Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Air Fryer Toros Pro Chef Memudahkan Aktiviti Memasak

Air Fryer Toros Pro Chef Mudah Guna


“You are what you eat”. Kita adalah apa yang kita makan. Kalau nak sihat, kenalah pilih makanan yang sihat untuk tubuh dan minda yang sihat bukan? Sebab itulah Air Fryer Toros Pro Chef menjadi pilihan Mai. Yang penting, aktiviti memasak juga jadi lebih mudah dengannya.

Air Fryer Toros Pro Chef
Air Fryer Toros Pro Chef

Siapa yang tak suka dengan makanan bergoreng kan? Kebanyakan makanan bergoreng sedap rasanya. Mai sendiri peminat ayam goreng segera, pizza segera dan lain-lagi makanan bergoreng yang kalorinya tinggi.

Seperti yang kita tahu, kalori dalam makanan bergoreng adalah lebih tinggi daripada yang direbus atau dibakar. Alaaaa tapi.. makanan bergoreng sedap rasanya. Cara yang bagus untuk mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan air fryer. Goreng tanpa menggunakan minyak atau guna minyak dalam jumlah yang sangat sikit.

Cari punya cari, akhirnya jumpa dengan air fryer Toros Pro Chef keluaran Buffalo yang terkenal dengan peralatan memasaknya. Jatuh cinta pandang pertama dengan air fryer ni. Rupanya yang bulat dan unik dengan fungsi tersendiri, macam-macam jenis cara masakanseperti goreng, bakar, grill, kacau goreng dan panggang boleh dibuat menggunakannya.

Air Fryer Toros Pro Chef
Bahagian dalam air fryer Toros Pro Chef

Nak goreng ayam, ikan, daging, sayur, buat pizza, biskut, roti bakar, tart telur, popcorn, kek... guna je air fryer ni. Nak buat nasi goreng,mi goreng dan masakan bertumis juga boleh. Boleh je menumis dalam air fryer ini ye.

Mai suka sangat dengan air fryer Toros Pro Chef. Hasil gorengannya sekata kerana ia boleh dicondongkan ke kiri atau kanan untuk menggoreng dan berlaku putaran bahan masakan di dalam ruangan menggoreng (pot). Ia dilengkapi dengan fungsi auto berputar yang membantu penyebaran haba supaya sekata.

Ia adalah teknologi pemanasan berputar 360. Teknologi pemanasan turbo yang unik ini adalah untuk menjana udara yang dipanaskan dengan cepat untuk memasak makanan dengan sedikit minyak atau tiada. Keunikan pot yang berputar dalam keadaan condong ini, membuatkan makanan dimasak sekata sama seperti menggoreng cara biasa.

Yang menariknya lagi, pot yang disediakan juga luas, Jadi, boleh masukkan banyak bahan dalam satu masa. Pot diperbuat daripada bahan berkualiti yang tidak membuatkan makanan melekat padanya serta mudah dicuci.

Air Fryer Toros Pro Chef
Pot

Selain itu, cara untuk menggunakannya juga sangat mudah. Hanya masukkan makanan ke dalamnya, pasang plug, tekan Start pada control panel, tekan menu untuk pilih kaedah memasak, laraskan suhu dan masa kemudian tunggu masakan untuk siap. Dah boleh makan.. Senang kan?

Toros Pro Chef
Control Panel

Air fryer ini dilengkapi dengan aksesori utama seperti pemegang yang digunakan untuk mengangkat pot dan low rack untuk membakar atau memanggang. Aksesori tambahan juga dibekalkan seperti penyepit, untuk mengangkat makanan atau pinggan keluar atau masuk ke dalam pot memasak. Lagi satu, penapis yang perlu dipasang pelindung pemanas bagi mengelakkan pengumpulan gris dalam pemanas berpunca daripada masakan berlemak.

Cubaan pertama Mai menggunakan air fryer ini dengan menggoreng kentang. Mula-mula nak guna mestilah yang mudah kan hehe. Isi dalamnya juga masak sekata.

goreng kentang air fryer

Untuk kentang goreng, pilih mode memasak ‘Fry’ dengan suhu 240°C. Masanya Mai set 10 minit sahaja. Hasilnya memang cantik, lembut dan masak isinya. Di bawah ini adalah cara-cara Mai menggunakan Air Fryer Toros Pro Chef untuk menggoreng kentang.


