#Cabaran20Hari | Erti Puasa Bagi Saya
Erti/Makna Puasa
#Cabaran20Hari telah bermula hari ini dengan tajuk pertama yang berkisar tentang 'Apa Erti Puasa Bagi Anda'
Kredit foto: Fimadani |
Apa erti puasa bagi saya?
Erti puasa bagi saya ialah mendekatkan diri kepada Allah dengan melakukan amalan yang dituntut syara' dan berusaha menjauhi laranganNya agar mendapat ampun dan redha Allah.
Umum mengetahui puasa menahan diri daripada makan dan minum. Bukan itu saja ya, kalau itu yang diharapkan daripada puasa, memang hanya lapar dan dahaga yang akan dapat. Puasa adalah menahan diri daripada makan, minum dan segala perbuatan yang membatalkan puasa dari terbit fajar sehingga terbenam matahari disertai dengan niat.
Kanak-kanak pun sudah tahu, jika bercakap soal puasa ini pasti terlintas di fikiran mereka tidak boleh makan dan minum. Itu apa yang saya faham sewaktu zaman kanak-kanak. Semakin meningkat umur, pemahaman terhadap puasa semakin mendalam lebih-lebih lagi puasa pada bulan Ramadhan. Banyak yang dapat kita pelajari daripada puasa ini. Bukan sekadar menahan diri daripada lapar dan dahaga. Yang paling nyata adalah belajar untuk bersabar. Bersabar dalam segala hal.
Puasa dalam bulan Ramadhan
Puasa amat sinonim dengan bulan Ramadhan. Bulan Ramadhan sudah semestinya umat Islam wajib berpuasa. Namun, jangan dilupakan pada puasa-puasa sunat seperti puasa sunat Isnin dan Khamis, puasa enam dalam bulan Syawal dan puasa yang lain lagi.
Kredit foto: Iluvislam |
Puasa yang terbaik sudah semestinya dalam bulan Ramadhan. Beruntung bagi orang yang sempat bertemu dengan bulan yang penuh keberkatan ini. Ramadhan adalah madrasah atau sekolah untuk umat Islam. Kenapa? Kerana pada bulan yang mulia ini kita berusaha untuk mendekatkan diri kepada Allah subhanahu wa taa'ala dengan melakukan pelbagai ibadat dengan harapan mendapat keredhaan dan keampunan dariNya serta menjauhi segala laranganNya. Bulan Ramadhan bukan sekadar mengajar kita agar sentiasa mempraktikkan ibadat dan amalan baik dalam bulan ini sahaja tetapi mengajar kita supaya berubah demi kehidupan kita kerana kesedaran yang kita dapat dalam bulan Ramadhan. Madrasah Ramadhan adalah madrasah terbaik....Subhanallah...
Semua tahu bahawa puasa pada bulan Ramadhan adalah wajib. Jadi jangan gatal-gatal suka hati nak ponteng ye. Kita boleh sorok perbuatan daripada pengetahuan orang lain tapi bukan dengan Allah subhanahu wa taa'ala. Itu juga salah satu cara tarbiyah diri sendiri dalam menghadapi cabaran ketika berpuasa.
Azam Ramadhan
Saya pasti rata-rata umat Islam berazam untuk mendapatkan kesempurnaan pahala dan meningkatkan ketaqwaan kepada Allah subhanahu wa taa'ala seterusnya mendapat keampunan daripadaNya pada bulan Ramadhan. Semoga ibadat kita diterima Allah subhanahu wa taa'ala. Jangan puasa kita hanya mendapat lapar dan dahaga.
Apa yang kita boleh lakukan dalam bulan Ramadhan bagi mendapat keampunan dan keredhaanNya?
- Berpuasa dengan ikhlas sepenuh hati niat kerana Allah bukan kerana manusia
- Lakukan solat sunat tarawih dengan penuh semangat sehingga akhirn Ramadhan kerana ia hadir sekali sahaja dalam setahun. Solat sunat sunat yang lain jangan dilupakan
- Memperbanyakkan sedekah kepada yang memerlukan bantuan kita
- Bertadarus dan mentadabbur ayat suci al-Quran
- Memperbanyakkan doa kepadaNya
- Menjauhi perkara yang boleh mengurangkan pahala puasa
Apa lagi yang kita dapat dengan puasa ni? Mestilah dapat kesihatan tubuh badan. Jangan ingat puasa menjadikan kita lemau. Selain itu, mungkin kerana puasa, ahli keluarga dapat berkumpul selalu berbanding dengan bulan yang lain. Tapi jangan jadikan alasan bulan lain kita tiada masa untuk keluarga.
MasyaAllah..sungguh banyak nikmat yang Allah kurniakan kepada makhlukNya. Bersyukurlah kepada Allah kerana masih berada di bawah lindunganNya.
Apa pula erti puasa bagi anda?
Alhamdulillah syukur. Selamat Berpuasa
BalasPadamThere's many good way we want to achieved to secure jannah especially this ramadhan kareem .. Semga kita dapat membina pahala dgn nawaitu yg perlu laksanakan , In shaa Allah ...Once again seamat berpuasa maisarah
BalasPadampuasa juga mengajar saya lebih erti bersabar..sabar dan sabar..
BalasPadamdalam banyak perkara.
Banyak hikmah puasa utk kita..
BalasPadam