Skip to content Skip to sidebar Skip to footer

Petua Mudah Untuk Melegakan Angin Dalam Badan

Petua Untuk Melegakan Angin Dalam Badan

Petua, Angin Dalam Badan, kembung perut

Individu yang mengalami masalah angin dalam badan pasti akan merasa tidak selesa terutamanya pada bahagian perut. Perut terasa kembung kerana ketika mengalaminya, angin dalam badan tidak dapar dikeluarkan melalui sendawa atau kentut. Ia adalah disebabkan masalah banyak angin dalam saluran sistem pencernaan atau usus.

Punca masalah angin/kembung perut

Terdapat beberapa faktor boleh menyebabkan seseorang itu mengalami masalah angin berlebihan dalam badan, antaranya :

* Tekanan - Individu yang tertekan/stres biasanya menelan lebih banyak angin.

* Kerap mengunyah gula-gula getah atau mengulum gula-gula yang keras.

* Merokok

* Makan atau minum terlalu cepat dan makanan ditelan sebelum ia lumat. Apabila kita makan terlalu cepat, kita tidak sedar menelan lebih banyak udara dan menyebabkan masalah sedia ada bertambah buruk.

* Gigi palsu tidak dipasang dengan baik juga menyebabkan seseorang itu menelan lebih banyak udara.

* Minum minuman berkarbonat. Kandungan karbon dioksida dalam minuman ini menghasilkan lebih banyak gas apabila ia menjadi hangat di dalam perut. Ia juga boleh disebabkan keradangan pada lapisan dalam perut atau gastritis. Banyak perkara boleh menyebabkan gastritis dan antara paling lazim ialah jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H pylori). Apabila bakteria ini masuk ke dalam perut, ia menyebabkan masalah kembung yang berpanjangan.

* Makan makanan yang banyak lemak kerana lemak mengambil masa lebih lama untuk dicerna dan memberi peluang banyak gas terkumpul dalam perut.

* Pemecahan makanan yang tidak tercerna - Bukan semua makanan diserap oleh badan. Sesetengah jenis karbohidrat, contohnya gula, kanji dan serat di dalam usus tidak dapat diserap akibat kekurangan atau ketiadaan enzim tertentu. Jadi makanan yang tidak diserap badan berpindah dari usus kecil ke usus besar yang mana bakteria baik memecahkannya dan menghasilkan gas hidrogen, karbon dioksida dan metana pada sesetengah orang. Semua gas ini akhirnya keluar melalui dubur.

Gejala/simptom

* Kerap buang angin - Secara purata kita buang angin kira-kira 10 kali sehari. Namun kekerapan ini boleh bertukar antara 6 hingga 20 kali sehari. Jika lebih daripada itu, ia dikira keterlaluan.

* Kerap sendawa - Sendawa selepas makan adalah perkara normal. Gas dikeluarkan apabila perut penuh berisi makanan. Bagaimanapun jika kerap sendawa, ia mungkin disebabkan seseorang itu menelan terlalu banyak udara dan melepaskan udara berkenaan sebelum ia sampai ke perut.

Sesetengah orang sengaja menelan udara untuk membuat mereka sendawa bagi melegakan ketidakselesaan perut. Kajian menunjukkan tindakan ini tidak memberi kelegaan, sebaliknya ia hanya menambah kandungan udara dalam perut. Ia boleh merangsang berlakunya masalah asid refluks iaitu aliran songsang asid dalam perut ke dalam salur makanan kerana asid gastrik di dalam perut tertolak ke atas ketika individu berkenaan cuba sendawa. Selain itu sendawa yang terlalu kerap mungkin menjadi petanda kepada masalah usus atas seperti ulser peptik atau asid refluks.

* Kembung - Keadaan ini boleh disebabkan oleh kehadiran angin dalam perut dan usus. Ia juga mungkin disebabkan jangkitan bakteria H pylori.

* Sakit perut atau rasa tidak selesa - Ia adalah masalah biasa tetapi kadangkala gejala ini boleh mengelirukan. Pengumpulan gas dalam usus yang menyebabkan kesakitan boleh berlaku di mana-mana sepanjang usus, sama ada di kiri atau kanan. Jika pengumpulan gas berlaku pada bahagian kiri usus, mungkin ditafsir sebagai penyakit jantung dan jika di belah kanan pula, ia menyerupai masalah batu hempedu atau apendiks.

