Pernah Terfikir Terperangkap dalam Badan yang Salah? - MaisarahSidi.com Pernah Terfikir Terperangkap dalam Badan yang Salah?

Pernah Terfikir Terperangkap dalam Badan yang Salah?

LGBT, Hubungan Songsang dan Undang-undang Islam


ISLAM YAHUDI! - (Bobo Di Mana) adalah video terbaru daripada MrKokom. Mai sangat tertarik dengan mesej yang disampaikan dalam video tersebut. Apa yang disampaikan ialah tentang golongan Lesbian Gay Biseksual dan Transgender (LGBT).

Mai tidaklah pandai untuk berbicara soal LGBT ini. Seperti yang dilihat masa kini, masalah ini semakin berleluasa. Ya, mereka yang terlibat dalam masalah ini adalah manusia biasa, sama seperti kita. Tetapi bagaikan memilih jalan yang salah kerana keliru dengan identiti diri.

ISLAM YAHUDI! - (Bobo Di Mana)
Imej dari video ISLAM YAHUDI! - (Bobo Di Mana) 

Apabila ditanya sebab golongan itu memilih jalan yang mereka mahukan, banyak alasan yang tidak munasabah diberikan. Macam-macam.. ada juga yang kata "terperangkap dalam badan yang salah". Mungkin mereka fikir sepatutnya dilahirkan sebagai wanita, tetapi sebaliknya.

Mereka yang mengubah rupa dan ciptaan asal tubuh badan, daripada lelaki kepada wanita contohnya.. apabila 'lembut' dijadikan alasan dan tidak tahan dengan kutukan, mereka mengubah diri kepada kepada yang mereka fikir sepatutnya mereka jadi.

Nah.. Video dari MrKokom, ISLAM YAHUDI! - (Bobo Di Mana)



Apa yang disampaikan dalam video ini seperti LGBT, hubungan songsang dan undang-undang Islam.. mudah difahami. Yang salah tetap salah. Benang yang basah takkan boleh ditegakkan.

Kini, banyak pihak yang menegur golongan LGBT ini. Teguran itu tandanya sayang kan? Tiada siapa mahu masalah ini berleluasa kerana tiada faedah pun. Para doktor juga kata, gaya hidup songsang tersebut menyumbang kepada pelbagai penyakit. Jika mereka tidak melakukan sebarang hubungan intim sekalipun, mereka mungkin menarik minat ramai orang lain untuk menjadi seperti mereka. Ini sangat tidak bagus.

Alhamdulillah, kerana teguran kasih sayang itu semakin ramai yang berubah memilih jalan yang betul. Tak dinafikan cara nasihat juga memainkan peranan penting untuk sesiapa saja. Setiap orang tak sama fikirannya. Ada yang boleh terima teguran yang garang, ada yang hatinya lebih mudah tersentuh dengan teguran yang lembut.

Tapi ada juga golongan itu yang masih keras hati dengan memberikan pelbagai alasan. Malah, ada pula Muslim yang menyokong mereka. Katanya mereka perlu diberi hak sama seperti manusia lain. Ada juga yang menentang orang yang menegur golongan LGBT ini. Allahu..

ISLAM YAHUDI! - (Bobo Di Mana)
Imej dari video ISLAM YAHUDI! - (Bobo Di Mana) 

Sudah nama pun manusia, kena selalu diberi peringatan antara satu sama lain kerana manusia mudah lupa, bukan Melayu saja mudah lupa. Ingat semula kejadian yang pernah menimpa kaum Nabi Luth. Kita sama-sama bantu golongan LGBT untuk berubah ke jalan yang benar, bukan sokong dengan pergerakan mereka. Tak guna kecam kosong mereka kalau tiada sebarang tindakan yang benar daripada kita sendiri.

Baru-baru ini hukuman sebat kepada pasangan lesbian hebat diperkatakan. Ada yang menyokong, ada yang membantah. Ada tujuan hukuman itu dilakukan, supaya sedar dengan kesalahan sendiri.

Kan lebih bagus jadi diri sendiri. Jika lelaki, jadilah yang sejati. Jika wanita, jadilah sebaik-baik hiasan di dunia. Hati kena kuat tolak godaan dan pengaruh buruk. Kita yang masih belum diuji iman, sentiasa perbaiki diri dari semasa ke semasa.


Daripada Abu Sa’id al-Khudri ( r.a ), beliau mendengar Rasulullah صلى الله عليه وستم bersabda:

“ Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan demikian itu adalah selemah-lemah iman.”

( Diriwayatkan oleh Musim: al-Iman, hadis no. 40 )



Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. suka geng kokom ni ^^ videonya kelakar dan dalam masa sama mendidik! :)

    BalasPadam
  2. Semoga mereka dapat berfikir memilih kedesaran dan keinsafan..mohon ampun dari Allah

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)