Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Best ke Windows 8 ???



Dua minggu lalu, Microsoft melancarkan Developer Preview untuk Windows 8 di persidangan pemaju BUILD. Sebagaimana namanya, Developer Preview ialah untuk pemaju-pemaju untuk mendapat tahu persekitaran dan struktur Windows 8 dan membina aplikasi dan perisian untuk sistem operasi (OS) Microsoft berikutnya.

Jadi, apa yang baru dalam Windows 8?

1. Metro User Interface (UI)
Secara teknikal, ini bukanlah sesuatu yang baru kerana Metro UI mula-mula diperkenalkan dalam Windows Phone 7. Ramai orang yang sangat menyukainya, pemaju-pemaju memutuskan melaksanakannya dalam Windows 8. Tambahan juga, Microsoft menyasarkan untuk satu OS untuk semua yang bermaksud Windows 8 akan dapat beroperasi pada komputer peribadi (PC) dan komputer tablet.

Pada skrin Start yang menggunakan Metro UI, Microsoft telah menyediakan semua live apps seperti Weather, Tweet@rama dan Sudoku. Anda boleh buat mengubah tiles (menukar saiz, mengatur semula dan menambah) malah buang apps dengan satu klik kanan. Metro UI benar-benar kelihatan cantik dan kemas dengan tiles disusun dengan rapi pada satu skrin mengufuk. Tetapi saya tidak faham mengapa Microsoft menggunakan Metro UI untuk menggantikan Start Menu.


Ya, tiada lagi Windows Start Menu klasik. Bila anda menekan kunci Windows pada papan kekunci anda, Metro UI akan muncul. Bila anda menggerakkan penunjuk tetikus pada sudut bawah kiri (di mana butang Start berada), satu menu Start yang telah dikurangkan dengan empat pilihan akan muncul - Search, Share, Devices dan Settings.


Mana butang shut down?

Ia terletak di bawah Settings. Jadi, setiap kali anda mahu menutup PC anda, daripada dua klik pada Windows 7, anda perlu menggerakkan kursor anda dengan tepat ke sudut bawah kiri skrin (yang semoga akan membuka Start Menu), klik Settings kemudian Power dan akhirnya Shut down. Mengapa susah sangat nak tutup Windows 8, Microsoft? Saya rasa pelancaran peluru berpandu nuklear Korea Utara tidak sesusah ini.


Tetapi sakit kepala anda akan berterusan apabila anda mahu mencari program Windows (Paint, Notepad, Disk Defragmenter dan lain-lain.). Memandangkan Start Menu baru telah membuang senarai All Programs, anda perlu mencari aplikasi dan perisian pada PC anda. Kesemua aplikasi dan program-program anda boleh didapati pada PC anda di Search>Apps. Dicadangkan kesemua aplikasi anda yang kerap digunakan diletakkan pada skrin Start (ia akan menjimatkan anda banyak masa). Tiada masalah mencari program yang baru dipasang kerana ia secara automatik akan muncul pada skrin Start.



2. Ribbon UI

Mula-mula diperkenalkan dalam Office 2007, Microsoft telah memutuskan untuk menyepadukan Ribbon UI ke dalam Windows Explorer. Satu langkah yang baik kerana Ribbon UI membuat perubahan seting dan ciri-ciri kelihatan mudah dan terancang. Sesetengah orang tidak sukanya kerana ia mengambil sedikit ruang pada skrin atas anda. Tetapi anda boleh meminimumkan dan melihatnya apabila perlu.



3. Picture password

Ini adalah mungkin jalan paling hebat untuk memastikan keselamatan PC anda dan tablet. Saya pasti semua orang biasa dengan gerakan swipe untuk membuka srkin kunci alat anda. Pada Windows 8, pemaju-pemaju telah pergi selangkah seterusnya dengan Picture password. Apa yang anda perlu lakukan ialah memilih sebarang gambar kesukaan anda dan wujudkan satu kombinasi gerakan tap, garis lurus atau bulatan. Anda boleh menggabungkan sehingga tiga gerakan dengan sebarang saiz dan panjang gerakan.



4. Refresh & Reset

Pengguna telefon bimbit mungkin mendapati ciri-ciri ini sama seperti soft reset dan hard reset. Jika anda membuat Refresh pada Windows 8, anda boleh muat semula Windows tanpa menghilangkan fail peribadi anda. Ini ialah sebagaimana system restore pada Windows sebelumnya. Jika anda mahu memulihkan Windows kembali pada keadaan asalnya, anda boleh lakukan Reset. Tetapi berhati-hati, ini akan menghilangkan kesemua fail-fail anda.

Jika anda tertanya-tanya apa agaknya keperluan peralatan untuk menggunakan Windows 8, anda tidak perlu bimbang. Jika PC anda dapat beroperasi dengan Windows 7, maka tidak ada masalah menggunakan Windows 8. Ia serasi dengan mana-mana perisian dan permainan video Windows 7. Jika difikirkan, Windows 8 kelihatan hampir serupa dengan Windows 7 (selain Metro UI, sudah tentu).

Sila ingat, Windows 8 masih dalam peringkat pembangunan awalnya. Ia belum peringkat Beta lagi. Jadi, jika anda berasa berani dan mahu mencuba Windows 8, saya mencadangkan anda buat satu install bersih pada satu partition baru dan tidak upgrade dari Windows anda sekarang. Semoga Microsoft akan menyelesaikan isu menu Start. Saya tidak kisah menggunakan Start Menu klasik, selagi kesemua program saya boleh didapati dengan mudah.


*artikel ini adalah review seorang editor teknologi, Syah Ismail

Catat Ulasan for "Best ke Windows 8 ???"