Althea Petal Velvet Sunaway, Sunscreen Bagus untuk Kulit - MaisarahSidi.com Althea Petal Velvet Sunaway, Sunscreen Bagus untuk Kulit

Althea Petal Velvet Sunaway, Sunscreen Bagus untuk Kulit

Sunscreen Althea Petal Velvet Sunaway


Sunscreen Althea Petal Velvet SunawayKulit yang cantik dan sihat menjadi idaman setiap wanita, lelaki juga tidak terkecuali. Nak kulit yang cantik dan sihat, mestilah beri perhatian yang lebih padanya. Jadi, pelindung matahari atau sunscreen perlu disapu setiap hari bagi melindungi kulit daripada cahaya matahari yang berbahaya, juga dapat mengurangkan pelbagai risiko masalah kulit.

Baru-baru ini, Mai dah cuba sunscreen Althea Petal Velvet Sunaway. Sekali guna terus suka.

Althea Petal Velvet Sunaway, sunscreen
Althea Petal Velvet Sunaway

Selepas disapu pada kulit, kulit terasa lembap dan licin. Teksturnya cecair pekat berwarna putih, tetapi tidak meninggalkan kesan putih pada permukaan kulit. Ia cepat meresap ke dalam kulit. Ringan pada kulit dan yang penting tidak melekit, kulit pun rasa selesa je. Baunya juga harum dengan wangian ros tapi jangan risau, pada yang tak suka bau wangi.. bau itu akan menghilang selepas disapu pada kulit.

Althea Petal Velvet Sunaway, sunscreen
Tidak meninggalkan kesan putih, cepat meresap ke dalam kulit

Althea Petal Velvet Sunaway ini melindungi kulit daripada cahaya UVA (penuaan) dan UVB (sunburn). Apa yang menarik tentang sunscreen ini adalah kandungan utamanya iaitu, ekstrak Damask Rose, melembapkan dan melicinkan kulit. Damask Rose mempunyai komposisi nanomolecular semulajadi yang kaya dengan vitamin untuk tembus jauh ke dalam kulit.

Hyaluronic Acid menarik kelembapan pada kulit untuk mencegah dehidrasi juga terkandung dalam sunscreen ini, secara tak langsung dapat mengawal sebum berlebihan pada kulit. Selain itu, Geranium Oil yang terdapat dalamnya juga menjadikan kulit berseri dan dapat menyembuhkan jerawat. Kalau anda yang banyak bekerja luar di bawah cahaya matahari, kerap melakukan aktiviti di luar rumah dalam masa yang lama, elok sangat gunakan Althea Petal Velvet Sunaway.

Althea Petal Velvet Sunaway, sunscreen


Althea Petal Velvet Sunaway dengan SPF 50+ dan PA++++ sesuai untuk kegunaan harian ye. Sesiapa yang sedang mencari sunscreen yang tahan lama dan beri perlindungan yang kuat untuk kegunaan seharian, yang memberi kelembapan pada kulit tanpa meninggalkan kesan putih pada kulit dan melekit, Althea Petal Velvet Sunaway adalah jawapannya.

Cara Menggunakan Althea Petal Velvet Sunaway

  1. Goncang botol Petal Velvet Sunaway sebelum menggunakannya.
  2. Sapu 15 minit sebelum memulakan aktiviti dibawah cahaya matahari.
  3. Sapukan pada muka dan kulit yang terdedah.
  4. Sapu 3-5 jam sekali untuk menguatkan perlindungan terhadap UV.

Althea Petal Velvet Sunaway ini sesuai untuk semua jenis kulit.

Jom jaga kulit supaya sihat dan cantik. Jangan lupa minum air putih secukupnya ya.
Untuk maklumat lanjut tentang Althea Petal Velvet Sunaway, boleh terus ke laman web Althea ok.

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. packagingnya pun dah nampak lawa

    BalasPadam
  2. wah..tak sabar nak cuba nanti

    BalasPadam
  3. Product Althea memang terbaik..

    BalasPadam
  4. Lawa packaging nya, dan SPF50 sesuai untuk kegunaan harian, all day punya :D

    BalasPadam
  5. suka tngok packaging diaaa. lawaaa!

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)