Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Review Aku Penghibur | Bukan Sekadar Penghibur!

Aku Penghibur, Bukan Sekadar Penghibur!

Aku penghibur? Apa yang nak di hiburkan? Macam mana nak menghiburkan?

Ya, itulah persoalan jika kita lihat di sebalik domain akupenghibur.com. Unik dan versetail. Mungkin juga, bila melihat nama domain ini, tanggapan pertama kita ialah ialah sebuah web yang berasaskan hiburan. Tapi hiburan apa yang cuba di sampaikan? 
Aku Penghibur, akupenghibur.com
Antara hiburan yang disampaikan di dalam Aku Penghibur.
Anda pasti tertarik dengan melekat di blog ini.
Aku Penghibur bukanlah sebuah nama yang asing dalam dunia Blogging. Nama yang tercipta hasil dari kata-kata Datuk Aznil Hj Nawawi yang mengatakan "awak boleh jadi penghibur yang baik". Disebalik kejayaan dalam dunia Blogging Acik sebenarnya ia adalah dari doa seorang ibu dan keluarga yang tiada henti, sokongan dari kawan-kawan realiti dan maya serta pembaca di blog. Acik juga seorang yang 'low profile'.
Aku Penghibur, akupenghibur.com
Acik bersama ibu tersayang
Aku Penghibur, akupenghibur.com
Acik memenangi Best Lifestyle Blog MSMW 2014/2015
Pemilik yang mesra disapa Acik ini selalu memberi tunjuk ajar kepada blogger yang masih hijau terutamanya tentang pentingnya ilmu untuk mengendali sebuah blog. Sebagaimana kata pepatah cina, 'jika mahu kuda yang laju berlari, berilah makan rumput yang berkualiti.' Acik berpendapat, untuk menjadi blogger yang baik harus bersedia untuk menerima kritikan, punyai semangat yang jitu serta konsisten dan kreatif dalam penulisan.

Secara peribadi pula, Acik seorang yang ramah dan berbudi bahasa sehingga menyebabkan dia sering menjadi rujukan kami di EFG. 'Makan sorang' tiada dalam kamus hidup dia. Tidak lokek untuk berkongsi ilmu. Idea-idea bernas dan kritikan yang diluahkannya cukup berguna, bagai kata-kata seorang abang kepada adik. Bukan terlalu menghormati,tetapi blogger beginilah yang patut dijadikan role model, dahlah comel, boleh jugak bawak bergurau dan tegas pada masanya!

Jika tiba-tiba, dalam satu hari tu, anda macam tak tahu nak buka web apa. Cubalah pergi ke blog Aku Penghibur. Pelbagai input menarik yang boleh kita dapat. 

Entri-entri di blog Aku Penghibur dapat menarik hati pembaca khususnya remaja kerana apa yang ditulis kebanyakannya adalah berdasarkan pengalaman sendiri. Bagi saya, saya amat gemar membaca entri tentang motivasi yang dapat memberikan aura positif ke dalam diri.

Entri yang Menarik

Jika anda singgah di blog Aku Penghibur, pasti anda ingin baca satu persatu entri blog tersebut. Salah satu entri di blog Acik yang dapat menarik hati saya ialah Tarbiyah Allah Melalui Cara Tak Di Duga. Apa yang menarik dengan entri ni? Penulisan entri ini memberi kesan pada diri saya sendiri. Secara tidak langsung dapat muhasabah diri dengan peringatan daripada tulisan tersebut. 

Apa yang membuatkan saya suka singgah di blog Aku Penghibur? Saya suka membaca entri yang berunsurkan motivasi di situ. Gaya penulisan yang santai membuatkan sesiapa sahaja yang membaca akan tertarik untuk meneruskan pmbacaan shingga tamat. Tulisan yg dapat memberikan kesan positif terhadap pembaca, memberi semangat walaupun dengan hanya pembacaan semata-mata. Tahniah Acik! Anda berjaya buat pembaca terkesan dengan hasil tulisan anda.

Akhir kata, ucapan untuk Acik..
Semoga terus sukses dalam bidang yang diceburi, di dunia dan juga akhirat.

Aku Penghibur, akupenghibur.com
Seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (kepujian) Penyiaran.
Semoga Acik berjaya di dunia dan akhirat. InsyaAllah.

5 ulasan for "Review Aku Penghibur | Bukan Sekadar Penghibur!"