Mudahnya Buat Cucur Kembung Manis Pandan

Sedapnya Cucur Kembung Manis Rasa Pandan


Cucur kembung manis adalah antara jenis cucur yang Mai suka. Pernah viral cucur ni pada satu ketika. Mai suka sebab rangup di luar dan lembut di dalam. Macam-macam versi Mai dah buat cucur kembung ini.

cucur kembung manis sedap

Nak buat cucur kembung ni, sangat senang. Tak ambil masa yang lama pun. Beberapa minit dah boleh siap. Cuma leceh sikit part untuk membulatkan adunan sebab suka melekat pada tangan. Tapi ada cara untuk mengatasi masalah itu.

Mai pernah buat yang biasa, dicampur dengan esen pekat pandan dan campur dengan chocolate rice. Kesemuanya sedap.

Kali ini Mai buat cucur kembung pandan. Jom cuba buat sendiri cucur kembung yang sangat mudah ini.

Resepi Cucur Kembung Manis Pandan


Bahan-bahan:

Tepung gandum 1 cawan
Air panas 1 cawan (air yang betul-betul panas)
Pandan Leaf Essence 2 sudu teh
Gula 1-2 sudu makan
Sedikit garam
Minyak untuk menggoreng

Cara membuatnya:

1. Masukkan tepung gandum, gula dan garam ke dalam bekas. Gaulkan sebati.

2. Kemudian, masukkan air panas ke dalam campuran tepung tadi. Gaul sehingga sebati. Masukkan Pandan Leaf Essence dan gaulkan lagi.

3. Biarkan adunan hilang panasnya, kemudian bulatkan adunan. Untuk mengurangkan adunan melekat pada tapak tangan, letak sedikit air pada tangan sebelum menguli.

4. Panaskan minyak masak yang banyak. Goreng adunan yang telah dibulatkan sehingga keperangan.


cucur kembung manis

cara buat cucur kembung manis

resepi cucur kembung manis

resepi cucur kembung manis

Senang je kan nak buat cucur kembung manis pandan ini? Sedapnya makan dengan kopi atau teh panas. Nyum nyum..

Selamat mencuba


Catat Ulasan

8 Ulasan

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)