Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Perjuangan RichWorks 2021, Komited Bantu 605000 Usahawan Bangkit Semula

RichWorks Bantu Peniaga dan Usahawan


Perjuangan RichWorks 2021, Komited Bantu 605000 Usahawan Bangkit Semula
| Penghujung tahun 2021 ditutup dengan pelbagai kisah dan cabaran yang melanda rakyat Malaysia. Pandemik COVID-19 masih belum nampak kesudahannya. Kes harian masih lagi dalam angka ribuan. Ditambah pula dengan musibah banjir besar yang melanda hebat di beberapa tempat di Malaysia.

Keadaan ini sedikit sebanyak memberi kesan suram terhadap emosi, kewangan dan sebagainya terhadap kehidupan seharian rakyat yang mengalaminya. Begitu juga dengan para peniaga dan usahawan. Ada yang baru memulakan perniagaan, ranap sekelip mata. Ada yang sudah lama dalam arena perniagaan, tidak mampu untuk bertahan lama. Masing-masing ada masalah tersendiri. Bukan mudah untuk menaikkan semula semangat yang luntur.

Tidak terkecuali, pengasas RichWorks International Sdn. Bhd. (RichWorks), Datuk Wira Dr Azizan Osman bersama 31 ahli keluarganya juga pernah dijangkiti COVID-19. Jangkitan virus yang tidak mengenal mangsanya ini telah meragut nyawa ibu mertuanya. Beliau sendiri hampir maut selepas doktor mengatakan sudah tidak ada harapan jika tiada perubahan positif selepas dimasukkan mesin bantuan pernafasan. Setelah berusaha dengan rawatan yang diberikan, Alhamdulillah keadaannya semakin baik.

Dr Azizan Osman Richworks

Berikutan musibah banjir penghujung tahun lalu, RichWorks Academy turut terjejas. Namun, ia tidak menjadi penghalang untuk meneruskan usaha mereka membantu lebih ramai orang.

banjir

Menyedari keperitan yang dilalui orang ramai rentetan banjir dan pandemik virus korona yang masih rancak, pihak RichWorks memahami keadaan tersebut. Jadi, mereka mahu fokus membantu rakyat dan negara dalam berdepan pandemik dengan kepakaran mereka.


Bangkit dan Teruskan Misi Perjuangan RichWorks


Bagaikan diberi peluang kedua oleh Allah, jadi masa yang ada akan digunakan sebaiknya untuk memberikan lebih lagi ilmu kepada bangsa usahawan terutama dalam bimbingannya. Keprihatinan beliau dalam menaikkan semula semangat orang ramai, membuatkan Dr Azizan komited menjalankan program percuma yang dihadiri ribuan orang.

Dr Azizan Osman Richworks

Hasilnya, beliau telah menganjurkan sebanyak 7 program percuma bersamaan 98 jam masa yang beliau berikan bagi memberikan tunjuk ajar dan kekuatan kepada orang ramai dalam soal keusahawanan. Secara keseluruhan pada tahun 2021, RichWorks dapat membantu hampir 605,000 orang melalui 13 program keusahawanan yang ditaja sepenuhnya RichWorks pada tahun lalu.

Malah salah satu program RichWorks iaitu Wanita Bangkit Berniaga (WBB) juga mendapat pengiktirafan kerajaan apabila disebut dalam Dewan Rakyat sebagai rakan kolaborasi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Dr Azizan Osman Richworks


RichWorks Bantu Rakyat Melalui RichWell


Selain daripada itu, pihak RichWorks juga tidak ketinggalan dalam menyumbang kembali kepada masyarakat melalui Pertubuhan Kebajikan RichWell (RichWell). Seperti yang telah diperkatakan oleh Ketua Pegawai Perniagaan RichWorks, Radz Mohd, Kempen #RichWellBantu yang digerakkan Dr. Azizan bermula Julai tahun lalu, berjaya mengumpulkan RM501,497 untuk membantu lebih 2,000 keluarga. Tidak berhenti di situ, sumbangan kilat berjumlah RM500,000 dikumpulkan daripada RichWorks dan usahawan di bawahnya dalam masa 24 jam bagi mangsa banjir di Selangor pada 18 Disember tahun lalu.