Mai juga masak sayur campur goreng sos tiram menggunakan mode ‘Stir-fry’. Masa dan suhu yang telah diset mengikut mode ini adalah 240°C dan 15 minit. Anda boleh je kurang atau tambahkan masa mengikut citarasa masing-masing. Kalau nak sayur rasa rangupnya, boleh kurangkan masa. Mai set 10 minit saja. Di bawah ini pula adalah cara memasaknya... 

Sayur campur goreng sos tiram guna air fryer Toros Pro Chef

Mula-mula tumis bawang besar, bawang putih dan halia dan tutupkan penutup dan condongkan ke kanan. Bila dah berbau wangi, betulkan semula kepada kedudukan biasa (menegak), buka penutup dan masukkan sayur campur yang telah digaul dengan sos tiram. Semasa penutup dibuka, automatik pemanasan berhenti. Ia akan bermula sebaik saja penutup ditutup semula. Condongkan semula mesin tersebut dan biarkan sehingga masak mengikut masa yang telah ditetapkan sehingga berbunyi.


Ketika condong, jangan buka penutupnya. Buka setelah ia ditegakkan.

Dengan adanya penutup yang lutsinar, kita boleh pantau masakan yang berada di dalam mesin tersebut.

Selain itu, Kek Marble juga Mai buat menggunakan air fryer ini. Senang sangat. Pilih mode ‘Bake’, letak low rack di dalam pot. Kemudian letakkan loyang berisi adunan kek di atas low rack dan tutup penutup. Biarkan dalam keadaan biasa (menegak) dan tekan Start. Kalau nak periksa kek sama ada dah masak atau belum, boleh je buka penutup dan cucuk kek tersebut.

Nah.. cantik kejadian kek marble ini.

kek marble air fryer
Kek marble guna air fryer. Sedap!

Tiada ketuhar untuk membuat kek atau biskut? Guna air fryer pun boleh 😉 Kalau tiba-tiba dapur kehabisan gas, air fryer Toros Pro Chef menjadi penyelamat keadaan. Guna ini pun boleh siap pelbagai makanan.

Beli Air Fryer Toros Pro Chef


Macam mana, teringin nak guna air fryer ni? hehe. Jangan risau, anda boleh membuat pembelian di Shopee ye, siap ada diskaun lagi untuk anda tau..

Beli di Shopee: http://bit.ly/TorosBlogger
Kod diskaun: BUFFTOROS

Harga biasa: RM 799
Selepas guna kod diskaun 40%: RM 479 ( Sehingga 15th September 2019)


Wah.. harga yang sangat berpatutan tu! Bila nak dapat lagi kan. Jangan terlepas peluang ini ya.

Memang seronok dapat guna air fryer Toros Pro Chef ini! Jom sihat dengan mengambil makanan sihat! Mulai sekarang bolehlah kurangkan makanan bergoreng yang tinggi kalori. Tapi kalau dah suka, goreng je tanpa minyak menggunakan Toros Pro Chef.. lagi bagus.


42 ulasan for "Air Fryer Toros Pro Chef Memudahkan Aktiviti Memasak"

  1. Banyak juga kegunaan air fryer ni ye Mai. Mahal tak hihi?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya banyak :) Harga biasa RM799, tapi sekarang ni boleh dapat harga diskaun 40% tau. Jadi RM479 je... sangat berbaloi harganya

      Padam
  2. Terima kasih bagitau ada produk sebegini. Insha ALLAH, lepas ini Naim akan cari satu untuk kegunaan harian di rumah. Semua nak cepat kan hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama ;) ya betul tu semua nak cepat dan mudah. Nak sihat pun dapat

      Padam
  3. lepas ni makin mudah lah kerja-kerja kita kat dapur alang-alang sekarang ada diskaun 40% lagi jimatttt

    BalasPadam
  4. Mudahnye mai kalau guna air fryer ni kan. Jimat masa. Masak kejap dan simple je. In sha allah nanti nak beli. Mesti rajin masak lepas ni. Hihi

