Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Telefon yang Boleh Menyelam

Sony Ericsson XPERIA Active

SATU lagi telefon menarik yang dikeluarkan Sony Ericsson ialah model Active yang boleh ‘menyelam’ dalam air selama 30 minit.

Bukan itu tujuan sebenarnya kerana Active direka untuk pengguna aktif seperti berjoging dan sebagainya atau individu kuat berpeluh memandangkan skrinnya peka sentuh walaupun tangan atau jari basah.

Model dengan nama Xperia Active ini tidaklah pula boleh membuat panggilan atau menghantar SMS ataupun melayari Facebook dalam air kerana ia hanya menyokong format kalis air IP67 yang bukannya khas untuk membuat panggilan dalam air.


Xperia Active telah disediakan bersama dengan aplikasi sukan di dalamnya seperti meter atau masa berjoging dengan mengira perjalanan dan sebagainya. Lagi aplikasi juga memang dah tersedia.


Model ini boleh disambungkan ke peranti lain seperti alat pengesan jantung dan GPS yang berformat ANT+

Telefon yang sesuai dengan persekitaran aktif seperti bersukan dan cuaca di Asia yang memungkinkan diri berpeluh sehingga mencomotkan skrin telefon tapi ia tidak akan memberi kesan kepada skrin.

SPESIFIKASI:


PRODUK:
 Sony Ericsson Active

HARGA: Tidak diperoleh
WARNA: Oren dan putih
OS: Android 2.3 Gingerbread
KAMERA: 5.0 megapiksel
ZUM: 8x zum digital
MUZIK: Album art, Bluetooth(TM) stereo (A2DP), Media player, Music tones (MP3/AAC), PlayNow service, Sony Ericsson Music Player, TrackID, xLOUD
SAIZ: 55 x 92 x 16.5mm
BERAT: 110.8g


Catat Ulasan for "Telefon yang Boleh Menyelam"