Selamat Datang Tahun Baru!

Tahun Baru 2019


Selamat Tahun Baru 2019! Alhamdulillah kita sudah pun melangkah ke tahun 2019. Masih lagi diberikan kesempatan oleh Allah untuk merasai nikmat-Nya.

tahun baru, new year

Apabila bercakap tentang tahun baru, rata-rata ramai yang sudah buat senarai azam yang ingin dilaksanakan dalam tahun ini. Mai pun ada juga. Salah satu azam, nak kurangkan berat badan dan amalkan gaya hidup sihat. InsyaAllah, semoga dapatlah capai berat yang Mai idamkan 😁

Tahun baru, umur juga baru. Bertambah setahun lagi umur. Kadang-kadang kita rasa cepatnya masa berlalu kan. Tapi itulah masa yang kita dah gunakan yang takkan boleh berpatah semula. Agak-agak.. betul ke kita dah manfaatkan masa sebelum ini?

Dengan bertambahnya umur, harapnya ia sentiasa menjadi peringatan kepada kita. Jadi semakin matang seiring pertambahan usia. Sentiasa fikir awal dan akhir sebelum buat sesuatu perkara. Jangan bila ada perkara tak baik, laju je nak update status, kongsi, meroyan tak tentu hala di sosial media. Macam BBNU je perangai kan 😀

Juga tentang kehidupan mendatang dan ajal tidak tahu bila ia akan datang memanggil. Selagi masih bernafas di muka bumi, selagi itu beribadat kepada-Nya. Jaga hubungan dengan Pencipta kita.

Akhir kata, semoga tahun baru ini, kita semakin menghargai masa, semakin dilimpahkan rezeki oleh-Nya, dapat melaksanakan azam yang sudah disenaraikan dengan jayanya dan banyak "keajaiban" akan berlaku. InsyaAllah.


Catat Ulasan

11 Ulasan

  1. Selamat Tahun Baru 2019 Maisarah ..

    BalasPadam
  2. Haha..sama lah Mai.
    I pun tiap2 tahun azam nya nak kurus. Tapi tak pernah tercapai haha

    BalasPadam
  3. selamat tahun baru . moga dipermudahkan segala urusan:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat tahun baru juga. InsyaAllah amin ❤️

      Padam
  4. salam tahun baru 2019. semoga dimurahkan rezeki
    dan sihat sentiasa. happy2 selalu k =D

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)