Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Susu Kambing Nufael Berkhasiat Jadi Susu Kegemaran!

Susu Kambing Nufael Berkhasiat jadi Pilihan


Susu Kambing Nufael | Mai memang penggemar susu. Untuk minum di rumah, kebiasaannya menggunakan susu tepung je. Sebabnya mudah nak simpan dan lebih jimat. Tapi sekarang ini nak pilih susu tepung untuk diambil setiap hari, kena tengok juga bahan-bahan susu tepung tersebut. Risau ada gula tambahan.

Mai pernah beli susu tepung, rasanya manis walaupun tidak ditambah gula. Errrkk.. tak sukanya dengan rasa itu. Masa beli susu itu, Mai kelam kabut sebab nak kejar masa, tak sempat nak tengok label dan bahan. Main ambil je, bila rasa.. manis!

Walaupun ada susu di pasaran yang tidak manis rasanya, mungkin ada gula juga. Nama gula itu berselindung di sebalik nama lain.

Seboleh-bolehnya Mai nak susu dengan rasa sebenar, bukan rasa manis. Menyesal juga waktu itu. Tapi sekarang ini, dah jumpa dengan susu tanpa gula tambahan, susu kambing lagi tu. Susu tersebut adalah Susu Kambing Nufael dengan gabungan bahan organik dan asli.

Susu Kambing Nufael

Seperti yang kita tahu, susu kambing memiliki pelbagai khasiat yang bagus untuk satu badan manusia. Ditambah pua dengan ekstrak bahan sebenar seperti delima, kurma, madu, minyak zaitun, manna dan kismis, memang terbaiklah jawabnya.

Susu Kambing Nufael

Mai selalu ambil Susu Kambing Nufael ini pada waktu pagi sebagai penambah tenaga. Boleh kenyang lama tau. Kalau susah nak tidur, waktu malam sebelum tidur juga Mai ambil susu ini. Kadang-kadang kalau rasa penat selepas bekerja pun Mai ambil juga susu ini, rasa tenang je rasa selepas minumnya.

Masalah buang air besar juga dipermudahkan dengan minum Susu Kambing Nufael. Najis tidak lagi keras. Kalau anda ada masalah susah nak buang air besar, bolehlah cuba minum susu ini, InsyaAllah berkesan. Di samping itu, kenalah juga jaga pemakanan dan ambil makanan seimbang, lagi sihat tubuh badan.

Bab rasa pula, Susu Kambing Nufael ini tiada gula tambahan, jadi tiada rasa manis juga tiada perisa tambahan.

Cara nak menyediakannya mudah saja. Campurkan 3 skop dengan 170ml air suam dan kacau ikut arah lawan jam sehingga larut. Skop khas sudah disediakan dalam setiap kotak. Tekstur susu tepung ini sangat halus jadi mudah larut dalam air.

Susu Kambing

Tak rugi anda amalkan susu ini. Boleh diamalkan seisi keluarga lagi tu. Jimat bukan?

Ada yang nak mencuba Susu Kambing Nufael? Anda bolehlah membuat tempahan segera di laman susukambingnufael (klik).

Untuk maklumat lanjut tentang Susu Kambing Nufael atau ingin membuat pembelian juga, layari atau hubungi:

Facebook Page: Nufael Susu Kambing HQ
Laman web rasmi: Nufael Susu Kambing
No. HP: 0168404932
Alamat HQ: No 9, Jalan Keluli, AK7/AK, Seksyen 7, 40000, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan



29 ulasan for "Susu Kambing Nufael Berkhasiat Jadi Susu Kegemaran!"

  1. anak liez suka nufael ni... tp actually diaorg suka susu kambing..asalkan takdebau yg pelik mmg fav la

    BalasPadam
  2. nufael ni brand baru ker? now goat's milk is getting more and more popular isn't it? great for healthy and nutricious diet..

    BalasPadam
  3. Susu kambing Nufael ni 100% susu kambing asli tanpa bahan pengawet dan juga takde langsung bau hamis kambing

    BalasPadam
  4. yeah just finish goat milk powder, now I know can try this. Gonna check out their website for more info.

    BalasPadam
  5. Rawlins pun baru belajar nak minum susu kambing sebab tau khasiatnya banyak dan bagus untuk dalaman. Kalau yang pure, tak lalu sebab tak tahan baunya hahaha

    BalasPadam
  6. Tekstur halus dia buat cepat larut kan..the best part is dia x hamis..sampai kita x sedar sebenarnya kita minum susu kambing

    BalasPadam
  7. aida tak pernah beli dan cuba.
    maybe i will.
    last time, dulu la, pernah beli susu kambing.
    tak ingat brand apa. tak brape sedap. bau nyer tu not very nice.
    but now aida peratikan, da semakin byk produk berasaskan susu kambing.
    r&d nyer da maju, kan. sure sedap. ramai komen kata da tak hamis. so, good to try lah.

    BalasPadam
  8. Tak pernah minum susu kambing. hehe. so xtaw apa feeling minum susu kambing. lagi sedap ke dari susu biasa ya?

    BalasPadam
  9. Oh baru tahu kalau susu kambing bisa memperlancar buang air besar. Btw nih susu kambing serbuk/tepung ya? Bukan cair?

    BalasPadam
  10. Ramai juga yang kata susu Nufael ni best. Baguslah banyak pilihan susu kambing di pasaran sekarang. Susu kambing memang bagus untuk seisi keluarga

    BalasPadam
  11. Kinah pun dah cuba susu kambing nufael ni. Sedap sangat rasanya walaupun tanpa gula. Badan pun rasa bertenaga jer bila bangun pagi

    BalasPadam
  12. Dah pernah cuba tapi tak boleh gak. Bagus ya sesiapa yang boleh minum susu kambing ni. Nak ajar anak minum susu kambing gak lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe takpe.. banyak pilihan susu lain lagi. tapi yang ni takde bau hamis

      Padam
  13. Kalau susu Nufael ni tak berbau hamis macam setengah2 produk tu, bolehlah Bonde cuba minum.. nampak banyak manfaatnya baik untuk kesihatan

    BalasPadam
    Balasan
    1. iya Bonde, banyak manfaatnya sebab Mai sendiri dah cuba :)

      Padam
  14. Tanpa gula? Ini USP untuk produk Nufael ni..kebanyakan susu proses ni ada gula yang tinggi. Memang nak kena cuba la ni

    BalasPadam
  15. Oh qeela tak pernah try lg susu kambing Nufael ni, tp dgr dan tgk nmpk mcm menarik jugak, plg tertarik sbb takde gula & perisa tmbhn tu hehe. Sbb usually jumpa mesti ada bhn2 tu.

    BalasPadam
  16. wahhhh ! ini berita gembira buat penggemar susu kambing. now dah ada dalam bentuk formula. susah nak dapat susu kambing fresh skrg. kalau dpt pon, bau dia hanyir betul. bolehlah dptkan susu nufael nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. yang tepung lebih jimat kan. nak simpan pun senang

      Padam
  17. First time tahu pasal susu lambing Nufael. Wah, siap ada perisa tambahan tu. Bagus la, boleh tarik orang yang tak berapa gemar minum susu untuk try sekali. Nak cuba lah nanti

    BalasPadam
  18. nak beli la nanti sbb abe kie suka minum susu..

    BalasPadam
  19. Ramai review kata best susu nufael ni kan..nak try gak la pasni

    BalasPadam
  20. Memang tak bau hamis kambing langsung kan..

    BalasPadam