RichWell bantu

Menurut Radz lagi, RichWorks bersama ahli Titanium & Spire turut menyumbang sebanyak 762 ekor kambing dan 84 ekor unta bernilai RM824,160 dalam ibadah korban. Selain itu, ahli Titanium dan anak didik RichWorks juga menaja 9 pelajar ke Tarim Yemen dengan sumbangan sebanyak RM180,000 sempena Maulidur Rasul.


RichWorks Terus Komited Bantu Usahawan From Zero to Million


Syarikat bimbingan dan latihan pembangunan usahawan paling berjaya di negara ini tetap meneruskan misi dalam membangun dan mengembangkan usahawan ke tahap lebih tinggi.

Buktinya pada tahun lalu, jumlah keseluruhan peserta mentoring RichWorks iaitu Titanium, Spire dan EliteX berjumlah 1,855 orang dengan jualan terkumpul RM3.7 bilion.

Bagi ahli Titanium saja, sebanyak 312 usahawan berjaya menghasilkan RM3.2 bilion, RM495 juta daripada 519 ahli Spire dan RM46.9 juta lagi daripada 1,024 ahli EliteX.

Lagi, melalui program bimbingan Spire yang menyediakan usahawan capai jualan RM1 juta pertama setahun, sebanyak 72 usahawan berjaya mencapainya.

Bukan itu saja, 77 bisnes di bawah bimbingan RichWorks mencapai jualan lebih RM10 juta, lima bisnes berjaya mencapai RM50 juta ke atas dan lima bisnes lagi mencapai RM100 juta ke atas pada 2021.


Memori Perjalanan RichWorks 2021


Jika dalam sehari boleh ada macam-macam cerita, inikan pula setahun. Pasti banyak kisah dan kenangan manis walaupun terselit pahitnya. Jom tonton video pendek yang memaparkan sebahagian daripada kejayaan yang sempat dirakamkan oleh team RichWorks sepanjang tahun 2021.



Siapa RichWorks?

Mungkin ada yang masih belum mengenali siapa RichWorks bukan?

Bagi anda yang mahu mengenali lebih dalam tentangnya, RichWorks adalah syarikat bimbingan dan latihan keusahawanan terbesar dan paling berjaya di Malaysia khususnya dari segi penjenamaan & pemasaran serta kepimpinan.

seminar bisnes Richworks

Sejak tahun 2008, RichWorks telah melatih lebih 10,000 syarikat menerusi Master Coach Azizan Osman dan menarik lebih 1,500,000 peserta dalam lebih 1,500 acara dan seminar live dan dalam talian (virtual online).

Dengan rekod prestasi terbukti, strategi perniagaan dan program mentoring, RichWorks berjaya membantu membina beribu-ribu usahawan dan jutawan yang berjaya dalam tempoh 6-24 bulan.

Visi RichWorks adalah menjadi 'Netflix' Pendidikan Usahawan dengan 100 juta pelanggan menjelang 2025 dengan akses mudah ke kandungan berorientasikan results dan penyelesaian yang dipercayai di platform dalam talian - RichWorks.com untuk Inspire, Educate & Add Value kepada komuniti di seluruh dunia.

Begitulah antara perjalanan RichWorks 2021. Biarpun pernah dilanda ujian besar, ia tidak sesekali mematahkan usaha mereka untuk terus menabur bakti mencurahkan ilmu kepada orang ramai yang mahu menceburkan diri dalam bidang perniagaan secara bijaksana.

Semoga usaha RichWorks untuk membantu lebih ramai peniaga dan usahawan dan misinya akan dipermudahkan dan diberkati oleh Allah SWT.

 

1 ulasan for " Perjuangan RichWorks 2021, Komited Bantu 605000 Usahawan Bangkit Semula"

  1. Tahniah buat team RichWorks dalam membantu dan membimbing para usahawan. Moga terus maju jaya.

    BalasPadam