Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Natural Pandan Leaf Extract Concentrate Bio Nutricia Memudahkan Kerja Memasak

Jimat Masa Memasak dengan Natural Pandan Leaf Extract Concentrate Bio Nutricia Extract 


Natural Pandan Leaf Extract Concentrate Bio Nutricia | Daun pandan.. harum baunya. Masak bubur, nasi lemak dan pelbagai masakan lain, melekat bau daun pandan yang diletakkan dalam masakan. Wangi jadinya. Ia bukan sekadar memberi aroma menarik, tetapi banyak kegunaannya yang lain juga.

Warna hijau semulajadi daun pandan sering dijadikan pewarna dan penambah rasa makanan dalam pelbagai jenis masakan dan minuman. Antaranya ditambah dalam kuih-muih, puding, kek dan roti dan lain-lain. Minuman pula tonik pandan dan serai, soda pandan dan lemon, jus pandan dan banyak lagi boleh dibuat.

Kalau nak dapatkan warna hijaunya, daun pandan mestilah dikisar, diperah dan ditapis untuk mendapatkan jusnya. Tetapi dengan teknologi terkini, guna saja Natural Pandan Leaf Extract Concentrate produk keluaran Bio Nutricia Extract. Mudah dan menjimatkan masa. Produk Malaysia 100% lagi tu.


Pandan Leaf Essence


Untuk mereka yang tinggal di kawasan bandar, mungkin agak susah untuk mendapat stok daun pandan segar. Jadi, dengan adanya Natural Pandan Leaf Extract Concentrate ini, secara tidak langsung dapat memudahkan pengguna untuk menggunakannya dalam pelbagai masakan dan minuman. Skip terus masa penyediaan untuk mendapatkan jus pandan. Cuma guna beberapa sudu, dapat warna dan rasa yang diinginkan.

Betul-betul menjimatkan masa bukan? Lihat perbezaannya di bawah…

Pandan Leaf Essence


Untuk pengetahuan anda, Natural Pandan Leaf Extract Concentrate adalah dalam bentuk cecair pekat. Baunya wangi, aroma pandan semulajadi terasa. Warnanya semulajadi hijau pekat sebelum dicampurkan.


Pandan Leaf Essence


Cecair yang pekat daripada ekstrak tulen ini, menggunakan bioteknologi hijau terbaru, pengekstrakan ultrasonik dan enzimatik. Teknologi Encapsulation juga digunakan untuk mengekalkan rasa dan warna pandan semula jadi.

Sangat sesuai digunakan untuk minuman, produk bakeri dan masakan. Ia juga boleh dijadikan minuman tonik harian. Senang saja, hanya ambil 2-3 kali setiap hari dengan ukuran 2 sudu teh ke dalam 250mL air suam. Tunggu sebentar dan kacau. Emm.. sedapnya aroma semulajadi pandan selepas dipanaskan! Apabila dicampur dengan air, warnanya lebih kepada kuning hijau terang.


Pandan Leaf Essence


Segar je rasa selepas minum air campuran Natural Pandan Leaf Extract Concentrate suam-suam tau. Selain dicampur dengan air masak, ia juga boleh ditambah ke dalam pelbagai jenis minuman. Tidak ketinggalan pencuci mulut seperti agar-agar dan puding. Juga sesuai dijadikan topping hiasan.

Mai cuba buat cucur kembung manis dengan mencampurkan 2 sudu teh Natural Pandan Leaf Extract Concentrate. Sedap! Bau pandan je.

Pandan Leaf Essence

Kalau nak rasa nikmat Natural Pandan Leaf Extract Concentrate ini, elakkan campuran makanan atau minuman yang rasa masam dan pahit. Ia akan sebati dengan baik jika ditambah dengan sesuatu campuran yang manis.

Pandan mempunyai khasiatnya tersendiri. Beberapa manfaat Natural Pandan Leaf Extract Concentrate adalah seperti:
  • Bagus untuk pemakanan sukan - mengandungi asid amino semulajadi yang membantu meningkatkan tenaga tubuh dan meningkatkan prestasi dalam senaman.
  • Tinggi anti oksidan
  • Membantu menyejukkan dan melegakan panas badan
  • Pemulihan tenaga cepat
  • Minuman yang menenangkan dan beralkali
  • Phytonutrient semula jadi

Saiz botolnya yang kecil mudah dibawa ke mana saja. Cara nak guna pun senang, terus masukkan ke dalam campuran minuman atau masakan.

Pandan Leaf Essence

Natural Pandan Leaf Extract Concentrate ini sesuai untuk kegunaan harian. Lepas ini senanglah nak buat macam-macam jenis kuih muih berwarna hijau seperti limas, ketayap, puding santan panda, seri muka.. banyak ni nak buat. Guna beberapa sudu saja, senang kerja.

Pilihan di tangan anda! Pilihlah yang semulajdi, katakan tidak pada warna dan rasa sintetik. Jimatkan masa dan mudahkan kerja anda dengan Natural Pandan Leaf Extract Concentrate. Berminat untuk mencubanya? Dapatkannya di SINI.

Untuk maklumat lanjut tentang Natural Pandan Leaf Extract Concentrate, layari:

Laman web: Bio-Nutricia Extract
Facebook: Natural Pure Pandan Leaf Extract Concentrate


41 ulasan for "Natural Pandan Leaf Extract Concentrate Bio Nutricia Memudahkan Kerja Memasak"

  1. Senang ada ni, kan.. Memudahkan keja2 kat dapo terutama yg nk buat masakan guna daun pandan...

    BalasPadam
  2. wah menarik! packaging pun nampak elok

    BalasPadam
  3. Wow tak pernah tau pun pasal ni. Bagus la ada natural ingredient mcm ni. Senang nak buat kuih seri muka pasni. hehe. Slalu guna daun pandan je sbb tak suka pakai perasa tiruan.

