Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Saman isteri kerana lahirkan anak hodoh

6 Muharram 1435 H

Ketiga-tiga anak Feng dikatakan mewarisi genetik bekas isterinya.

BEIJING - CHINA . Seorang lelaki di China sanggup menceraikan dan memfailkan saman ke atas isterinya hanya kerana wanita itu melahirkan anak hodoh.

Akhbar tempatan melaporkan, Jian Feng turut mendakwa dia tertipu dengan kecantikan palsu isterinya selepas wanita itu mengaku pernah melakukan pembedahan plastik di Korea Selatan sebelum mereka berkahwin.

Sebelum rahsia itu terbongkar, Feng telah menuduh wanita yang dikahwini atas dasar cinta itu mengadakan hubungan sulit dengan lelaki lain berikutan wajah anak mereka langsung tidak seirasnya atau isterinya.

Bagaimanapun, bekas isteri Feng menafikan dakwaan tersebut kerana dia percaya anak mereka mewarisi genetiknya.

Susulan daripada itu, mahkamah mengarahkan bekas isterinya membayar ganti rugi sebanyak AS$120,000 (RM370,000) kepada Feng, dipetik dari laporan TVOR. - Sinar Harian


Nota BBH: macam-macam jenis manusia yang boleh kita jumpa di dunia ni kan ^_^ . Bersyukurlah dengan apa yang ada. 


Menarik untuk anda:


Catat Ulasan for "Saman isteri kerana lahirkan anak hodoh"