Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Filem Avengers: Endgame Terbaik! Cukup Rencah, Cukup Rasa

Peminat siri Avengers pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menonton siri yang terakhir Avengers: Endgame. Hari pertama tayangan di Malaysia, 24 April semalam dapat sambutan hangat dengarnya.

Mai sendiri sudah pun menonton filem ini di pawagam TGV Aeon Klebang semalam. Hampir penuh satu dewan dengan penonton walaupun weekday. Fuhhh.. hebat betul penangan peminat siri Avengers ini. Filem ini dengan 3 jam durasi, memang menarik dan tidak menghampakan penonton.

Review Avengers Endgame


Cukup rencah, cukup rasa. Ada masa serius, ada masanya kelakar, ada gembira dan sedih. Kali ini banyak juga kelakarnya, terhibur juga dengan lawak tak senagaja mereka. Sikap kerjasama pasukan Avengers ini juga sangat bagus untuk dicontohi. Tiada kerjasama, memang tak jadi kerja. Juga saling membantu, menyangi dan rela berkorban nyawa demi matlamat yang ingin dicapai.

Bagi Mai, jalan ceritanya mudah difahami. Visual filem ini mantap sarat dengan aksi dengan pelbagai kesan khas yang yang berjaya membuatkan penonton teruja dengannya. Idea yang menarik untuk cerita ini.

Semua tahu kan, kali ini hanya tinggal beberapa orang saja baki pasukan Avengers yang masih ada. Ada daripada mereka yang sudah move on, ada yang putus asa dan ada yang ingin meneruskan perjuangan mengembalikan kehidupan yang sepatutnya.

Siapa tak mahu kehidupan yang aman dan bahagia kan? Disebabkan itu baki pasukan Avengers yang ada berusaha untuk membatalkan akta The Mad Titan, Thanos. Infinity Stones diperlukan untuk tujuan itu. Maka bermulalah cerita tentang usaha mereka mendapatkan batu-batu tersebut.

Maka Thanos dicari untuk mendapatkan Infinity Gauntlet dengan batu-batunya. Tapi malangnya, batu-batu tersebut telah musnah kerana Thanos sendiri yang memusnahkannya. Lalu, Thanos dibunuh.

Beberapa tahun kemudian, baki pasukan yang ada berkumpul semula. Klunya, mereka pergi ke masa lalu untuk mendapatkan Infinity Stones. Bukan perkara mudah, pelbagai halangan dan ujian ada ketika pencarian ini. Ada yang berjaya mendapatkannya dan ada yang terkorban tanpa dapat dikembalikan semula pada masa hadapan.

Kebocoran rahsia pasukan Avengers, menyebabkan berlakunya pertempuran besar antara pasukan Thanos yang pergi ke masa depan dengan pasukan Avengers. Agak-agak, siapa yang menang dalam pertempuran ini? Adakah usaha mereka ini berbaloi dan membuahkan hasil? Kalau nak tahu, cepat-cepat tempah tiket untuk tonton di pawagam berdekatan ok. Memang tak rugi.

Untuk lebih memahami cerita Endgame ini, disarankan anda khatamkan dulu siri Avengers dan kenali watak-watak yang sebelum ini.

Tonton trailer Avengers: Endgame...






Comel pula tengok Thor dalam filem ini. heeee 😉




4 ulasan for "Filem Avengers: Endgame Terbaik! Cukup Rencah, Cukup Rasa"

  1. NI yang tak sabar nak tengok jugak ni.
    Sister inlaw Mrs. A cakap pun best rugi tak tengok

    BalasPadam
  2. sakit juga tengkuk ni nak tunggu habis 3 jam. duduk pun tak diam dah.. hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi bagi Mai tak terasa dah 3 jam duduk dalam panggung wayang. Mungkin sebab minat dan menghayati kot hehehe

      Padam