Jatuh Cinta dengan Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum!

Serum muka Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant


Penggunaan serum adalah salah satu langkah penting dalam rutin penjagaan wajah harian. Anda pengguna serum wajah? Kalau belum pernah menggunakan serum, Mai cadangkan anda mencuba Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum.

Antioxidant Serum


Setiap hari Mai guna pagi dan malam. Suka sangat dengan hasilnya. Selepas beberapa hari menggunakannya, memang rasa kesan positifnya pada kulit muka. Kulit muka terasa lebih lembab, rasa lebih segar, lebih tegang dan semakin licin.

Mai fikir menggunakan toner sudah mencukupi. Kemudian terus pakai pelembab. Tapi setelah mencuba serum ini, terus jatuh cinta dengan kesannya pada kulit muka.

Yang menariknya, Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum tidak melekit, cepat menyerap pada kulit dan bersifat menyejukkan. Sesuai digunakan pada kulit muka dan badan, untuk semua jenis kulit.

Antioxidant Serum
Serum yang tidak melekit, cepat menyerap

Bahan utama dalam serum ini adalah Tocotrienol, vitamin E premium. Tocotrienol mempunyai 40-60 kali antioksidan yang lebih tinggi daripada varian biasa vitamin E "tocopherol".

Kalau anda nak tahu, serum ini juga membantu mencerahkan kulit kerana ia mengandungi Niacinamide (vitamin B3). Selain itu, ia juga mengandungi Panthenol (pro vitamin B5), minyak calendula dan minyak zaitun dalam serum ini. Semuanya untuk menyihatkan kulit kita.

Antioxidant Serum


Sebab yang membuatkan Mai berani untuk cuba serum ini adalah kerana ia tidak mengandungi bahan-bahan yang membahayakan kulit dan juga bebas bahan berunsurkan haiwan. Tiada SLS, Paraben dan pewangi sintetik. Serum ini juga telah mendapat pengesahan notifikasi daripada Kementerian Kesihatan Malaysia.

Bila tiada bahan yang meragukan, barulah rasa selamat nak guna bukan? Kalau nak cuba dan merasai manfaat serum ini, anda boleh dapatkan Sanny & Joleen Lifestyle Antioxidant Serum di farmasi berhampiran, boleh rujuk sini untuk lokasinya http://sannyjoleen.com/stores.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang serum ini, anda boleh ke laman web https://sannyjoleen.com/product/antioxidant-serum/ .


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Kalau ada kelulusan KKM memang tak perlu risau dah :)

    BalasPadam
  2. serum ni cepat meresap.. best pakai..

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)