentang ubat. Pernah jugalah seorang kawan Mai yang ambil kos farmasi ini mengeluh kata kos ini susah. Sampai kena mengulang subjek sebab tersalah sukatan bancuhan ubat sewaktu peperiksaan praktikalnya. Nak botak kepala dibuatnya.. Tapi Alhamdulillah sekarang dia dah jadi ahli farmasi di sebuah hospital di Sarawak.

Apabila banyak ilmu yang dapat, baru tahu itu.. ini.. tak boleh diikut. Masa bersembang, banyak 'ooooo' sebab dah tahu yang betul dan salah sesuatu perkara yang menjadi amalan sebelum ini. Syukur ada kawan sendiri yang terlibat dalam bidang ini. Senang nak tanya perkara yang berkaitan.

Sekarang ini, ramai doktor yang sudi memberikan ilmu secara percuma di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter. Ya, percuma tanpa gaji. Tujuannya untuk menyedarkan rakyat Malaysia dan yang lain tentang kepentingan kesihatan, ubat-ubatan, pemakanan dan sebagainya.

Seronok dapat ilmu sebegini, boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Tapi bukan semua orang suka dengan perkara baik yang mereka lakukan ini. Ada saja mata melihat dari sisi buruk juga mengecam tindakan mereka kerana nasihat yang para doktor sampaikan.


Nasihat dan teguran, tandanya sayang kan? Untunglah kita ada yang sayang. Doktor beritahu perkara sebenar daripada kita berterusan hidup dengan mitos kesihatan merapu yang sering dianggap fakta.

Terimalah kebenaran kerana terdapat berjuta kebaikan padanya.
Kesihatan terjaga, hidup bahagia, dapat beribadat dengan gembira.

Buat kita manusia yang sering ego dengan teguran...

Ilmu itu diumpamakan seluas lautan.
Tapi nak ilmu, kena berguru. Berguru dengan yang pakar dalam bidangnya.
Jika tidak, tersesat dalam lautan yang luas itu tanpa arah tuju yang betul.

Sudah dapat ilmu yang benar, amalkan. Jangan pula jadi bodoh sombong mahu ikut yang salah juga.
Apabila dilabel bebal, tahu pula melenting.

Mudah.. Betulkan yang biasa, biasakan yang betul.



12 ulasan:

  1. Bila Rasa diri of pandai Dari doktor gitu laa

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi bila sakit, cari doktor juga kan mereka ni

      Padam
  2. Betul2, biasalah tu. Rasulullah yang utusan Allah pun biasa diperlekehkan even till now ❤

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya.. apa yang penting, sabar dalam menyampaikan ilmu dan bekerja

      Padam
  3. Betul tu.. Ilmu itu luas, tak baik perlekehkan doktor yg dah susah payah belajar bidang perubatan.. Ilmu mereka lebih banyak dari kita ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. daripada memperlekehkan kerja-kerja doktor, ada baiknya mereka bertanya untuk dapatkan kebenaran kan

      Padam
  4. Allahu. ini kesimpulan nya. titik

    Ilmu itu diumpamakan seluas lautan.
    Tapi nak ilmu, kena berguru. Berguru dengan yang pakar dalam bidangnya.
    Jika tidak, tersesat dalam lautan yang luas itu tanpa arah tuju yang betul.

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya.. berguru dan dapatkan ilmu itu sangat penting kan.

      Padam
  5. Balasan
    1. terima kasih. semoga dapat manfaat daripadanya

      Padam
  6. Tapi ramai yang tak boleh terima apa yang doktor kongsikan.. Walaupun perkara yang jadi amalan tu salah, tetap nak salahkan doktor..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

MaisarahSidi.com © . Designed by Maisarah laaa