    BalasPadam
  5. Baru ckp dgn hb ritu nak usha air fryer. Model ni unik mcm ufo bentuknya.. mungkin boleh consider juga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah usha dulu air fryer Toros Pro Chef ni ;)

      Padam
  6. besar betul air frayer ni, boleh la goreng banyak sikit. paling penting tak payah dah guna minyak. kolestrol pun kurang sikit. sesuai la BBL beli untuk hadiah hari jadi mak nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye besar, puas masak gunanya. Boleh sangat tu buat hadiah ni ;)

      Padam
  7. macam menarik je air fryer ni.. i kena dapatkan juga air fryer ni sebab tak larat dah nak beli minyak masak.. lepas tu kalau nak menggoreng perlukan minyak yang banyak i pula jenis bukan suka recycle minyak.. why not spend a bit for this at least lebih sihat kan... huhuu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.. sekali beli boleh guna lama, apa salahnya berbelanja untuk benda baik kan ;)

      Padam
  8. wahhhh nampak canggih betul air fryer nie. bentuk dia tak macam typical air fryer lain. fungsi dia mesti lagi best dan dahsyat

    BalasPadam
  9. Perghhh terbaik la posting akak ni..dalam siap review product siap juga video kat youtube bagi membantu support posting akak ni ye, salute la kak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh bagi pembaca lagi senang faham cara gunakannya kan :)

      Padam
  10. Lama dah teringin ni, memang kejadian lepas goreng takde minyak langsung tapi sangat rangup ye? Kagum baca review. Harga pon murah sangat tu banyak diskaun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iya.. nak buat kerepek pun boleh guna air fryer ni

      Padam
  11. Sekarang semua kaedah memasak yang semakin memudahkan semua orang. Untuk parents memang memudahkan sekiranya ada alatan begini - memudahkan dan mempercepatkan tugas penyediaan makanan kan

    BalasPadam
  12. amboiiii comeyyyy sgt2 ni!! tak perlu masak pakai minyak tu sis paling suka... boleh jimatkan masa juga... eh bestlah... nk gi usha dekat lg kat toros punya fb la... kenan sgt

    BalasPadam
    Balasan
    1. comey kan ;) ok usha cepat-cepat tau

      Padam
  13. 1st time dgr nama brand toros pro chef ni.. unik la air fryer ni dan size pun besar. harga pun not bad sbb macam besar kapasitinya..

    BalasPadam
  14. Perghh! Design dia! Nampak futuriatic habis ohh!
    Dari tak bernafsu nak pakai air frier, terus rasa nak-nak hahaha. Lawa yakmat.

    BalasPadam
  15. Sy tgh guna airfryer Philips but i suka sgt kt design airfryer toros, especially control panel dia. siap boleh buat kek marble lg! thanks for sharing

    BalasPadam
  16. Agak unik bila tengoknair fryer ni. Tapi masak guna air fryer selain daripada mudah ianya juga bagus untuk kesihatan

    BalasPadam
  17. Airfryer ni dah macam bentuk robot yang dalam filem Star Wars bulat tu hehehe Geram lah nak juga ada satu kat rumah ni sangat memudahkan kerja memasak dan sihat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nampak unik kan bentuknya? hehe. Elok sangatlah tu ;)

      Padam
  18. Memang duk cari air fryer sebab nak start makan healthy & kurangkan makanan berminyak. Sekarang banyak menu dah boleh masak pakai air fryer kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya betul. Banyak resepi boleh guna air fryer

      Padam
  19. memang wishlist nih! tenkiu sharing!jimat masa nak survey!haha

    BalasPadam
  20. jelesnya tengok ade airfryer ni..kita tengah cari airfryer ni..ni mcm best je

    BalasPadam
  21. Bagusnya, nak kena beli satu ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh sangat ni.. jimat. Kurang guna minyak

      Padam
  22. Ya Allah! Senangnya ! Semua boleh dengam air fryer toros ni ! Terbaiklah! Buat kek pon blh ya? Mmg best!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Iye macam-macam boleh buat dengan air fryer ni. Boleh buat kek juga ;)

      Padam
  23. pestime ngk air fryer cm nie.. hebat betul nie

    BalasPadam