Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

MaiGraphicDesign Enterprise Telah Berdaftar dengan SSM

MaiGraphicDesign Enterprise Telah Berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah. MaiGraphicDesign telah melangkah setapak ke hadapan untuk lebih maju dalam bidang perniagaan reka bentuk grafik dan percetakan. MaiGraphicDesign telah sah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan nama rasmi telah berubah kepada MaiGraphicDesign Enterprise.

MaiGraphicDesign Enterprise, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), maisarahsidi.com


Perkara yang difikirkan sekarang adalah untuk mereka bentuk logo MaiGraphicDesign Enterprise. Sebelum ini hanya menggunakan logo seperti di bawah,

Blog Bingkisan Hati, maisarahsidi.com, logo murah

Untuk nampak lebih berkaitan dengan reka bentuk grafik, logo MaiGraphicDesign Enterprise akan direka mengikut kesesuaian.

Anda menjalankan perniagaan jugak? Dah berdaftar dengan SSM? Kalau belum sila daftar segera sbelum dikenakan tindakan. Baru-baru ini ada keluar isu perniagaan tidak berdaftar di media. Isu banyak menekankan peniaga atas talian (online) yang tidak berdaftar dengan SSM. Jangan ambil mudah ya. Sekecil-kecil perniaagan seperti dropship pun mesti daftar dengan SSM. 

Dengan pendaftaran yang sah, pembeli atau pelanggan akan berasa lebih selamat dan tidak ragu-ragu untuk membeli.

* Semangat tinggi nak berniaga ni ^_^



Nak tempah design?


3 ulasan for "MaiGraphicDesign Enterprise Telah Berdaftar dengan SSM"

  1. tahniah mai.beribu-ribu tahniah.sijil sila tampal di sidebar.he he

    BalasPadam
  2. tindakan yg sgt bijak, maisarah :)

    BalasPadam