Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Diana Amir sah bergelar isteri

20 Zulhijjah 1434 H




PUTRAJAYA - Tanggal 25 Oktober menjadi saksi penyatuan pasangan Nurdiyana Amir Hashim atau Diana Amir, 27 dan pasangannya Mohd Habib Bullah A Rahman, 26, di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya, malam ini.

Tepat jam 9.30 malam dengan sekali lafaz, pelakon 7 Petala Cinta ini sah menjadi isteri kepada Habib, yang juga pensyarah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Merbok.

Pasangan ini dinikahkan Imam Besar Masjid, Hazaruddin Baharuddin.

Pengantin perempuan manis mengenakan busana merah jambu dan putih manakala Habib pula tampan dengan baju Melayu putih tajaan khas pereka terkenal, Ezuwan Ismail.

Tanpa wang dan dulang hantaran, Diana menerima senaskhah al-Quran, sebentuk cincin dan mas kahwin bernilai RM1,000.

Hadir sama pada majlis itu, Penerbit Eksekutif Metrowealth International Group (MIG), Mejar (K) David Teo, Heliza, Yatt Hamzah dan Irma Hasmie. - Sinar Harian.


# Alhamdulillah.  Selamat sudah Diana Amir menjadi isteri kepada Mohd Habib Bullah A Rahman. Cukup sederhana majlis pernikahan mereka. Sama cantik, sama padan ^_^

Catat Ulasan for "Diana Amir sah bergelar isteri"