Petua untuk melegakan angin dalam badan/kembung perut

Untuk menghilangkan ketidakselesaan perut akibat angin dalam badan, beberapa pilihan petua mudah boleh diikuti. Bahannya pula memang mudah didapati di kedai berdekatan atau bahan tersebut memang sudah ada di rumah. 

Cara 1: Campurkan air perahan bawang merah setengah cawan dengan halba rebus setengah cawan. Kemudian, campurkan sedikit madu asli dan kacau sehingga sebati dan minum. Amalkan setiap hari.

Cara 2: Kupas seulas bawang putih yang sederhana besarnya dan makan mentah-mentah. Badan akan menjadi hangat dan angin akan keluar. Rasa mual dan pening akan berakhir.

Cara 3: Ambil 5 ulas bawang putih dan bakar tetapi jangan sampai hangus. Kemudian, makanlah bawang tersebut. Hasilnya, angin dalam badan akan keluar.

Cara 4: Rebus buah mata kucing bersama halia dan gula melaka. Minum air tersebut setelah suam. Lebih elok diamalkan selepas memakan nasi.

Berikut adalah makanan yang menyebabkan angin dalam badan:

• Kacang

• Sayuran seperti brokoli

• Kobis

• Taugeh

• Bawang

• Asparagus

• Buah-buahan seperti pear, epel dan peach

• Bijirin seperti roti gandum

• Minuman ringan dan jus buah

• Susu dan produk daripada susu dan keju

• Makanan dalam peket yang mempunyai laktus di dalamnya seperti roti, bijirin dan sos salad.


Beberapa langkah pencegahan supaya tidak terkena masalah angin dalam badan:

a. Banyakkan minum air kosong.

b. Kurangkan udara yang anda sedut.

c. Makan perlahan-lahan dan kunyah lebih.

d. Elakkan makan gula-gula keras dan mengunyah gula-gula getah

Anda mengalami masalah angin berlebihan dalam badan? 
Kembung perut yang menyebabkan anda tidak selesa?
Cepat bertindak sebelum ia berulang kembali!

Semoga kita mendapat manfaat atas hasil perkongsian ini.

Sumber: petua nenek sendiri :) , SihatSelalu


19 ulasan for "Petua Mudah Untuk Melegakan Angin Dalam Badan"

  1. TERIMA KASIH SUDI SHARE... RISAU GAK DEGNAN AGIN DALAM PERUT NI HUU

    BalasPadam
  2. thank u for sharing :)

    BalasPadam
  3. Berguna sangat entry ni buat ain , sebab ain kuat sangat angin. Terima kasih !

    BalasPadam
  4. terima kasih di atas perkongsian yang sangat bermanfaat ini...

    BalasPadam
  5. Tapi perut besar macam Tedi tak bermakna banyak angin,, kan?

    BalasPadam
  6. bw here... jom ke blog saya... (click my name, okay?)

    BalasPadam
  7. thanks for the info....mmg bdn ni byk sgt angin...huhu

    BalasPadam
  8. air perahan bawang merah tu macam mane?

    BalasPadam
    Balasan
    1. potong bawang dan tumbuk2 sikit..perah airnya

      Padam
  9. Thanks share.. Org isap rokok tu memang tak dinafikan. Kebanyakkan kawan yg ena jumpa yg merokok ni, kuat kembong dan sendawa..

    BalasPadam
  10. menarik info ni... kene selalu amalkan minum air kosong tu kene take noted! selalu lupa...

    BalasPadam
  11. kangkung kalau setengah org yg tak tahan pun boleh sebabkn angin jugak. Macam mana nak kurangkan udara yang anda sedut. explain pls

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebaik-baiknya minum dengan cara menghirup. elak atau kurangkan minum air dengan menggunakan straw

      Padam
  12. Tq for information . sy memang selalu angin .

    BalasPadam
  13. Saya selalu amalkan minum teh halia setiap pagi dan kalau ada masalah kembung atau angin, saya selalu ambil eno halia atau 100 plus.
    Di samping itu, jaga makan dan ikut timing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. waktu makan memang kena jaga untuk elakkan masalah angin dalam badan ni

      Padam