Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Resepi Puding Kastard Lapis Oreo

Puding Kastard Mudah


Selamat sejahtera semua! Beberapa hari lepas, siap buat Puding Kastard Lapis Oreo. Nampak tepung kastard di kabinet dapur masih banyak, maka terhasillah puding ini. Sedap juga rasanya bila diletakkan biskut Oreo pada permukaan paling atas lapisan kastard. Nyummss

Puding kastard lapis Oreo


Mai sendiri menyukai puding kastard kerana teksturnya yang lembut. Bila masuk mulut, terasa kelembutan dan kesedapan puding ini. Cara untuk menyediakan puding ini juga mudah. Jom buat puding kastard lapis Oreo!

Resepi Puding Kastard Lapis Oreo 


Bahan-bahan:

10 gram serbuk agar-agar (1 paket)
4 cawan air
2 cawan gula (boleh dikurangkan, ikut tahap kemanisan masing-masing)
1 tin susu cair (400 mililiter)
1 cawan tepung kastard
1 sudu makan serbuk koko dibancuh dengan 2 sudu makan air panas
1 paket panjang biskut Oreo (atau biskut seakan Oreo 😁 juga boleh)

Cara membuatnya:

1. Bancuhkan susu cair dengan tepung kastard, kemudian tapiskan. Ketepikan seketika.
2. Masukkan serbuk agar-agar, gula dan air ke dalam periuk. Kacau dan masak sehingga mendidih.
3. Masukkan bancuhan kastard ke dalam agar-agar yang telah dimasak tadi.
4. Asingkan adunan kepada dua bahagian. Untuk warna asal dan warna coklat. Untuk warna coklat, masukkan bancuhan serbuk koko ke dalam satu bahagian, kacau dan masakkan sehingga pekat.
5. Masukkan adunan coklat ke dalam acuan. Biarkan keras seketika.
6. Lapiskan adunan kuning (kastard sahaja) ke atas adunan coklat tadi.
7. Susun biskut Oreo di atas lapisan kastard, tekan sedikit.
8. Sejukkan sebentar pada suhu bilik kemudian simpan di dalam peti sejuk.


MasyaAllah... sedapnya! 
Resepi dah ada. Ate.. moh le kite buat hehe. Selamat mencuba.


4 ulasan for "Resepi Puding Kastard Lapis Oreo "

  1. Nampak sedap,nanti nak trylah

    BalasPadam
  2. erhhhhh menyelerakannnn!

    BalasPadam
    Balasan
    1. mestilah.. rupa menggoda, rasa pun sedap ehehehe yihh

      Padam