Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Analogi BOTOL

7/9/2012
20 Syawal 1433H

Assalamualaikum, salam sejahtera & salam penghulu segala hari. 
Hari ni nak cerita sikit tentang botol. Botol? Kenapa dengan botol? Ada apa dengan botol? Kalau jual botol dapat jugak duit kan..hehe. Ok la, tak nak merepek lebih2. Jom . . .




Apabila anda mengisi sebuah botol dengan sos tomato, apabila anda picit botol tersebut, isi yang keluar adalah sos tomato juga kan? Begitu juga dengan madu, cuka dan mayonis, bukan?

Pernahkah anda mengisi botol dengan jus oren lalu apa yang keluar adalah teh tarik? Pastinya tidak.

Manusia tak ubah seperti botol. Setiap kalimah yang diucapkan oleh lidah mereka diumpamakan seperti isi di dalam botol tersebut. Sepanjang hidupnya, botol tersebut (manusia) akan terus diisi sehingga penuh. Apabila sudah tiba masanya, iaitu pada saat2 hembusan nafasnya yang terakhir, botol tersebut akan memuntahkan isinya.

Barangsiapa yang masa hidupnya banyak membasahkan lidah dengan zikrullah dan kalimah tauhid, pasti tidak sukar baginya untuk mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum dia menghadap tuhannya. Dapatkah anda bayangkan kesudahan hidup bagi mereka yang sepanjang hidupnya banyak mencarut, berkata lucah, berkata keji atau sia2, berbual kosong, mengumpat, mencaci dan menghina?

Jadi, sama2 lah kita memperbaiki diri ke arah jalan yang diredhai Allah. 

Sampaikanlah ilmu walaupun sepotong ayat.


2 ulasan for "Analogi BOTOL"

  1. Betul tu. Sebab tu ada pepatah (eh?) kata cermin diri hiasai peribadi kan? perkataan kita bukan hanya melambangkan persona kita malah keluarga juga. heee

    BalasPadam