Muzik Video Rasmi Lagu Dinda Kugiran Masdo, Keluar Juga Akhirnya

Lirik lagu DINDA Kugiran Masdo


Lama betul menunggu muzik video rasmi lagu Dinda oleh Kugiran Masdo. Asyik dengar orang cover lagu ni je kan. Nah... akhirnya keluar muzik video rasmi di YouTube.

lirik lagu dinda masdo


Suka dengan liriknya. Dengar banyak kali, secara tak sengaja terus terhafal liriknya hehehe. Muzik videonya memang kena dengan temanya, ala-ala zaman 80an dulu. Untuk menonton, boleh klik sini ya Kugiran Masdo - DINDA (Muzik Video Rasmi)

Tapi Mai lebih suka persembahan Masdo sewaktu JammingHot. Asli punya suara... Asli pun sedap.



Apa khabar dinda
Lama tak jumpa
Rasanya hampir dua purnama
Rindu didada tak siapa yang tahu

Dinda jauh di sana
Jauh dimata
Namun dihati sentiasa ada
Menemani dikala gundah gulana

Dinda kanda pergi hanya
Seketika cuma
Inikan semua demi
Masa depan kita

Dinda jangan marah marah
Takut nanti lekas tua
Kanda setia orangnya
Takkan pernah mendua

Dari jutaan bintang
Dinda paling gemerlapan
Dari segenap wanita
Dindalah yang paling menawan

Dinda kanda pergi hanya
Seketika cuma
Inikan semua demi
Masa depan kita

Dinda jangan marah marah
Takut nanti lekas tua
Kanda setia orangnya
Takkan pernah mendua

Dari jutaan bintang
Dinda paling gemerlapan
Dari segenap wanita
Dindalah yang paling menawan


Pasangan kena saling mempercayai kan. Barulah hati tenang tanpa berfikir perkara yang bukan-bukan. Apabila dua hati saling percaya, jangan pula musnahkan kepercayaan itu dengan perbuatan yang tak sepatutnya. Kan? 😉


Catat Ulasan

2 Ulasan

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)