Lulus PMR boleh ambil diploma
15 sekolah vokasional jadi perintis kursus Diploma Vokasional Malaysia
NILAI: Pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) berpeluang memperoleh Diploma Vokasional Malaysia (DVM) dalam pelbagai kursus di 78 kolej vokasional seluruh negara.
Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata sebagai permulaan sebanyak 15 Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dijadikan program rintis bagi melihat keberkesanan kursus selama empat tahun itu.
Katanya, sebanyak 63 lagi SMV termasuk yang dalam pembinaan pada masa ini akan dinaik taraf menjadi kolej vokasional menjelang 2015.
“Pelajar yang mengikuti pelbagai kursus di kolej vokasional akan memperoleh DVM dikeluarkan Kementerian Sumber Manusia.
“Pendaftaran pelajar bagi aliran ini sejak awal tahun ini adalah 107 peratus daripada kapisiti sepatutnya dan ini menunjukkan permintaan adalah tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis perasmian Karnival dan Ekspo Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan Kompleks KLIA di sini, semalam.
Mohd Puad berkata, beberapa kursus sudah ditambah untuk memenuhi keperluan semasa antaranya kursus penerbangan.
Katanya, pihaknya juga sedang menimbang untuk mempelbagaikan lagi kursus dari semasa ke semasa bagi meningkatkan lagi tahap kolej vokasional.
“Kurikulum vokasional dirombak secara komprehensif supaya ia mencapai standard bagi memenuhi pasaran semasa pekerjaan seperti yang sudah dilaksanakan di beberapa negara antaranya Finland.
“Pasaran kini semakin memerlukan lebih ramai pekerja yang mempunyai pengalaman bekerja dan di kolej vokasional sebanyak 70 peratus pembelajaran berasaskan kemahiran dan 30 peratus akademik,” katanya. - Berita Harian Online

Catat Ulasan for "Lulus PMR boleh ambil diploma"
Terima kasih atas komen anda. Live link tidak dibenarkan sama sekali, jika didapati anda berbuat demikian, komen akan dibuang serta merta. Harap maklum ;)