Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Perempuan Bukan Untuk Dijual

21 Ramadhan 1434H

Wedding
Mas kahwin (Photo credit: kenyin)


LELAKI: Saya nak bagi RM6 ribu untuk mas kahwin awak.

PEREMPUAN: RM6 ribu? Semurah itukah saya???

LELAKI: Errrmmm...ok..RM10 ribu.

PEREMPUAN: Kalau RM10 ribu....rantai leher saya pun RM10 ribu...kiranya saya ini hanya seperti rantai leher?? Yang akan awak hancurkan bentuknya dan buat lain apabila puas dengan bentuk yang lama??

LELAKI: Ok!!..RM20 ribu.

PEREMPUAN: Kereta VIVA saya berharga RM40 ribu, bermakna saya lebih murah daripada kereta VIVA di sisi awak.

LELAKI: Ok...RM50 ribu.

PEREMPUAN: Adakah itu harga saya??? Bangunan KLCC tu pun berharga jutaan ringgit.

LELAKI: Ok...baiklah....awak letaklah sendiri berapa harga awak...saya akan bayar!

PEREMPUAN: Diri saya TERLALU mahal.....sehingga awak tak dapat nak BELI....cukuplah awak bagi RM100  sahaja....bukan kerana harga saya....tapi kerana perintah agama yang mewajibkan mas kahwin.


Terjumpa cerita comel ni kat FB. 

Islam adalah agama yang memudahkan umatnya. Cukup sekadar mengikut perintah wajib agama. 
^_^


Catat Ulasan for "Perempuan Bukan Untuk Dijual"