Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Korean Cream Cheese Garlic Bread Guna Roti Burger

Resepi Korean Cream Cheese Garlic Bread


Sedapnya Korean Cream Cheese Garlic Bread! Roti ini menjadi viral dalam tahun 2020. Sana sini ramai yang memuatnaik hasil roti yang telah siap dimasak. Jadi teringin pula nak makan sebab asyik lalu lalang saja gambar roti ini di Facebook dan Instagram pada ketika itu. Apa lagi, Mai pun mencuba resepi Korean Cream Cheese Garlic Bread guna roti burger, ternyata sedap!

Korean Cream Cheese Garlic Bread

Roti viral ini sesuai sangat dibuat untuk makan petang. Tapi jika mahu makan pada bila-bila masa pun, tidak menjadi masalah. Kalau dah makan sebiji, memang nak makan berkali-kali lepas tu sebab sedap 😆 

Setelah diamati resepinya, mudah saja cara untuk membuat Korean Cream Cheese Garlic Bread rupanya. Asalkan cukup bahan, jadilah ia. Nak lagi mudah, rotinya Mai menggunakan roti burger sahaja. Rotinya juga boleh dibuat sendiri. Ikut masing-masing, jika mahu makan cepat, guna yang mana senang sajalah kan hehehe

Bahan-bahan:

Bahan-bahan untuk inti cream cheese:

250g cream cheese
30g whipping cream
40g gula aising

Bahan-bahan bancuhan bawang putih untuk celup roti:

150g mentega yang dicairkan
3 biji telur
1 labu bawang putih dicincang halus
1 sudu besar gula halus atau gula perang
Parsley kering secukupnya

Cara membuatnya:
  1. Dalam satu bekas, masukkan cream cheese, gula aising dan whipping cream. Pukul seketika menggunakan senduk supaya cream cheese lembut.
  2. Kemudian pukul menggunakan mixer supaya dapat adunan yang sebati dan lembut. Setelah siap, masukkan adunan ke dalam piping bag. Ketepikan sebentar.
  3. Dalam bekas lain, masukkan bawang putih, mentega yang telah dicairkan, telur, gula halus dan parsley keirng.Gaul semua bahan sehingga sebati. Setelah siap, ketepikan sebentar.
  4. Roti burger dibelah 4 (jangan sampai putus ya).
  5. Selepas itu, isikan adunan cream cheese ke dalam belahan roti tadi. Boleh letak banyak mana pun, ikut suka hati ye hihi.
  6. Kemudian, celupkan pula roti yang telah diisi inti cream cheese ke dalam bancuhan bawang putih.
  7. Bakar roti dalam ketuhar pada suhu 170⁰C selama 15 hingga 20 minit, mengikut ketuhar masing-masing ya asalkan tidak hangus 😁
  8. Korean Cream Cheese Garlic Bread siap!
Anda juga boleh menonton video dibawah untuk melihat cara membuatnya..


Senang sahaja cara untuk membuat Korean Cream Cheese Garlic Bread kan. Rupa roti ini setelah siap, tidaklah cantik mana. Nampak berkedut pula sebab guna roti burger. Tapi tak kisah, janji boleh masuk perut dan sedap rasanya.

Mai tergoda betul dengan aroma roti ini ketika dibakar dalam ketuhar, bikin lapar segera dibuatnya. Bila dah siap, berebut makan roti ini dengan keluarga sebab sedap hihi. Sebiji memang tak cukup, mungkin dua atau tiga biji baru cukup untuk Mai seorang haha. 

Korean Cream Cheese Garlic Bread

Ok, nak buat lagi Korean Cream Cheese Garlic Bread 😉 Buat banyak-banyak, baru puas hati makan.


Catat Ulasan for "Korean Cream Cheese Garlic Bread Guna Roti Burger"