Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Ubah Gaya Hidup atau Guna Produk untuk Cepat Kurus?

Cara Cepat Kurangkan Berat Badan Tanpa Produk



Alhamdulillah, kini semakin ramai yang sedar dengan kepentingan mendapatkan berat badan ideal. Tujuan utama untuk mendapatkannya sudah tentu untuk kesihatan tubuh badan bukan?
Sebenarnya, apa yang perlu dibuat untuk tujuan tersebut?

Bagi Mai, kita kena ubah gaya hidup kepada yang lebih positif dan sihat. Contohnya, amalkan diet seimbang, melakukan senaman, kawal tekanan dengan baik dan lain-lain lagi. Mai kata macam tu sebab Mai sendiri mengalaminya.

Daripada memiliki berat badan berlebihan, Alhamdulillah Mai berjaya dapatkan semula berat badan seperti zaman belajar dulu. Apa yang Mai buat, ubah cara pemakanan kepada yang lebih sihat, kawal portion makanan dan senaman. Usaha ini sangat berkesan!

cara cepat kurus


Mula-mula runsing juga memikirkan tentang cara nak kurangkan berat badan. Ubah gaya hidup atau guna produk. Akhirnya Mai ambil keputusan untuk ubah gaya hidup. Kalau sebelum ini makan dengan portion besar, kini dikurangkan. Ambil makanan segar, real food, buat senaman.. memang rasa kesannya. Bukan saja dapat kurangkan berat badan, keseluruhan badan mendapat manfaat daripada apa yang kita lakukan. Bertambah sihat.

Mai suka baca apa yang para doktor kongsikan di media sosial tentang kesihatan. Sampailah Mai baca tentang makanan tambahan. Doktor kata, tak perlu ambil makanan tambahan kalau badan sihat. Kalau sakit pula, jumpa terus doktor di hospital. Yelah, sekarang ini semakin banyak "produk kesihatan" di pasaran. Berkesan ke produk ini semua?

Doktor nasihat jangan ambil produk sebarangan. Sebab nak cepat kurus, ambil produk untuk kurangkan berat badan dengan segera. Mungkin berkesan tapi adakah bagus untuk badan kita? Bahan aktif apa yang digunakan dalam produk tersebut?

Ada yang sampai buah pinggangnya rosak dek kerana mengambil produk sebegini. Nak kurus, putih, cantik, ketat, panjang dengan cepat.. inilah padahnya jika tiada kesabaran dalam berusaha.

Mudah je sebenarnya. Nak kurus dan kurangkan berat badan secara sihat, kena usaha secara sihat. InsyaAllah hasilnya berkekalan. Nak beribadat tiada halangan. Nak buat kerja harian pun senang.

Tak perlu susah-susah beli produk yang merugikan duit kita dan merosakkan diri sendiri, ubah saja gaya hidup kepada yang lebih sihat. Boleh berjimat lagi tu 😊

Bulan Ramadhan nak dekat sangat ni. Elok sangatlah bagi siapa yang sedang merancang untuk mengurangkan berat badan. Jangan sia-siakan puasa sebulan. Elak beli makanan yang tak sepatutnya diambil, kawal nafsu, minum air putih secukupnya dan cuba makan dengan portion suku-suku separuh.. insyaAllah dapat capai target.


Catat Ulasan for "Ubah Gaya Hidup atau Guna Produk untuk Cepat Kurus?"