Musim Buah-buahan Kayu yang Menyeronokkan!

Musim buah durian, manggis dan rambutan


Alhamdulillah, sekarang ini musim durian, manggis dan rambutan sedang hangat. Orang panggil buah kayu sebab pokoknya kayu. Musim buah-buahan kayu yang sering menjadi perhatian sesiapa saja. Sedapnya semua buah tu!

Durian, manggis dan rambutan.. semua buah-buahan ini kegemaran Mai. Memang seronoklah bila tiba musim buah kayu ini. Terutamanya durian. Orang kampung boleh jadi 'jutawan segera' bila tiba musim buah ini. Abah Mai juga tidak terkecuali. Alhamdulillah sangat.

Seronok lihat orang kampung membawa raga yang penuh dengan buah durian. Ada yang menjual terus kepada pelanggan, ada juga yang menjual kepada peraih. Seterusnya buah durian Perak ini dihantar ke negeri-negeri lain pula. Orang kata durian Perak ni sedap, betul ke? Ehehehe

durian Perak
Hasil dari pokok durian tepi rumah

Buah yang paling Mai suka antara durian, manggis dan rambutan.. manggis sudah semestinya menjadi pilihan. Sekilo pun mampu hadap sorang-sorang je haha. Suka sangat dengan rasa masam manisnya, isi lembut... alahaiii sedapnya!

manggis
Buah kegemaran!

Syukur.. tahun ini beberapa batang pokok manggis yang ada di kebun tepi rumah mengeluarkan hasil yang banyak. Dapat juga merasa manggis di kebun sendiri tanpa perlu dibeli. Buah manggis ini juga mendapat permintaan daripada pelanggan yang membeli durian di rumah.

Bukan durian dan manggis je boleh buat duit, rambutan juga sama. Tahun ini, buah rambutan masak dalam musim durian. Buah ini juga menjadi perhatian pelanggan yang datang membeli durian. Tertarik dengan warnanya, terus je cakap nak beli. Rasanya juga manis dan isinya lekang kalau elok orang kata. MasyaAllah.. banyaknya rezeki yang Allah berikan. Alhamdulillah. Masing-masing mencari peluang untuk menambah pendapatan sampaingan waktu ini.

rambutan
Isi rangup ni...

Yang berada di bandar juga tak lepaskan peluang ini. Ada yang pulang ke kampung sebab nak cari buah-buahan segar dengan harga yang amat berpatutan. Dapat juga berkumpul satu keluarga kan..

Musim ketiga-tiga jenis buah ini memang menyeronokkan. Macam-macam ragam ada heeee.

"Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan"
Ar-Rahman:13


Catat Ulasan

9 Ulasan

  1. Di kampung, memang begitulah, mewah makan buah-buahan bila tiba musimnya. Di bandaraya ini penuh juga dusun buah tp di pasar malam atau tepi jalan lah. Siapkan je duitnya, barulah dapat makan... :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe mana-mana pun dapat juga makan kan :)

      Padam
  2. Alhamdulillah... sana-sini dengan buah... buah yang bermusim memang meriah tengok .. macam pesta sana sini buah-buahan tempatan

    BalasPadam
  3. Saya paling suka buah durian.

    BalasPadam
  4. Sedapkan bila keliling rumah ada pokok buah...nak2 kalau ada pokok durian...

    BalasPadam
  5. Bestnya :) Semua ini jugak feberet kak shima jugak

    BalasPadam
  6. YA ALLAH YA TUHANKUUUUUUU UJIANNYA TENGOK DURIAN KUNING LEMBUT BERLEMAK TU ALLAHUAKBAR! hahahahha #hantudurianlover

    BalasPadam

Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)