Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Cara Upgrade Hotlink Non 4G SIM ke 4G LTE SIM

Upgrade Hotlink Non 4G Sim ke 4G LTE SIM


Baru-baru ini, Mai dapat SMS daripada Hotlink yang meminta untuk upgrade simkad sedia ada ke 4G LTE. Yelah.. baru terfikir simkad yang sedang digunakan tiada liputan 4G. Simkad yang sedang digunakan ini pun dah lama, sejak zaman belajar lagi.

Smartphone Mai memang ada sokongan 4G LTE, cuma simkad yang digunakan saja bukan 4G. Betul juga, banyak kebaikan guna simkad 4G. Capaian internet lebih pantas berbanding teknologi rangkaian 3G sebelum ini. Maka buat kerja secara online lagi cepat jadinya.

upgrade simkad ke 4G

Mudah saja cara untuk upgrade simkad non 4G ke 4G LTE. Ini untuk pengguna pelan prabayar Hotlink Maxis..

1. Pergi ke Maxis Center berdekatan anda.
2. Beritahu kepada staf di situ, nak upgrade simkad ke 4G.
3. Mereka akan minta kad pengenalan dan beberapa butir-butir peribadi. 
4. Simkad 4G yang baru akan diberikan. 

Tiada sebarang caj dikenakan untuk proses ini. Proses upgrade simkad ini sekejap saja, hanya beberapa minit dah siap. Selepas setengah jam proses upgrade dilakukan, simkad 4G baru boleh digunakan dengan menggantikan yang lama.

Senang bebeno orang Perak kata. Kepada sesiapa yang masih belum upgrade simkad 3G ke 4G, eloklah tukarnya segera ya. Untuk yang bukan pengguna pelan Hotlink, anda boleh tanya dengan telco masing-masing ok.



7 ulasan for "Cara Upgrade Hotlink Non 4G SIM ke 4G LTE SIM"

  1. sha dah lama upgrade ke 4G mmng internet laju sampaikan stress kalau tetiba kawasan tu ada line 3G je haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe Mai baru je upgrade sebab selalu online guna wifi je..
      yela sebab dah biasa laju kan, tetiba slow.. geram la jadinya hihi

      Padam
  2. Nak tnya, kena bawa simkad yg nak ditukar skali ke??

    BalasPadam
  3. Hi , salam . Nak tanya kalau ke maxis centre tu nnt , dia just bg sim kad 4G yg baru kan... atau dia siap pasang sim kad kat situ terus... atau kita boleh pasang sndr di rumah... 😁

    BalasPadam