Benarkah Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) Mampu Meringankan Beban Kewangan Rakyat?

Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) untuk rakyat


Sejak tampuk pemerintahan Malaysia bertukar tangan, Bantuan Sara Hidup (BSH) menjadi nama baru yang menggantikan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M). Yang pasti tujuannya masih sama iaitu meringankan beban kewangan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat.


BSH 2019 kali ini terdapat sedikit perubahan dari segi penerima bantuan yang layak. Antara perubahannya seperti tiada lagi bantuan diberikan kepada golongan bujang. BSH juga ditambahbaik dengan menyediakan tambahan RM120 untuk setiap anakyang berumur 18 tahun ke bawah, terhad kepada 4 orang sahaja. Untuk anak kelainan upaya, tidak dihadkan umur mereka.

Kategori Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSH) 2019

1. Isi rumah dengan pendapatan RM2000 dan ke bawah

Jumlah bantuan: RM1000 + rm120/anak

2. Isi rumah dengan pendapatan RM2001 hingga RM3000

Jumlah bantuan: RM750 + rm120/anak

3. Isi rumah dengan pendapatan RM3001 hingga RM4000

Jumlah bantuan: RM500 + rm120/anak

Tambahan BSH RM120

Mempunyai anak berumur 18 tahun ke bawah, terhad untuk 4 orang anak sahaja. Anak kelainan upaya, tiada had umur.


Untuk pemberian bantuan yang seterusnya, pendaftaran permohonan Bantuan Sara Hidup (BSH) 2019 akan dibuka mulai Januari 2019. Pemakluman rasmi tentang tarikh pendaftaran akan dibuat oleh Kementerian Kewangan Malaysia dalam masa terdekat.

BSH Mengurangkan Beban Rakyat


Bagi Mai, sedikit sebanyak BSH berkesan untuk meringankan beban kewangan rakyat. Terutamanya golongan layak yang amat memerlukan bantuan kewangan. Dapat juga BSH 2019 membuat penerima tersenyum dengannya. Kurang sedikit bebanan kewangan yang ditanggung.

Bagaimana BSH dapat meringankan beban rakyat?


Terdapat pelbagai cara yang boleh dimanfaatkan oleh penerima BSH, antaranya seperti:

1. Guna untuk membeli barangan keperluan

Membeli barangan keperluan harian seperti barangan dapur yang dibeli banyak sekaligus, dapat menjimatkan perbelanjaan pada bulan berkenaan dan seterusnya.

2. Untuk persekolahan anak-anak

Bantuan tersebut boleh digunakan untuk membeli pelbagai keperluan persekolahan anak-anak seperti buku latihan, uniform dan kasut sekolah, juga boleh digunakan untuk tambang bas dan perbelanjaan harian anak-anak di sekolah.

3. Perbelanjaan ketika kecemasan

Keadaan yang membuatkan kita resah seperti kereta atau motorsikal mengalami kerosakan, sakit yang memerlukan perbelanjaan yang lebih daripada kebiasaannya, atau mungkin juga berlakunya kematian dalam ahli keluarga penerima, dapat juga digunakan untuk menampung perbelanjaan untuk perkara tersebut.

4. Bayaran bil-bil bulanan


Bil-bil bulanan seperti bil air, elektrik dan telefon juga boleh dibayar dengan BSH. Penerima dapat berjimat pada bulan tersebut sekaligus dapat mengurangkan perbelanjaan pada bulan tersebut.

Bagi penerima sendiri atau ada ahli keluarganya yang menghidap penyakit kronik, dan memerlukan perbelanjaan bulanan agak tinggi untuk ubat-ubat dan kelengkapan harian pesakit, secara tidak langsung BSH dapat membantu meringankan beban pesakit dan juga keluarganya.

5. Simpan di bank untuk kegunaan akan datang

Penerima juga boleh menyimpan wang bantuan ke dalam akaun bank masing-masing dan menggunakannya pada bila-bila masa yang diperlukan.


Begitulah antara perkara yang boleh dilakukan dengan Bantuan Sara Hidup. Sebenarnya terdapat banyak lagi perkara lain yang boleh dilakukan dengan BSH ini.

Para penerima BSH seharusnya bersyukur dengan pemberian ini. Mereka perlu menggunakannya dengan penuh manfaat, baru dapat rasa kepentingannya. Jangan bazirkannya kepada perkara yang tidak sepatutnya. Supaya BSH lebih efisyen, pihak kerajaan sewajarnya membuat pemilihan yang ketat supaya golongan yang benar-benar layak dapat menerima bantuan ini.

Semoga BSH dapat meringankan beban kewangan dan meningkatkan kualiti hidup rakyat. Berterima kasihlah kepadaNya kerana terpilih menjadi salah seorang penerima bantuan ini.


Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. bila buka pendaftaran baru bsh ni?

    BalasPadam
    Balasan
    1. insyaAllah akan diberitahu dalam masa terdekat. dengarnya untuk pemberian pertama 2019, ikut data yang lepas.

      Padam
  2. Asalam..terserah pada penerima nak manfaatkan bantuan. seringgit jika dia usahakan anak menjadi banyak dan allah suka hambaNya yang mahu berusaha..InshaAllah

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya betul.. ikut cara penerima sendiri tapi sebaiknya gunakan untuk perkara yang betul-betul penting.

      Padam
  3. Bagus bantuan ini diberikan tetapi wajib memastikan golongan yang bekerja sendiri tidak mengemukakan slip pendapatan palsu. Yang bekerja mudah sebab Ada slip gaji Dan kwsp. Bagi yang bekerja sendiri?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagi yang bekerja sendiri, dokumen seperti surat pendaftaran ssm atau penyata pendapatan bulanan diperlukan

      Padam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)