Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

#Cabaran20Hari | Menu Wajib Bulan Ramadhan

Menu wajib bulan puasa | bubur lambuk


Meriahnya gambar di atas ni. Pelbagai jenis makanan ada. Kalau berbuka makan semua ni memang jadi ular sawa jawabnya. hahaha. Dah dapat makanan, jangan sampai buat-buat lupa solat pulak. Yela, perut dah penuh kan. hehe. Nanti nak rukuk pun susah.

Apabila bercakap tentang makanan, tambah-tambah dalam bulan Ramadhan, mesti keluar semua jenis makanan di kepala. Makanan itu, makanan ini. Semuanya makanan! Kalau ke bazar, makanan yang kita tak pernah lihat, rasa apatah lagi makan pun ada. Sebab tak pernah rasa lah yang gatal nak beli. Sudahnya bajet lari. hahaha. Jangan membazir ye.

Menu wajib bulan Ramadhan

Menu wajib ni kalau takda memang tak sah, tak lengkap. Bagi saya, menu wajib dalam bulan Ramadhan adalah bubur lambuk atau dikenali juga sebagai kanji. 
bubur lambuk
Kredit foto: MrJocko
Menu wajib ada ni. Kalau bulan Ramadhan, bubur ini diberi secara percuma di pusat pengagihan seperti di masjid, surau dan lain-lain lagi. Kalau dah percuma, wajiblah ambil. haha. Tapi bukan ambil sebab percuma, tetapi sebab rasanya yang unik. Rasanya pula berbeza-beza di setiap pusat pengagihan bubur lambuk ini. 

Sebenarnya bahan-bahan dan cara membuat bubur ini amat mudah. Kalau tak nak ambil di pusat pengagihan, buat sendiri lagi bagus. Tak ambil masa yang lama untuk siap. Banyak resepi bubur lambuk disediakan di Google. Boleh cari di Google ye. ehehehe. 

Apa menu wajib anda pula pada bulan Ramadhan?


#Cabaran20Hari yang lain:

7 ulasan for "#Cabaran20Hari | Menu Wajib Bulan Ramadhan"

  1. Baca entry.. eeemm.. yelah.. setakat ni belum merasa lagi bubur lambuk..

    BalasPadam
  2. Bubur lambuk memang sentiasa ada diwaktu bulan ramadhan.

    ZH Blogger

    BalasPadam
  3. betul..mmg wajib bubur lambuk ni...

    BalasPadam
  4. semalam baru je dapat bubuk lambuk.. hehehe..kalau kat kg memang hari2 jadi menu harian time puasa..sebab ayah yg masak bubur lambuk kat masjid.. kat sini kena beli.. kebetulan semalam org kat surau ada hantar bubur lambuk..dapat laa merasa

    BalasPadam
  5. yayyy..buboq lamboq. i loike

    BalasPadam
  6. baru sehari aida makan bubur lambuk.
    dpt kat skola agama anak2.
    menu wajib aida ~ sambal.
    aneka sambal :)

    BalasPadam
  7. sedapnyaaa :)
    Terima kasih efg sebab bagi sokongan pada Nani. In sha allah sikit2 saya bina balik semangat diri :)

    BalasPadam