Resepi Cornflakes Madu - Kuih Raya Mudah

Kuih Raya Mudah, Cornflakes Madu


Cornflakes Madu | Hari raya tak lengkap tanpa biskutnya kan. Ada yang memilih untuk buat sendiri atau beli yang dah siap terus. Ikut kelapangan masa masing-masing juga kan. Kalau ada masa terluang boleh buat sendiri je sebab lagi jimat dan dapat banyak.

Teringin nak buat kuih raya sendiri? Boleh cuba yang mudah dulu, seperti Cornflakes Madu. Sangat senang nak sediakannya, gaul-gaul kemudian bakar dalam oven dan siap. Jom cuba buat..

Cornflakes Madu

Cornflakes Madu Sedap dan Rangup


Bahan-bahan:

Cornflakes kotak sedang
125 gram atau separuh Buttercup
1 cawan madu

Cara-cara membuatnya:

1. Cairkan Buttercup dalam kuali besar.
2. Masukkan madu dalam Buttercup tadi, apabila sudah sebati masukkan cornflakes.
3. Gaul rata, kemudian masukkan ke dalam cup kecil.
4. Tuang sedikit madu di atas cornflakes yang telah dimasukkan ke dalam cup tadi.
5. Tabur sedikit hirisan badam dan ceri cincang bagi yang suka. Nak biarkan kosong pun boleh.
6. Bakar pada suhu 160 ⁰C dalam 5 hingga 7 minit (mengikut oven masing-masing).
7. Setelah siap dibakar, tunggu sehingga sejuk kemudian simpan dalam balang kedap udara.

* Kalau adunan madu banyak lebihnya, boleh masukkan lagi cornflakes ke dalamnya.
* Topping hiasan boleh letak mengikut kesukaan anda.

Cornflakes Madu

Kalau di rumah Mai, cornflakes madu ini wajib buat raya setiap tahun. Sebabnya semua suka dengan rasanya dan yang paling penting senang sangat nak membuatnya. Hasilnya juga dapat banyak.

Cornflakes Madu

Selamat mencuba ya 😉

RESEPI HOT: Cara Buat Kerepek Popia Cheese Pedas


Catat Ulasan

4 Ulasan

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)