    BalasPadam
  4. Nanti nak beli, mmg tgh cari ekstrak pandan. Kekonon rajin nk buat kuih hehehe. Btw, jemput join http://www.azlindaalin.com/2018/12/2019-segmen-blog-azlinda-alin.html

    BalasPadam
  5. looks great to add in aroma of pandan to cooking... heheheh~ must be nice.. makes cooking easier and nicer..

    BalasPadam
  6. Wahhhh menarik betul produk ni. Qiss memang tengah cari produk yang ada bauan pandan untuk digunakan dalam masakan. Tak sangka boleh dibuat minuman juga ye. Nanti Qiss nak cari juga la.

    BalasPadam
  7. Wah ada ekstrak pandan mcm ni...mudah la kalo ibu2 yg nk masak kuih utk hidangan seisi keluarga..ye la xsmua org ada tanam daun pandan kt rumah kn..tq for sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. lagi-lagi mereka yang tinggal di bandar. elok sangat guna ni

      Padam
  8. Pandan Leaf ini kita pernah nampak kat mana ye rhehehehe mesti bau wangi dan juga sangat mudah nak gunakan produk ni ok lah bestnya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya.. wangi baunya, memang senang nak gunanya

      Padam
  9. betul lah..sejak duduk kl susah nak jumpa daun pandan. kalu kat kampung, belakang rumah subur je pokok daun panda. sesuai sangat kalu susah nak cari daun panda kat hypermarket boleh guna ekstrak buat puteri ayu, cendol atau kek sponge pandan

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul.. nak buat kuih muih hijau-hijau, guna ni je senang

      Padam
  10. Produk baru ke ni? First time dengar pasal produk pandan ni. Mmg bau die semerbak. Teringin nk rasa cekodok pandan tu. Apa rasa die eh. hehehe

    BalasPadam
  11. Memang susah nak cari daun pandan sekarang, baru ni nak buat puding pandan punyalah susah nak cari..haishh geram betul. Nak pakai yang essense yg selalu jual tu mcm tak suka pulak sb rasa dia lain. Nanti bolehlah sis cuba yang ni pulak, kalau bagus..bolehlah jadikan stock kat rumah ni

    BalasPadam
  12. menarik nih terutamanya pada mak2 yang rajin masak2...boleh bayangkan guna ni buat onde2 atau kuih buah melaka ...mesti bau dia sampai rumah jiran sebelah....buat air pun sedap kan lepas tu mulut pun bau wangi pandan jerr

    BalasPadam
  13. Wow... Bru dgr benda alah ni.. Bau dia mesti bau pandan kan..memudahkan kerja kalau nak masak bnde2 yg naikkan bau...boleh try nnti... Sbb wawa suka buat kek/kuih...

    BalasPadam
  14. Wahh warna pun jerneh. Kalau buat kuih memang best ni. Selalu kuih kan kena Blender daun pandan Kemudian tapis. Leceh sangat. Nanti nak beli la. Simpan luar aje kan kak. Tak perlu masuk peti sejuk?

    BalasPadam
  15. haha that's good for any cooking to have the pandan extract so that we dont have to go make it ourselves. makes life easy!

    How to deal with markets ups and downs?

    BalasPadam
  16. I can imagine the aroma from the pandan leaf. Wanna buy this one for myself so I can use for my bakery

    BalasPadam
  17. Wah.. Siap dah ada ekstraknpandan. Lagi memudahkan kerja memasak.baubpandan memg sedap,wangibje..nak carila, ada ekstrak ni boleh tahan lama kan. .

    BalasPadam
  18. Wah! Bagus ni? Takde lagi lepas ni menajajau nak cari daun pandan kalau nak masak nasi lemak. Senang sangat ni! The best produk ntk ada dekat setiap rumah. Daun pandan dahlah wangi.

    BalasPadam
  19. This is great now I can create kaya or make pandan chiffon cake effortlessly. It'll taste just the same.

    BalasPadam
  20. Wah senang dah sekarang..

    BalasPadam
  21. wah bestnya ada product ni. senang nak simpan dan tahan lama

    BalasPadam
  22. ciktom pun suka essence pandan ni..wangiiii sgt..yg penting selamat..almaklum susah nak cari pandan kat sini.

    BalasPadam
  23. Wah!! AM suka kalu ada bahan masakan yg ada pandan.. Produk yg mesti beli n ada di rumah.. Terima kasih atas perkongsian awak ya..

    BalasPadam
  24. Waaahh, tak tahu pun ada ekstrak daun pandan macam ni. Mesti wangi kan bau dia. Bau pandan memang semerbak.

    BalasPadam
  25. Haaa senang ni , skang susah gak la nak cari daun pandan

    BalasPadam
  26. Wowww menarik ni. Tak pernah tau pun sebelum ni. Nanti bolehlah gantikan daun pandan dalam masakan dan minuman

    BalasPadam
  27. Wow, mudahnya nak memasak sekarang ni. Ingat lagi dulu semua kena petik belakang rumah. Sekarang semua dah ready made. Senang dan cepat kerja. Mesti para ibu-ibu yang paling lega ni heheh.

    BalasPadam
  28. Wah! Senang. Lepas ni nak masak senanglah adanya extract pandan leaf ni. Mudah sangat kerja. Lagi cepat. Takyagmh dah nak blend².

    BalasPadam