Cara Letak Google Form dalam Blog

Google Form dalam Blogspot


Letak Google Form dalam Blog | Google Form adalah salah satu platform untuk pengguna mencipta borang online yang digunakan untuk pelbagai kegunaan. Di situ pengguna boleh cipta borang tempahan, borang untuk mendapatkan maklumat, survey dan lain-lagi. 

Borang online ini sudah semestinya memudahkan pengguna. Borangnya pula mudah diedit semula. Nak buat borang online di Google Form juga sangat mudah. Tidak perlukan masa yang lama untuk membuatnya.

Letak Google Form dalam Blog


Google Form boleh dikongsi terus melalui emel dan sosial media seperti Facebook dan Twitter. Jika hanya mahu berkongsi link borang juga boleh. Bagi pengguna yang memiliki blog, mereka boleh memasukkan kod ke dalam blog.

Bagi mereka yang belum mahir tentang cara untuk memasukkan borang online dalam blog bagi platform blogspot, boleh ikuti langkah di bawah ini.


Cara Masukkan Google Form dalam Blog


1. Klik link ini > Google Form. Klik butang biru Go to Google Forms (Gambar 1). Anda perlu sign in menggunakan akaun gmail masing-masing.

Letak Google Form dalam Blog
Gambar 1

2. Kemudian akan muncul seperti ini (Gambar 2). 

Letak Google Form dalam Blog
Gambar 2

Anda boleh memilih untuk membuat borang dengan memilih mana-mana template dan edit mengikut kehendak masing-masing. Atau boleh juga membuat borang bermula daripada kosong dengan memilih Blank.


3. Mula membuat borang. Isikan tajuk borang dan sediakan beberapa soalan untuk memenuhi keperluan anda. Klik pada Multiple Choice untuk memilih bentuk jawapan yang anda ingin buat.

Letak Google Form dalam Blog
Gambar 3

Petak kecil di sebelah kanan pula (anak panah biru) adalah pilihan yang disediakan untuk menambah soalan, tajuk, gambar, video dan bahagian.

Pada hujungnya, ada pilihan untuk duplicate, delete soalan tersebut. Jika ON Required, ini bermakna soalan itu wajib diisi.


4. Lihat pada sebelah atas pula. Ada ikon-ikon ini dan butang SEND. 

Letak Google Form dalam Blog
Gambar 4

a. Berbentuk palet warna, Customize theme - di sini kita boleh menambah imej pada header borang, menukar warna tema borang dan font style.

b. Berbentuk mata, Preview - klik ikon ini untuk melihat borang sebelum dihantar.

c. Berbentuk gear, Setting - boleh set sesuatu pilihan mengikut keperluan anda

d. Butang SEND - di sini kita boleh hantar borang online terus melalui emel, Facebook atau Twitter. Kita juga boleh dapatkan link borang untuk dikongsikan bersama orang lain. Yang penting untuk letak borang di blog, Embed HTML.


5. Cara letak borang dalam blog.

Masuk blog. Klik butang oren New Post. Isikan tajuk dalam kotak atas dan ayat-ayat di ruangan post. Kemudian, klik HTML (Gambar 5).

Gambar 5

Pergi ke Google Form semula (Gambar 6). Klik ikon yang ditandai anak panah oren. 

Letak Google Form dalam Blog
Gambar 6

Copy kod Embed HTML. Seterusnya, paste kod di ruangan HTML pada ruangan post tadi. 

Letak Google Form dalam Blog
Gambar 7

Preview dulu post sebelum publish. Apabila sudah puas hati, klik Publish. 
Kod borang juga boleh diletakkan pada Pages (halaman menutab).

Begitulah langkah demi langkah untuk membuat Google Form dan memasukkannya ke dalam blog. Kalau ada mana-mana bahagian yang tidak faham, beritahu Mai ok. Selamat mencuba!


Catat Ulasan

3 Ulasan

  1. Terima kasih untuk perkongsian ini. Nanti boleh cuba di blog Kak Feni.

    BalasPadam
  2. terima kasih atas perkongsian

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)