Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Nikmatnya Makan Bingsu Susu Mangga Buatan Sendiri dalam Cuaca Panas Ini!

Cara Buat Bingsu Susu Mangga yang Sedap dan Mudah


Dalam cuaca panas ini, sedapnya kalau dapat makan sesuatu yang sejuk kan. Mai teringin sangat nak makan aiskrim tapi memandangkan Mai sedang kawal pemakanan, maka aiskrim ditolak tepi. Fikir punya fikir, dapat idea untuk buat bingsu susu mangga

bingsu susu mangga


Mai pilih untuk buat bingsu susu mangga sebab menggunakan bahan-bahan yang mudah. Hanya susu segar, susu pekat manis dan buah-buahan. Mudah sangat nak membuatnya. Rasanya juga sedap. Aisnya lembut cair di mulut. Fuhhh.. memang nikmat makan bingsu susu dalam cuaca panas ini..

bingsu susu mangga

Bingsu adalah sejenis pencuci mulut yang berasal daripada Korea. Diperbuat daripada ais yang diparut dan diletakkan buah-buahan, mochi dan susu pekat manis. Yang Mai buat ini, resepi asalnya adalah Korean Milk Ice Sorbet (Injeolmi Bingsu) tapi tak letak pelbagai topping macam dalam resepi itu. Nak mudah letak buah mangga je hehe.

Ok, jom cuba buat bingsu susu mangga ini.

Resepi Bingsu Susu Mangga

Bahan-bahan yang diperlukan:

3 cawan susu segar
1 sudu makan susu pekat manis
Setengah biji buah mangga dipotong kiub

Cara membuatnya:

1. Campurkan susu segar dan susu pekat manis di dalam bekas. Kemudian  masukkan ke dalam beg plastik zip lock sebab senang untuk hancurkan ais nanti. 

2. Letakkan campuran susu segar dan susu pekat manis tadi di dalam ruangan sejuk beku peti ais. Biarkan ia sehingga beku.

3. Setelah beku, keluarkan ais susu dan boleh hancurkannya.

4. Hidangkan bersama buah mangga.

*  - Buah-buahan boleh ditukar mengikut pilihan masing-masing.
    - Boleh pelbagaikan topping. Sedap juga letak conrflakes.. rangup je..
    - Susu tu, kalau tiada susu segar.. guna bancuhan susu tepung pun boleh. 

Mudah saja cara nak membuat bingsu susu mangga ini kan.  Haaa, kalau teringin bolehlah mula cari bahan-bahan nanti. 
 
bingsu susu mangga

Selamat mencuba dan menikmati bingsu susu air tangan sendiri 😉
Slurrpppppp

Lagi resepi sedap: Kek Batik Lapis Keju


8 ulasan for "Nikmatnya Makan Bingsu Susu Mangga Buatan Sendiri dalam Cuaca Panas Ini!"

  1. mudah je nak buatnya... panas panas memang bestlah makan..

    BalasPadam
  2. tak terfikir pula boleh buat bingsu seringkas ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. senang je.. topping tu nak letak macam-macam pun boleh

      Padam
  3. wah bestnya mudah saja nak buat boleh cuba nanti

    BalasPadam
  4. nampak macam sedap. anyway,saya dah follow sini

    BalasPadam
  5. Sedap bingsu ni, Teringat yang resipi khairulaming share dekat ig dia. Lawak tengok :D

    BalasPadam