Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Kek Coklat Lembap Kukus untuk Mak

Resepi Kek Coklat Lembap Kukus Sukatan Cawan


Alhamdulillah, 10 Januari yang lalu usia Mak bertambah lagi setahun. Selamat Hari Lahir Mak! Sempena sambutan hari lahir tersebut, Mai buat kek coklat lembap kukus. Kek kegemaran Mak tu hehe

kek coklat lembap kukus


Bukan Mak je suka, Mai pun sama. Bila Mak puji sedap, lagi semangat nak buat pelbagai jenis kek yang lain heee. Kalau nak buat kek coklat, Mai selalu guna kaedah mengukus. Rasa tekstur kek yang lembap itu terasa di mulut. Dipegang pun lembut je. Sedap jadinya.

kek coklat lembap kukus


Untuk buat kek coklat lembap kukus, Mai ikut satu resepi ini, memang menjadi dan dapat kek yang lembap. Kemudian dihidangkan dengan ganache yang mencair di mulut. Fuhhh.. gabungan yang mantap.

Jom cuba resepi mudah pasti jadi ini.

Resepi Kek Coklat Lembap Kukus 

Bahan-bahan: (guna sukatan cawan)

3 biji telur
1 cawan gula halus
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 cawan minyak masak
1 cawan air panas


Cara membuatnya:

1. Masukkan telur dan gula halus. Kacau sehingga kembang.

2. Kemudian masukkan susu pekat dan kacau lagi sehingga sebati.

3. Masukkan serbuk koko, tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder. Kacau sehingga betul-betul sebati.

4. Setelah adunan tadi sebati, masukkan minyak masak dan kacau lagi sehingga sebati.

5. Kemudian masukkan air panas dan kacau hingga adunan jadi sebati.

6. Masukkan ke dalam acuan mengikut pilihan sendiri.

7. Kukus selama 30-40 minit mengikut saiz loyang dengan api sederhana. (didihkan air dalam pengukus terlebih dahulu, apabila sudah mendidih baru masukkan loyang berisi adunan).
- Cucukkan lidi di tengah kek untuk memastikan kek sudah masak. Kalau lidi bersih apabila ditarik, maknanya kek dah masak.

8. Siap, sedia dihidangkan bersama ganache.

Resepi Chocolate Ganache


Bahan-bahan:

50g serbuk koko
1sb minyak masak
1/2 tin susu cair
1/2 tin susu pekat (mengikut manis yang disukai)

Cara membuatnya:

Campurkan kesemua bahan, panaskan di atas api perlahan sambil kacau sehingga sebati dan likat.


Tips:

- Guna api sederhana untuk mengukus supaya apabila masak nanti cantik kejadian kek. Tak merekah.
- Nak guna api besar boleh je tapi kena pantau selalu, supaya kek tak merekah. Kalau merekah pun jadi je tu, boleh je makan hehe.
- Kalau tak nak makan dengan ganache, boleh curahkan krim keju pada kek itu.

kek coklat lembap kukus


Selamat menikmati kek coklat lembap yang sedap! Nyum nyum...

Lagi resepi sedap: Kek Batik Lapis Keju

12 ulasan for "Kek Coklat Lembap Kukus untuk Mak"

  1. Sha yang tengok nie telan air liur je.. Lama pula tak buat kek coklat camnie..

    BalasPadam
  2. lama tak makan kek. boleh buat ni 😍

    BalasPadam
  3. sedapnya Tq mai miza cilok resepi untuk birthday cik qilah hujung bulan ne

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama ;) wah selamat hari jadi cik qilah in advance hihi

      Padam
  4. sedapnye, tengok pun dah tertarik hehe :)

    BalasPadam
  5. Wah sedapnya kek nih. Nanti nak terei buat jugak ler

    BalasPadam