Tips untuk Orang Lain Sangka Baik, Tidak Mengungkit dan Hormat Kita

Maisarah Humaira | 10.10.18 | 9 Komen

Sangka Baik, Tidak Mengungkit dan Hormat


Kadang-kadang kita tak sedar dengan kesalahan sendiri. Lalu mudah saja kita menyalahkan orang lain. Itu tak kena, ini tak kena.. rupa-rupanya datang daripada diri sendiri juga.

Sangka Baik, Tidak Mengungkit, Hormat
Sumber gambar Google

Contoh paling mudah, dalam sesebuah keluarga. Ada isteri bersangka buruk dengan suaminya, tak percaya dengan apa yang suaminya lakukan di luar dan sebaliknya. Ungkit-mengungkit perkara lepas sudah menjadi kebiasaan. Anak-anak pula tidak hormat ibu bapa. Apabila semua ini terjadi, masing-masing menyalahkan orang lain.

Apa yang perlu dibuat jika dalam keadaan ini? Ini sedikit perkongsian daripada channel Telegram Tarbiah Sentap..

Tips terbaik untuk orang lain SANGKA BAIK dengan kita adalah, kita sendiri yang mula bersangka baik dengan orang lain.

Tips terbaik untuk orang lain TIDAK MENGUNGKIT dengan kita adalah, kita sendiri yang mula tak mengungkit dengan orang lain.

Tips terbaik untuk orang lain HORMAT kita adalah, kita sendiri mula untuk hormat orang lain.

Jangan asyik menuding jari dengan mempersoalkan,

Kenapa dia tak hormat aku?

Kenapa dia asyik mengungkit?

Kenapa dia asyik sangka buruk dengan aku?


Jadi, muhasabah diri dulu sebelum tuding jari pada orang.

Point paling penting ialah, what goes around, comes around. :)


9 ulasan:

  1. betul tu...kita jangan harap orang lain nak sangka baik dengan kita dulu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya, ia bermula dengan diri kita sendiri

      Padam
  2. x baik buruk sangka. Namun berbaik sangka lagi baik. Doakan yang baik2

    BalasPadam
  3. Mulakan dari diri sendiri dulu....insyaAllah nanti baik jadinya.Aamin.

    BalasPadam
  4. betul tu tak rugi pun hormat org lain...

    BalasPadam
  5. Berbaik sangka perlu kita didik pada diri sendiri dulu.. terima kasih atas peringatan ini. Mudah2an Allah sentiasa memberkati.. aamiin.

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)

MaisarahSidi.com © . Designed by Maisarah laaa